Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

18 June, 2011

KL Gangster tewas filem Hollywood!

KL Gangster tewas filem Hollywood!

“ALHAMDULILLAH, alhamdulillah, saya sendiri terkejut, kata orang terkejut monyet!” begitulah ayat pertama Datuk Yusof yang baru selesai solat Jumaat.
Hanya ucapan tahniah yang mampu saya berikan kepada beliau, anaknya, Syamsul dan seluruh warga kerja Skop Productions atas kejayaan terbaru mereka melalui filem KL Gangster.
Mana tidaknya, melalui satu hari tayangan pembukaan Khamis lalu, KL Gangster sudah mengaut kutipan kasar RM1.5 juta atau lebih tepat lagi, kutipan bersih RM1.2, tidak termasuk tayangan awal pada malam sebelumnya iaitu sebanyak RM300,000.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
Jadi campur tolak campur tolak, kira-kira RM1.8 juta kutipan kasar diraih melalui Rabu dan Khamis saja di panggung.

Ternyata KL Gangster mencipta satu lagi rekod dalam sinema Malaysia kerana ia rekod tertinggi menewaskan tayangan pembukaan filem tempatan lain seperti Kongsi, Ngangkung, Hikayat Merong Mahawangsa mahupun Khurafat daripada Skop Productions sendiri.
Ternyata cakap rakan-rakan media yang menga�takan filem ini sangat menarik dan karya terbaik daripada Syamsul setakat ini bukanlah sembang kosong. Ramai sekali peminat berpusu-pusu ke panggung untuk membeli tiket KL Gangster dan keluar daripada baris dengan wajah hampa kerana tiket habis.

Kata Yusof kepada saya, filem itu ditayangkan di 81 pawagam wajib tayang dan 10 panggung bebas. Taya�ngan KL Gangster juga dibuat serentak di Singapura dan Brunei Darussalam.

“Saya terharu kerana KL Gangster mampu bersaing dengan filem Hollywood yang besar ketika ini seperti X-Men dan Pirates of the Caribbean. Nyata sokongan masyarakat terhadap filem kita semakin hebat. Nampaknya ramai suka cerita drama dan aksi selain seram dan komedi. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada yang sudah menonton KL Gangster,” kata Yusof lagi.
Dalam kerancakan ‘reel’ KL Gangster berputar di pawagam, tercetus pula
kontroversi mengatakan ada pihak yang tidak berpuas hati dengan jalan cerita filem itu yang dikatakan menyentuh hal-hal tertentu.

Bantahan tiba-tiba datang daripada Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah (Pekida) kerana KL Gangster dan sebuah lagi filem aksi yang masih ditayangkan, Kongsi, dikatakan ada memaparkan dialog tertentu berkaitan Pekida. Sejauh mana benarnya, wallahualam kerana saya sendiri tidak arif untuk menceritakan dengan terperinci.

Namun apa yang boleh saya cakap di sini, kalau pun ada sebarang isu sensitif, janganlah kita lekas melatah dan bawalah masalah mahupun keraguan itu ke meja rundingan. Insya-Allah semuanya boleh dirungkai dengan baik.

Kita kenalah faham ini soal filem kita dan membabitkan titik peluh serta pelaburan anak bangsa. Seharusnyalah kita terus memberikan soko�ngan kepada filem Malaysia dan bertindak seperti menarik rambut di dalam tepung. Dua-dua akan OK.

Bagi saya, KL Gangster adalah sebuah filem cereka dan bukan dokumentari. Ia dihasilkan untuk tujuan berhibur dan dalam berhibur itu, seperti biasa Yusof dan Syamsul tetap menyelitkan mesej positif dan sedikit humor kepada penonton mereka.

Saya faham Yusof sebagai� orang lama yang sudah bertahun-tahun membuat karya bercorak aksi kepolisan bagi membantu imej pihak berkuasa, sudah masak dengan cara mencorakkan karya hiburan yang komersial dan pada masa yang sama, bermesej.

Saya bangga kerana formula kejayaan filem Sembilu dulu kini mampu diubahsuai me�ngikut peredaran zaman oleh Syamsul, sehing�ga setiap filem arahan Syamsul membuahkan hasil lumayan. Ini baru namanya ‘anak bapak’. Yusof juga semakin yakin melepaskan hala tuju Skop Productions ke tangan anaknya itu bagi membina Empayar Skop. Jumpa lagi minggu depan. - roslen�metro@yahoo.com
www.tips-fb.com

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati