Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

25 June, 2011

Solekan Wajah Bukan hanya untuk mak andam

JANGAN sesekali melepaskan peluang yang datang dalam hidup. Sebaliknya, jadikan ia sebagai landasan ke arah mencapai matlamat untuk memajukan diri dalam bidang yang diceburi serta jangan mudah mengalah dengan setiap ranjau yang merintang.
CURAH ILMU...Sofia (duduk lima dari kiri) bersama peserta kursus kecantikan anjuran pusat latihannya bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera dalam bidang kecantikan.

Itu pesanan Pengasas Akademi Kecantikan dan Solekan Diyana, Sofia Abas, 50, yang sewajarnya dicontohi golongan remaja yang sedang berhadapan krisis kerjaya masa depan.
Bagi wanita bertubuh kecil molek itu, remaja yang kurang cemerlang dalam bidang akademik tidak semestinya tidak boleh berjaya dan andai terus berusaha, pasti kejayaan akan hadir dan sedia untuk diraih.Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...


Itu pesanan Pengasas Akademi Kecantikan dan Solekan Diyana, Sofia Abas, 50, yang sewajarnya dicontohi golongan remaja yang sedang berhadapan krisis kerjaya masa depan.

Bagi wanita bertubuh kecil molek itu, remaja yang kurang cemerlang dalam bidang akademik tidak semestinya tidak boleh berjaya dan andai terus berusaha, pasti kejayaan akan hadir dan sedia untuk diraih.

Bagi Sofia, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan dan setiap remaja perlu memanfaatkan setiap ruang dan peluang yang ditawarkan bagi menjamin masa depan diri dan keluarga yang bakal dibina.

“Golongan ini tidak perlu bimbang mengenai kerjaya mereka kerana kerajaan sudah menyediakan pelbagai insentif untuk menggalakkan mereka menceburi pelbagai bidang yang dapat menjamin masa depan mereka.

“Usah takut untuk mencuba tetapi kita perlu ada minat dan kesungguhan untuk menceburinya dan bukan mempersia-siakan peluang yang diberi,” katanya dalam pertemuan di Jalan Penjara, Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

Sofia berkata, kemahiran dalam memajukan sesuatu perniagaan amat diperlukan bagi memastikan bidang yang diceburi itu mendatangkan kejayaan.

Menyedari kepentingan latihan dalam meningkatkan kemahiran, akademinya menyahut cabaran itu dengan menawarkan kursus bagi melahirkan lebih ramai usahawan dan pemilik salun kecantikan khususnya di kalangan Bumiputera.

Baginya, bidang kecantikan mempunyai potensi besar untuk berkembang dan memberikan pendapatan lumayan kepada mereka yang serius mengusahakannya.

Latihan yang ditawarkan bukan saja terbuka kepada mereka yang masih tidak mempunyai pekerjaan tetap tetapi ia juga sesuai diikuti oleh mereka yang sudah berkeluarga dan lepasan sekolah yang masih belum mendapat tawaran menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi.

Secara tidak langsung, katanya, akademi kecantikan ini dapat membantu golongan wanita seperti golongan suri rumah dan ibu tunggal untuk menjana pendapatan sampingan keluarga dan menaikkan taraf wanita.

Akademi Kecantikan Dayana yang beribu pejabat di Kuantan ditauliahkan sebagai Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia yang membolehkan akademi itu menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) menerusi kursus kecantikan di peringkat diploma secara sepenuh masa dan sambilan.

Sofia berkata, antara kursus yang ditawarkan ialah Juru Kecantikan Tahap Satu, Juru Estetik Tahap Dua, Pendandan Rambut Muda Tahap Satu dan Dua, bengkel solekan dan tatarias diri, solekan pengantin, urutan muka dan penjagaan kulit, solekan kesan khas dan urutan.

“Mereka yang berminat boleh menjalani kursus ini sama ada untuk bengkel sehari dengan kadar bayaran RM40 atau kursus jangka pendek selama empat bulan dengan bayaran antara RM1,500 hingga RM3,000 berdasarkan jenis kursus yang diambil,” katanya yang juga baru membuka cawangan di Shah Alam, Selangor, April lalu.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, golongan remaja termasuk yang gagal dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sewajarnya merebut peluang mengikuti beberapa kursus secara percuma di akademinya menerusi Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diperkenalkan kerajaan.

“Tujuannya hanya satu iaitu untuk mengurangkan kadar pengangguran di kalangan remaja dan pada masa sama, melahirkan lebih ramai usahawan muda dalam bidang kecantikan yang semakin diminati ramai sejak kebelakangan ini,” katanya.

Peserta kursus dibayar elaun RM300 setiap bulan bagi mengikuti kursus dalam tempoh 12 bulan dan diberikan SKM Tahap Satu.

Akademi kecantikan ini membuka peluang kepada remaja yang tidak berminat dengan akademik atau gagal dalam peperiksaan utama mengambil peluang mengikuti kursus ini kerana kerjaya di bidang ini amat luas.

“Jangan sesekali membuat tafsiran seni kecantikan hanya untuk menjadi mak andam atau juru solek biasa. Saya mahu melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang seni kecantikan dan rawatan muka kerana golongan wanita di negara ini terutama golongan berkerjaya memang cenderung ke arah kecantikan,” katanya.

Sofia yang berpengalaman lebih 25 tahun dalam bidang kecantikan dan rawatan muka mengakui sudah melatih ratusan pelajar yang sebahagian besarnya berjaya membuka perniagaan sendiri dan berjaya mencipta nama dalam dunia seni kecantikan, andaman dan solekan di seluruh negara.

Selepas tamat menjalani latihan dan kursus kecantikan, katanya, peserta boleh memilih kerjaya sebagai pensyarah kecantikan, penasihat kecantikan, jurusolek dan pelbagai cabang yang mampu menghasilkan pulangan lumayan.

“Saya sendiri bermula dengan berniaga kecil-kecilan menjual bunga hiasan, aksesori wanita, pakaian serta minyak wangi pada 1986 di Temerloh.

“Selepas berpindah ke Kuantan pada 1997, saya mula mengembangkan perniagaan termasuk menceburi bidang pengurusan acara bagi program pendidikan, andaman pengantin, pelancongan dan pertunjukan pentas,” katanya yang juga pensyarah sambilan di Kolej Komuniti, Kuantan.

Sofia yang mewarisi ilmu perniagaan daripada keluarganya kini mula menurunkan ilmu kepada dua anak gadisnya, Diyana Sofia Mohd Amin, 26, dan Siti Arifah, 24, yang turut menjadi tulang belakang dalam membina dan mengukuhkan perniagaan yang dimulakan sejak 2007 itu.

Anak lelaki tunggal Sofia, Mohd Zharif, 19, pula sedang menuntut di Universiti Selangor.

“Saya mahu anak-anak saya mempunyai kemahiran dalam bidang ini kerana kerjayanya sangat meluas. Siti Arifah kini mencipta nama dalam seni solekan kesan khas filem dan televisyen Indonesia serta mula menjadi pelakon undangan dalam beberapa produksi filem Jakarta, "katanya.

Diyana Sofia pula banyak terbabit dalam bidang pengurusan acara yang menjadi satu daripada cabang perniagaan keluarga berkenaan.

Bagi keluarga ini, kehilangan insan tersayang di saat perniagaan sedang berada di puncak menjadikan mereka semakin tabah dan cekal mengharungi rintangan.

“Suami (Allahyarham Mohd Amin Awang) yang juga bekas guru sebuah sekolah menengah di Kuantan meninggal dunia kerana penyakit tiroid pada 2009.

“Dia adalah pendorong kuat dan pembakar semangat saya dalam mengharungi cabaran dunia perniagaan kerana arwah juga seorang insan seni,” katanya.

Sementara itu, Diyana yang juga pemegang Diploma Rekaan Dalaman dari Universiti Lim Kok Wing, berkata minat di bidang seni kecantikan bercambah sejak kecil lagi.

“Ibu pandai bersolek dan sentiasa kelihatan cantik walau di mana dia berada. Daripada situ, saya berazam menjadi seperti ibu dan mula belajar cara bersolek yang betul sesuai dengan majlis yang akan dihadiri,” katanya yang sudah menghasilkan buku mengenai kecantikan.

Sebagai wanita yang sentiasa ingin kelihatan cantik dan pada masa sama mempunyai pelbagai ilmu di dada, Diyana mahu semua remaja keluar daripada ‘tempurung kaca’ yang membelenggu diri terutama yang gagal dalam pelajaran.

“Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru kerana kita tidak tahu keputusan atau kejayaan yang bakal dicapai selagi belum melakukan percubaan.

“Selain itu, jangan sesekali ‘meletak harga’ diri kononnya kita yang terbaik dan pintar dalam segala segi sebaliknya pelajari sesuatu dengan hati yang ikhlas dan jujur, tentunya kita akan berjaya,” katanya.

Bagi Siti Arifah, peluang meneruskan pelajaran di bidang seni solekan kesan khas di Jakarta tiga tahun lalu dimanfaatkan sepenuhnya dan berjaya menempatkan dirinya sebagai jurusolek kesan khas dalam beberapa produksi filem dan drama di Indonesia.

“Saya banyak mempelajari ilmu kecantikan dan tata rias daripada pakar kecantikan Martha Tilaar serta pernah menyolek artis ternama di sana.

Galakan dan kepercayaan ibu kepada saya untuk menimba ilmu di rantau orang memang saya hargai dan saya yakin, pilihan ini tepat untuk kerjaya masa depan di negara ini,” katanya
www.tips-fb.com

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati