Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

17 June, 2011

Cameron Diaz lebih suka sendiri

KETIKA melihat dia berpakaian baju renang dalam edisi terbaru majalah Cosmopolitan, amat sukar untuk mempercayai bahawa Cameron Diaz sudah menghampiri usia 40 tahun.

Jelitawan Hollywood itu nyata berjaya membuktikan bahawa usia itu hanya nombor semata-mata.
Dan ketika dia menjadi tajuk akhbar minggu ini berhubung dakwaan dia berpisah dengan teman lelakinya Alex Rodriguez (A-Rod), Cameron berkata, perkahwinan tidak penting baginya kerana ia hanya akan mengehadkan segala kemungkinan yang akan ditempuh.

Meskipun menjadi antara aktres Hollywood paling cantik dan berjaya, Cameron secara terbuka bercakap mengenai keberatannya untuk berumah tangga walaupun usianya sudah mencecah 38 tahun.
PUTUS...hubungan dengan A-Rod, bintang besbol New York Yankees dilapor sudah berakhir.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...

Dia yang dilapor sudah memutuskan hubungan dengan bintang besbol New York Yankees itu berkata: “Perkahwinan tidak penting bagi saya. Saya percaya kita adalah dengan siapa kita patut bersama dan bila kita patut bersama dengan mereka.

“Jika saya menjalinkan ikatan perkahwinan, saya akan terlepas semua kemungkinan yang akan datang kepada saya.”

Dan mengenai anak dia menjelaskan: “Anda tidak boleh mempunyai anak semata-mata kerana anda fikir itu yang anda patut lakukan.

“Ia tidak masuk akal untuk semua orang, lebih-lebih lagi saya. Saya tidak peduli apa orang lain fikir. Ini kehidupan saya, Saya hidup dengan cara yang saya inginkan.”

Satu sumber memberitahu laman web Perez Hilton, fitperez.com mengenai Cameron dan A-Rod: “Mereka sudah berpisah. Cameron amat kecewa dan merasa dirinya dipermain-mainkan. Dia cuba sedaya upaya menggembirakan A-Rod tetapi tidak sedar dia bertindak melampaui batasan.”

Bagaimanapun, aktres itu masih belum mengesahkan khabar angin itu.

Ketika mempromosikan filem terbarunya, Bad Teacher, Cameron juga mendedahkan bagaimana dia merasakan dirinya semakin tua dan kenapa dia tidak berminat untuk berkahwin.

Dia berkata: “Anda lebih baik bersedia dengan usia anda. Anda tahu apa yang anda inginkan dan anda akan menjadi lebih kuat dari segi mental dan fizikal.

“Ada perkara yang terjadi pada saya hingga memaksa saya menjadi lebih matang. Bapa saya mati dan dalam menghadapi keadaan itu ia mendorong saya berfikir untuk bagaimana saya perlu menjalani kehidupan saya.”

Memang tidak dapat dinafikan aktres itu lebih sihat dari segi fizikal daripada apa yang dilihat sebelum ini dan dia juga kelihatan lebih menawan.

Cameron sejak dulu lagi mempunyai bentuk badan yang menarik tetapi sejak beberapa tahun lalu, dia semakin taksub dengan kecergasan dan tidak hairan tidak kelihatan lemak berlebihan pada tubuhnya.

Menurutnya, dia sentiasa bersenam. Tetapi pada suatu hari, dia menyedari usahanya itu tidak akan membawa dia ke mana-mana sekiranya dia terus dengan cara dia makan.

“Kerana itu saya berhenti mengambil makanan yang tidak berkhasiat sekarang dan mengubah kepada amalan pemakanan yang sihat.”

Dalam filem akan datangnya, Bad Teacher, menunjukkan Cameron memainkan watak guru yang mengambil keputusan untuk membesarkan payu daranya selepas menyedari seorang guru simpanan yang dilakonkan oleh Justin Timberlake, meminati wanita yang mempunyai payu dara besar.
www.tips-fb.com

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati