Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

08 June, 2011

Tragedi insaf Dari Pak Nil ( Aznil Hj Nawawi )

Saja Nak Letak Kisah Sedih yang paknil katakan ni, memang sedihkan kisah tragedi ni... jom kita baca apa kata Pak Nil.. kisah syer kesedihan ni dengan Pak Nil...

ASSALAMUALAIKUM! Insaf. Itulah satu perkataan yang boleh diterjemahkan daripada hati Pak Nil mengenai tragedi tanah runtuh yang membabitkan Rumah Anak Yatim Hidayah Madrasah Al-Takwa, Hulu Langat, Sabtu lalu. Tragedi yang mengorbankan 16 nyawa yang rata-ratanya mereka yang berusia 11 hingga 16 tahun itu, sangat menyayat hati.
(Terbaru)- Gambar Aznil Haji Nawawi Dan Anak-anaknya
Lebih meruntun jiwa apabila kebanyakan mereka adalah anak yatim. Tiada siapa menyangka bencana datang secara tiba-tiba ketika lereng bukit bersebelahan bangunan tampak kukuh seperti hari-hari sebelumnya. Sekelip mata, deruan tanah bukit menggelongsor dan meranapkan rumah itu.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...

Ketika mula-mula terbaca berita di Twitter, Pak Nil mengucap panjang, menggigil lutut dan terduduk. Bersyukur dengan kecanggihan teknologi, berita begitu cepat dapat dirujuk di akhbar ‘on-line’. Tanpa disedari air mata Pak Nil menitis. Terus terfikir, adakah Pak Nil harus bergegas ke tempat kejadian? Namun, menyedari kehadiran Pak Nil akan menyesakkan lagi lokasi yang pasti sudah dikerumuni masyarakat prihatin lain, Pak Nil terus menghubungi Ketua Pegawai Operasi Astro, Datuk Rohana Rohzan untuk membantu apa yang mampu. Bersyukur sebab pihak Astro amat prihatin dan segera meluluskan usul untuk menyumbangkan wang kutipan daripada Afundi Konsert ke-7 AF9 kepada pihak terbabit.

Sememangnya berat untuk meneruskan kerja di konsert yang penuh dengan kegembiraan, sedangkan pada ketika itu Pak Nil tahu ada ahli masyarakat yang diduga begitu hebat. Namun perasaan itu dapat diimbangi memikirkan seruan menghantarkan Afundi itu akhirnya dapat juga membantu mangsa. Maka tidak jemu-jemu Pak Nil pinta rakyat Malaysia terus mengirimkan Afundi kerana itu sebenarnya juga adalah sumbangan penonton meringankan bahu yang memikul.

Keesokan harinya, pihak Era tangkas menguruskan pertemuan Pak Nil untuk bertemu dengan anak-anak yang terselamat tetapi cedera di Hospital Ampang. Perasaan Pak Nil sangat bercelaru ketika itu, takut kunjungan Pak Nil akan disalah anggap dan mengganggu kerja rawatan. Pak Nil juga khuatir jika kunjungan itu akan menyebabkan mangsa terbabit terus diingatkan dengan peristiwa yang menjadi trauma kepada mereka. Bagi Pak Nil, jika tiada kunjungan, bermakna perhatian anak-anak itu dapat dialihkan ke perkara lain dan tidak perlu dibebankan untuk terus mengingati dan menjawab soalan yang mereka sukar jawab.

Namun selepas diyakinkan pihak Hospital Ampang yang mereka berbesar hati menerima kunjungan Pak Nil dan Radio Era sebagai suntikan ‘ubat’ semangat kepada mereka, Pak Nil kembali teruja. Kunjungan Pak Nil disertai Ray, rakan Riuh Pagi Era dan juga lima pelajar AF iaitu Hazama, Azri, Erul, Fina dan Lena. Pak Nil sengaja mahu mereka turut serta kerana ingin mereka belajar akan tanggungjawab menjadi bintang yang seharusnya dekat dengan masyarakat. Melangkah di pintu hospital, kami disambut baik oleh kakitangan yang sangat peramah dan sentiasa sedia membantu. Bangga Pak Nil melihat sikap petugas di wad yang sentiasa tersenyum dan tidak penat melayan. Sikap mereka ini saja sudah meringankan sebahagian daripada beban kesakitan pesakit. Syabas! Pertama, Pak Nil menghampiri katil Harris, 11, rasa lega kerana anak ini masih mampu tersenyum melihat Pak Nil. Sebak rasa hati kerana kehadiran Pak Nil sedikit sebanyak dapat menjadi ubat kepada anak ini. Namun di mata anak ini, Pak Nil tahu fikirannya masih tidak percaya apa yang berlaku. Mungkin sukar bagi anak semuda ini menerima hakikat 16 rakan-rakannya hilang dalam sekelip mata. Namun kehadiran ibu dan keluarga, sememangnya menguatkan lagi semangatnya untuk cepat sembuh dan bangun daripada kejutan. Bercakap dengan ibunya, Pak Nil juga tahu yang dia seorang yang kuat. Namun hati seorang ibu, turut sebak memikirkan nasib anak lain yang dianggap seperti anaknya sendiri, terkorban dalam peristiwa malang itu.

Pak Nil melawat dari katil ke katil dan sempat berbual dengan Alaudin, Aizat, Syafiq (ustaz) dan kembarnya Siti Fatimah (warden). Pak Nil harap mereka cepat sembuh, kuatkan semangat dan bangkit semula untuk meneruskan kehidupan.

Pak Nil dapat lihat jauhnya perjalanan mereka sebelum cerita tragedi ini dapat mereka lupakan. Namun Tuhan Maha Kaya kerana memberi peluang untuk mereka terus bernafas kerana Pak Nil yakin, mereka inilah juga nanti yang akan menjadi penebus kepada kesilapan pihak terbabit bagi mengelak peristiwa malang ini daripada berulang.

Bagaimanapun ketika dipelawa untuk melawat seorang kanak-kanak di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pak Nil kembali berbelah bagi. Pak Nil tidak mahu kehadiran Pak Nil menyebabkan mangsa bersedih dengan apa yang menimpa mereka. Apabila diberitahu bahawa sebelah kaki anak yang bernama Khairi, 13 telah dipotong, Pak Nil tidak dapat menolak lagi. Petugas ICU hanya membenarkan Pak Nil dan Ray masuk untuk bertemu anak malang itu yang berada dalam keadaan kritikal tetapi sedar. Sebelum berkesempatan berjumpa Khairi, Pak Nil terlebih dulu bertemu ibunya yang juga tampak kuat dan sentiasa tersenyum. Namun di hatinya siapa yang tahu. Dalam berbual, ada ketikanya dia tidak dapat menyorokkan kesedihannya tetapi reda dengan ujian Tuhan. Menurut si ibu, ketika itu Khairi masih belum mengetahui keadaan kakinya kecuali mengadu bahagian kakinya sakit. Tidak dapat Pak Nil bayangkan saat apabila anak itu mengetahui keadaan dirinya yang sebenar.

Khairi tidak bercakap tetapi sedar kehadiran Pak Nil dan senyumannya untuk Pak Nil sebenarnya menjadi ubat pula kepada hati Pak Nil yang berkecai. Semangat Pak Nil kembali kuat untuk memberi kekuatan pada anak ini. Sehingga terlintas di fikiran bahawa jika Pak Nil boleh dijadikan ubat untuk mereka cepat sembuh dan kembali bersemangat, Pak Nil sanggup serahkan diri ini untuk mereka.

Kini Pak Nil benar-benar faham dan insaf mengenai erti kunjungan pada yang sakit. Selain ubat yang diberikan, kehadiran kita juga turut membantu memulihkan dan meredakan kesakitan yang mereka tempuhi. Kita boleh jadi penguat semangat mereka untuk mereka berasakan bahawa kesukaran mereka turut dikongsi oleh orang lain yang prihatin.

Sesungguhnya episod ini menyedarkan Pak Nil lagi akan tanggungjawab yang di luar lingkungan kerjaya kami dan peranan yang boleh kami mainkan. Pak Nil juga turut mempelajari dan menghargai tugas tenaga penyelamat, pegawai perubatan, sukarelawan, tentera, polis, bomba dan semua yang terbabit dengan operasi menyelamat yang begitu ikhlas berkhidmat. Hanya Tuhan yang boleh membalas jasa kalian.

Wassalam!
www.tips-fb.com

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati