Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

13 January, 2012

Bukan sekadar rupa

JANGAN buat silap Paris Hilton bukan sekadar wanita cantik.

Pewaris berusia 30 tahun itu bercakap dengan gahnya mengenai kemahiran keusahawanannya dengan bergaya tanpa baju dalam satu temubual dengan FHM, mendakwa empayarnya kini memperoleh pendapatan kira-kira satu bilion dolar
(RM 3.15 bilion) dalam enam tahun.
PARIS memberi renungan seksi sambil menggayakan bentuk tubuhnya.

“Saya melibatkan diri dalam produk saya di setiap peringkat,” katanya kepada majalah itu. “Minyak wangi saya terjual dengan baik buat masa ini. Mereka menghasilkan lebih daripada RM4.1 bilion keuntungan sejak 2005.



Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
“Saya mempunyai 35 kedai dan 17 barisan produk, juga pasukan lumba saya, 14 jenis minyak wangi dan projek terbaru saya, rangkaian “Paris Hilton Beach Club.”

“Kelab yang pertama akan dibuka di Filipina tidak lama lagi. Ia mengandungi kelab malam, restoran, bar, gimnasium dan segala-galanya.”

Wanita kaya itu meraikan kepulangannya ke majalah itu, enam tahun selepas pertama kali bergaya untuk gambar kulit majalah.

Dalam temubual ranca�ngan “Piers Morgan Tonight” Jun lalu, Hilton turut bercerita mengenai jenama Paris dan rangkaian perniagaannya yang menakjubkan itu.

Paris memberitahu Morgan, dia memperoleh kira-kira RM31.47 juta daripada 17 rangkaian produk yang berbeza, termasuk minyak wangi, beg tangan, pakaian, kasut, cermin mata hitam, produk haiwan peliharaan, alat tulis dan peralatan tempat tidur.

Dia tidak memberitahu jumlah sebenar tetapi mengatakan lebih banyak lagi dan dia berjaya dalam perniagaannya.

Paris juga memuji Putera William dan adiknya Putera Harry kerana bersifat lelaki budiman dalam temubual.

Bercerita mengenai cintanya kepada London, Paris berkata, “Saya sukakan getarannya, penduduknya dan loghat mereka... Lelaki Britain sangat berbeza daripada lelaki Amerika - mereka lebih budiman dan sangat matang.

“Ia satu pemikiran yang berbeza. Saya bertemu ramai lelaki Britain dan saya rasa cara ibu mereka membesarkan mereka sangat berbeza, kerana mereka sopan dan baik. Lelaki Britain memang menarik.

Dia kemudian bercerita mengenai persahabatannya dengan dua beradik terkenal itu, “Saya rasa mereka lelaki baik.

“Ketika saya berada di London untuk penggambaran selama beberapa bulan, kami keluar bersama beberapa kali dan saya dapati mereka berdua memang sangat budiman.”

Wanita jelita berambut kuning itu kelihatan langsing dan comel dalam beberapa gambar seksi. Dalam satu gambar dia menggayakan pakaian tidur bercorak kecil dan satu gambar lagi dia tidak berbaju dengan hanya membiarkan rambut panjangnya menutupi dada.

Paris turut mendedahkan dia merancang untuk mengeluarkan album muzik eletronik berentak “dance” pada musim panas ini. Katanya, “ Saya memang gemarkan muzik begitu.”

“Ia memang minat saya. Cuma saya tidak dapat fokus kerana saya asyik melakukan program televisyen realiti selama ini.”

Katanya, “Saya sedang membuat album dengan beberapa deejay terkenal sekarang dan saya rasa pasti orang ramai akan terperanjat. Muziknya sangat moden dan pantas, sesuai untuk parti muzik.

“Ramai deejay yang hebat sekarang. Saya tahulah kerana saya telah pergi ke lebih 100 parti tahun lalu, jadi saya dengar banyak jenis muzik.”

Temubual sepenuhnya disiarkan dalam majalah FHM bulan ini. Berita
www.tips-fb.com

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati