Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

05 June, 2011

Betty Banafe Dan Nash Putus Cinta Dan cari damai di Lombok dan Bali

KUALA LUMPUR: “Hubungan cinta kami sudah berakhir. Kami berkawan setahun saja dan saya reda dengan ketentuan Tuhan kerana kami memang tiada jodoh,” kata pelakon dan penyanyi, Betty Banafe mengenai hubungannya dengan bekas vokalis kumpulan Lefthanded, Nash.
Menurut Betty, dia dan Nash berpisah secara baik dan enggan mengulas lanjut termasuk punca perpisahan itu untuk menjaga hati banyak pihak.
“Kini, saya ingin mencari ketenangan dan melupakan apa yang sudah dilalui sepanjang kami berkawan rapat dulu,” katanya.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
Mereka berdua mula berkawan rapat sebaik saja Nash bercerai dengan bekas isterinya yang juga pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya.

Betty yang berdarah kacukan Arab-Melayu-Jawa dikatakan menyembunyikan dirinya seketika daripada media ketika hubungannya dan Nash heboh diperkatakan ketika itu.

Betty cari damai di Lombok dan Bali

PULAU LOMBOK, Indonesia yang terletak bersebelahan Pulau Bali sentiasa menjadi pilihan penyanyi dan pelakon Betty Banafe untuk ‘bersembunyi’ menenangkan fikiran selepas penat bekerja di lokasi penggambaran drama dan memenuhi undangan persembahan nyanyian.

Berbanding Pulau Bali yang lebih komersial, Lombok yang hanya dua jam dari Bali, agak sunyi walaupun ia salah satu tempat tarikan pelancong ke Indonesia. Perjalanan dari Pulau Bali ke Lombok dengan menaiki feri juga mengambil masa 2 jam.

Keaslian, keindahan air laut serta pantai di Pulau Lombok jugalah yang sering menjadi tarikan kepada pelakon berdarah kacukan Melayu-Jawa-Arab ini untuk memilihnya sebagai destinasi percutian kegemarannya setiap kali ada kelapangan.

Betty atau nama sebenar, Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe juga tidak bersendirian kerana dia selalunya ditemani anggota keluarga terdekat termasuk emak saudaranya yang menetap di Lombok, Indonesia.


Terbaru, Betty bercuti selama lima hari di kedua-dua pulau iaitu Lombok dan Bali sambil menziarahi anggota keluarga terdekatnya di sana, baru-baru ini.


“Sebenarnya, saya memang mempunyai ramai saudara mara di Lombok kerana ibu saya, Fauziah Nagib, 68, memang berasal dari Indonesia dan sering berulang-alik ke Jakarta. Mungkin orang tidak percaya, setiap kali bercuti ke Lombok dan Bali, saya tidak menginap di hotel lima bintang sebaliknya lebih selesa menginap di rumah saudara di sana.

“Kalau saya bercuti di negara Arab pun, saya tetap akan tinggal di rumah saudara kerana mempunyai anggota keluarga sebelah ibu dan bapa yang menetap di sana. Pada masa sama, saya memang mencintai keindahan alam sekitar di Pulau Lombok yang lebih asli dan masih belum tercemar daripada projek pembangunan,” katanya.

Bukan saja melancong, Betty juga memilih Pulau Bali dan Lombok kerana pulau berkenaan terkenal untuk menjayakan aktiviti selam skuba, sejak dulu.

“Saya mula diperkenal�kan dengan aktiviti selam skuba oleh rakan artis iaitu penyanyi dan pelakon terkenal Erra Fazira. Sebelum Erra berkahwin, saya dan kumpulan rakan artis iaitu Erra sendiri, Hans Isaac, Umie Aida dan Zahida Rafik memang aktif buat selam skuba di pelbagai pulau di Malaysia seperti Pulau Sipadan, Sabah; Pulau Tioman dan sebagainya lagi.

“Aktiviti selam skuba juga baik untuk sistem pernafasan kita dan kesihatan tubuh secara keseluruhannya. Sebelum ini, saya mempunyai masalah selesema dan sejak aktif buat selam skuba, penyakit itu sudah sembuh dan saya tidak ada masalah selesema selama enam bulan dan tahap kesihatan saya semakin bagus,” katanya.

Namun, kata Betty yang mempunyai lesen selam skuba dari Padi sejak 2006, dia tidak aktif buat aktiviti selam skuba secara berkumpulan sekarang.

“Selepas Erra berkahwin dan mempunyai anak, kami tidak aktif lagi buat aktiviti selam skuba dan masing-masing hanya buat aktiviti itu secara individu saja.

“Selain selam skuba, saya juga buat aktiviti air lain termasuk snoorkeling, terjun Bungy di pantai Daubelsix, surfing di pulau Nusa Penidah dan pantai yang banyak tangga di Batu Bolong sepanjang bercuti di Pulau Lombok dan Bali berkenaan,” katanya.

Selain buat aktiviti selam skuba, Betty juga suka melihat pelbagai jenis lukisan di Pulau Bali dan Lombok.

“Saya suka melihat pelbagai lukisan yang cantik dan unik di Bali kerana ia turut mengingatkan saya kepada arwah bapa, Sheikh Abu Bakar Banafee yang meninggal dunia pada 2001. Arwah bapa juga seorang pelukis dan memiliki galeri lukisannya sendiri di Singapura.

“Bila melihat lukisan, rindu saya pada arwah bapa akan terubat. Malah, saya boleh duduk berjam-jam semata-mata untuk melihat lukisan yang dipamerkan di kedai di pulau Bali berkenaan,” katanya.

Tambah Betty lagi, dia juga suka membeli-belah pelbagai barangan yang cantik termasuk baju mandi di sana yang jauh lebih murah dan berkualiti.

“Saya juga tidak ada masalah untuk mencari makanan lazat di sana kerana ada anggota keluarga yang membawa saya ke tempat makanan ikan bakar segar di Jimbaran pada waktu malam. Selain itu, saya juga beli baju mandi yang murah dan cantik di sana,” katanya.

Berkongsi perkembangan karier seninya pula, Betty sibuk mengumpul material untuk bingkisan album barunya.

“Saya berdiam diri bukannya tidak buat apa-apa sebaliknya saya dan adik, Rifkee Banafee (bekas vokalis kumpulan Lela) sibuk mencari lagu yang bagus untuk pembikinan single terbaru yang dijangka berada di pasaran selepas raya nanti.

“Konsep album pula adalah ‘world music’ yang juga genre muzik yang memang saya suka. Malah, saya sering ke Rainforest World Music Festival untuk mengikuti per�kembangan muzik dunia sekali gus mencari ilham untuk lagu saya,” katanya.

Tidak ketinggalan, Betty juga baru selesai penggambaran drama Cut Amira arahan Liza Ismail, baru-baru ini.

“Saya hanya bawa watak pembantu yang juga wanita Acheh yang tidak kurang pentingnya dalam drama menarik diterajui Linda Hashim. Majlis pelancaran drama ini disempurnakan di Borneo Rainforest, Sunway, baru-baru ini,” katanya.
www.tips-fb.com

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati