Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

28 May, 2011

Tanah runtuh: Roboh rumah anak yatim

KUALA LUMPUR: Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat, iaitu lokasi kejadian tanah runtuh yang meragut 16 nyawa, akan dirobohkan sekiranya penilaian mendapati ia tidak selamat diduduki, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung.
Beliau berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menjalankan siasatan daripada pelbagai aspek bagi menentukan sama ada lokasi penempatan rumah kebajikan itu sesuai diduduki.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...

"Sama ada rumah ini selamat atau tidak, kita akan serahkan pada JKR untuk buat siasatan lanjut dan teknikal dan jika didapati tidak selamat, majlis (Majlis Perbandaran Kajang) akan ambil tindakan untuk runtuhkan rumah ini," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Dalam kejadian tanah runtuh kira-kira 2.30 petang semalam, seramai 25 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus dalam runtuhan tanah. Enam belas orang terkorban dalam tragedi tersebut manakala sembilan lagi yang turut terperangkap dalam runtuhan itu selamat. Chor berkata, rumah itu dibina lebih 10 tahun lalu dan ia adalah tapak pertanian dan bendang. "Pada masa dulu, MPKj (Majlis Perbandaran Kajang) tidak sampai ke tempat ini, jadi tidak boleh salahkan penduduk yang bina rumah dekat sini. Tuan tanah berhak untuk bina rumah sendiri untuk keluarga sendiri, ia tidak salah. "Namun pada masa ini, kalau ada tuan-tuan tanah yang ingin bina rumah, mereka harus kemukakan permohonan kepada MPKj," katanya. Chor menjelaskan bahawa tiada tindakan boleh diambil ke atas mana-mana pihak kerana rumah itu dibina lebih 10 tahun lalu. "Kita tidak boleh ambil tindakan kerana pada masa itu tiada syarat permohonan perlu dikemukakan pada majlis. Masa itu tidak perlu, sekarang lain," katanya. - Bernama
www.tips-fb.com

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati