Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

06 May, 2011

pertama kali di Malaysia kewujudan ruang khas pelindung bayi (baby hatch)

Kini Di Tempat kita dah wujud tabung bayi... jom baca lagi artikel ni ye...
PELINDUNG BAYI...turut menunjukkan arahan di sebelahnya bagi memudahkan bayi diletakkan di situ.

KETIKA baru diperkenalkan pertama kali di Malaysia pada 2010, ada yang menganggap kewujudan ruang khas pelindung bayi (baby hatch) akan menggalakkan lagi masalah pembuangan anak luar nikah khususnya pasangan remaja yang belum berkahwin.
TUNJUK...Ida menunjukkan bayi yang diletakkan ke dalam pelindung bayi sebelum diambil penjaga pusat berkenaan.
SELAMAT...CCTV turut diletakkan di dalam bilik pelindung bayi.

Namun, apabila difikirkan dengan akal yang waras pasti ramai tidak sanggup melihat atau mendengar banyak kes yang disiarkan media membabitkan bayi dibuang tidak kira tempat semata-mata hanya mahu mengelak rasa bersalah dan malu yang perlu ditanggung selepas terlanjur bersama pasangan.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...

Pasti ada yang mengalirkan air mata tatkala mata dijamu dengan penemuan bayi masih hidup dikerumuni lalat dan semut ditemui di bawah jambatan. Lebih malang jika ia tidak dijumpai sesiapa, air deras akibat hujan lebat pasti akan membawanya bersama sampah-sarap mengakibatkan si bayi mati kelemasan.

Mungkin kita tidak sanggup melihat mayat bayi ditemui dengan sebahagian anggota badannya terbakar teruk kerana dibuang di timbunan sampah oleh ibunya sendiri yang mahu menutup malu kerana tidak tahu di mana harus meletakkan anak baru dilahirkan.

Justeru, nyawa bayi lebih penting daripada tanggapan buruk orang ramai ketika pengenalannya kepada masyarakat di negara ini sebagai alternatif bagi menyelamatkan nyawa yang tidak berdosa ini.

Pusat pelindung bayi diperkenalkan bekas Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak-Anak Yatim Kuala Lumpur (OrphanCare), Allahyarham Datuk Adnan Mohd Tahir yang membuat pemerhatiannya berhubung pelindung bayi di Jerman sebelum diperkenalkan di negara ini turut mendapat sokongan daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Menurut Pengurus Eksekutif OrphanCare, Zulkifli Mohd Aris, sehingga kini, pusat pelindung bayi menerima kira-kira 30 bayi membabitkan 83 peratus bayi Muslim, 13 peratus bukan Muslim dan empat peratus bukan warganegara Malaysia. Bilangan bayi lelaki dan perempuan dalam nisbah serupa.

Pelindung bayi itu dihasilkan dengan tahap keselamatan yang diyakini dapat memberikan keselesaan kepada bayi sebagai tempat sementara sebelum diambil petugas untuk diletakkan di bilik yang lebih selamat dan terjaga.

“Ia dilengkapkan dengan tilam dan bantal manakala bahagian bawahnya ada butang keselamatan yang berfungsi sebagai alat pengesan bagi menandakan bayi terdapat di dalamnya.

“Apabila rasa bebanan, secara automatik butang di bawah tilam akan segera mengaktifkan lampu, alat penyaman udara dan loceng amaran akan berbunyi di bilik penjagaan bayi bagi memberi isyarat mereka menerima orang baru,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Jelasnya, setelah mendapat loceng amaran, petugas akan segera mengambil bayi terbabit supaya tidak berada di situ lebih daripada lima minit bagi memastikannya tidak mengalami sebarang perkara yang tidak diingini.

Bunyi amaran akan menyala apabila pintu tertutup sekali gus dikunci secara automatik bagi mengelak unsur penculikan dan tindakan orang yang tidak bertanggungjawab.

Sekiranya ibu berkenaan berubah hati untuk mengambil semula bayi yang diletakkan di dalam bekas pelindung bayi itu, mereka perlu menggunakan interkom yang diletakkan bersebelahannya agar penjaga pusat berkenaan dapat membuka semula pintu itu.

Sebelum menutup pintu, si ibu atau mereka yang meletakkan bayi berkenaan perlu meninggalkan butiran lengkap atau sijil kelahiran selain mengisi borang disediakan bagi membolehkan proses penerimaan bayi berkenaan dapat berjalan lancar.

Sekiranya mereka tidak meninggalkan sebarang pengenalan diri bayi, pihak OrphanCare akan membuat laporan kepada polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan hospital bagi mengelak timbul perkara yang tidak diingini.

Selain itu, di dalam bilik berkenaan turut diletakkan kamera litar tertutup (CCTV) yang diawasi 24 jam oleh penjaga bagi melihat gambaran yang lebih terperinci sama ada pelindung bayi terbabit benar-benar ada bayi atau haiwan seperti kucing atau anjing.

“CCTV juga diletakkan di sini bagi mengelakkan berlaku penipuan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan cuba mencabar tahap keberkesanan sistem keselamatannya.

“Dengan adanya CCTV, penjaga kami dapat melihat dengan lebih baik selain menjaga keselamatan bayi,” kata Zulkifli yang turut ditemani Jawatankuasa Ibu Bapa, Ida Ghazali.

Katanya, pusat pelindung bayi dibuka 24 jam dan pintu pagarnya akan sentiasa dibuka bagi memudahkan keluarga atau ibu yang ingin meletakkan bayi sama ada bersembunyi atau bersemuka dengan penjaga OrphanCare.

Dengan kos RM20,000, pelindung bayi dapat dijadikan alternatif yang baik kepada bayi untuk terus bernafas dan mendapat hidup lebih sempurna bersama keluarga angkat yang benar-benar layak.

Antara negara yang menubuhkan pusat pelindung bayi ialah Jerman, India, Pakistan, Austria, Perancis, Jepun, Republik Czech dan Belgium.

Jerman menubuhkan pelindung bayi kerana negaranya tidak membenarkan ibu melahirkan anak tanpa menyertakan maklumat lengkap diri mereka di hospital. Oleh itu, pelindung bayi dijadikan sebagai cara meninggalkan bayi yang tidak diingini dengan selamat tanpa diketahui sesiapa untuk diberi kepada keluarga angkat.

Berbeza di India dan Pakistan yang mewujudkan pelindung bayi sebagai alternatif bagi perempuan yang melahirkan anak luar nikah disebabkan tidak mampu menyediakan kos hantaran kahwin yang tinggi.

Bagi Austria, penubuhan pelindung anak luar nikah bertujuan menjaga hak mereka sejak 2001 sebagai khidmat sosial kepada kanak-kanak dengan menyediakan khidmat menjaga bayi pada tempoh enam bulan pertama sebelum diberikan kepada keluarga angkat.

Republik Czech menjadikan pelindung bayi sebagai tempat yang sah sejak 2006 oleh Kementerian Hal Ehwal Sosial dalam undang-undang negaranya dan pada November 2010, negara ini mempunyai 39 pelindung bayi sekali gus berjaya menyelamatkan 37 kanak-kanak.

Sementara itu, pada 2003 mahkamah hak asasi manusia Eropah mengesahkan keputusan hak anak luar nikah yang diberikan di Perancis tidak melanggar konvensyennya.

Pada 2006, Hospital Iikei, Jepun memohon kerajaan wilayah Kumamoto, bandar raya Kumamoto dan pejabat lain supaya tidak menganggap pembukaan pelindung bayi sebagai memberi galakan berlaku pembuangan bayi kerana ia di bawah jagaan pihak hospital.

Walaupun pembuangan bayi di Belgium adalah haram, anak luar nikah akan ditempatkan di pusat jagaan dan boleh diambil sebagai anak angkat selepas beberapa bulan. Namun begitu, mereka yang bertanggungjawab mewujudkan pelindung bayi akan dikenakan hukuman di bawah undang-undang Belgium kerana dianggap mempromosikan pembuangan anak.
info Metro
www.tips-fb.com

2 comments:

NARDtheNERD said... [Reply]

ada positif dan ada negatifnya...


jom dtg blog naddy join segmen blog review jom.. :)

Wanita Timur said... [Reply]

ye btui tu, tapi mungkin anak2 tu akan selamat tu pun kalau dia org p letak kat sana, kalau masih takde hati perut pastu buang bayi tu rata2 akan timbul lagilah bayi tong sampah.
akhir zaman ni nafsu lebih menguasi diri dari akal, iman. apa2 benda pun boleh terjadi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati