Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

23 June, 2011

Killa Dan Shera Petaruh Bakat Bukanya Cerita Sensasi

FILEM berjudul Karak yang diterbitkan oleh KRU Studios belum lagi ditayangkan. Namun sudah ramai yang telah mengenali pelakon-pelakon utamanya seperti Kilafairy dan Shera Aiyob.
Boleh dikatakan kedua-dua pelakon ini dikenali berdasarkan beberapa cerita sensasi yang tersiar sebelum ini. Masing-masing mempunyai kisah tersendiri hingga mendapat tumpuan ramai.
Misalnya, Kilafairy yang juga anak kepada penyanyi terkenal era 90-an iaitu Rohana Jalil pernah digosipkan mempunyai hubungan dengan pengarah filem berkenaan iaitu Yusry Abdul Halim.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...

Bukan itu sahaja, pelakon berusia 18 tahun itu juga dikatakan membuat suntikan di bibir setelah dilihat memiliki bentuk bibir yang seakan-akan pelakon Hollywood terkenal iaitu Angelina Jolie.
“Saya sedar apabila menceburi bidang lakonan, cerita-cerita sensasi memang tidak dapat dielakkan dan itulah yang telah saya lalui pada masa ini sebagai seorang pelakon baru.

“Bagaimanapun, saya sebenarnya kurang senang kalau dikenali sebagai pelakon kontroversi. Saya mahu dikenali kerana bakat lakonan yang dimiliki, bukan kerana cerita sensasi,” tegasnya.

Meskipun pada mulanya agak tertekan apabila dihimpit dengan kontroversi, namun dia bertuah kerana mendapat nasihat daripada ibunya yang lebih berpengalaman dalam dunia artis.
Ujarnya, apa yang lebih penting sekarang adalah terus memberi tumpuan kepada kerjayanya ketika ini tanpa mempedulikan apa sahaja kisah kontroversi yang membabitkan dirinya.

“Ibu ada berpesan sekiranya terbabit dalam bidang seni, mental dan fizikal harus kuat kerana banyak cabaran dan dugaan yang akan dilalui. Dengan pesannya itu, kini saya sudah lali dengan semua cerita-cerita tersebut,” ujarnya.
Sementara seorang lagi pelakon, Shera yang juga seorang pengacara mula dikenali ramai apabila suatu masa dahulu dia dikatakan bercinta dengan seorang pelakon lelaki yang sedang meningkat naik ketika itu.
Namun begitu, hubungannya dengan pelakon berkenaan putus dan kemudian dia kini secara rasmi telah menjadi tunangan pelakon iaitu Zahiril Zahiril Adzim.

“Lakonan adalah sesuatu yang agak baharu kerana saya memang tiada pengalaman langsung dalam bidang ini. Saya agak terkejut sewaktu ditawarkan berlakon dalam filem Karak.

“Apa yang membuatkan saya tertarik untuk membintangi filem ini kerana tertarik dengan skrip dan jalan ceritanya. Malah, saya rasa inilah peluang untuk saya cuba cungkil bakat dalam bidang lakonan pula,” jelasnya..

Menurut Shera, biarpun mengakui sangat berdebar menanti reaksi peminat menerusi filem tersebut, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berlakon lagi selepas ini.
Ujarnya, dia akan tetap menerima tawaran berlakon asal bersesuaian dengan jadualnya memandangkan dia juga terikat dengan tugas sebagai pengacara dan penolong penerbit dalam beberapa buah rancangan terbitan TV3.

Sementara itu, ketika ditanya adakah dia sudah bersedia untuk mengharungi rintangan sebagai pelakon terutamanya dihujani dengan pelbagai cerita sensasi, Shera turut menganggap ia adalah salah satu cabaran yang harus dihadapi.

“Rasanya sebelum bergelar pelakon lagi orang ramai sudah mengenali saya menerusi cerita mengenai hubungan cinta saya. Apa yang lebih penting saya tidak mahu cepat melatah kalau ada sebarang cerita yang kurang baik.

“Cuma saya tidak mahu kisah peribadi saya terlalu digembar-gemburkan dan disensasikan kerana saya perlu menjaga nama baik keluarga dan tunang. Biarlah orang menceritakan tentang lakonan saya sahaja,” ujarnya.

Usaha sendiri.

Umum sudah mengetahui mengenai Kilafairy yang merupakan anak kepada penyanyi terkenal Rohana Jalil. Maka, tidak hairanlah sekiranya darah seni turut mengalir dalam diri anak bongsu kepada penyanyi berkenaan.

Bagaimanapun, terdapat juga suara-suara nakal yang mengatakan bahawa pelakon itu turut menumpang populariti ibunya, malah turut dijadikan batu loncatan untuk dia bertapak dalam bidang seni.

Mengulas mengenai perkara tersebut, pelakon yang sedang menuntut di Raffles International Collage itu menjelaskan segala tawaran berlakon yang diterimanya adalah tanpa pertolongan ibunya.

“Selama ini saya berusaha sendiri berkecimpung dalam bidang lakonan dan tidak pernah berniat untuk menggunakan populariti ibu bagi mendapat banyak tawaran berlakon.

“Sedangkan ibu pula sekadar menjadi orang tengah. Misalnya, kalau ada mana-mana pihak sama ada penerbit atau pengarah yang mahu menawarkan saya berlakon, maka mereka akan menghubungi ibu terlebih dahulu,” jelasnya.

Mengenai perjalanan karier seninya pula, pelakon berkenaan memberitahu bahawa dia sebenarnya turut menanam impian mengikut jejak langkah ibunya untuk bergelar seorang penyanyi..

KILAFAIRY menolak dakwaan dia menjadi popular kerana kontroversi dan bantuan ibunya, penyanyi Rohana Jalil. Katanya dia berusaha keras untuk berada pada tahap sekarang.

Jelasnya lagi, minat untuk menyanyi mula timbul sejak kecil lagi apabila telah didedahkan dalam dunia nyanyian kerana sering mengikuti ibunya membuat persembahan pentas.

“Meskipun sibuk dengan berlakon ketika ini, hasrat untuk bergelar penyanyi tidak pernah luput. Malah, kini saya sedang dalam proses rakaman untuk menghasilkan single di bawah Edry,” ujarnya.

Cepat kahwin.

Pada tanggal 1 Mei lalu, Shera yang juga pengacara rancangan Wanita Hari Ini (WHI) telah menjadi tunangan kepada seorang pelakon yang kini sedang popular menerusi drama Juvana iaitu Zahiril Adzim.
Menurut gadis kelahiran Ipoh itu, dia sememangnya sudah bersedia untuk bergelar sebagai seorang isteri dan keputusan untuk bertunang itu bukanlan satu keputusan yang tergesa-gesa.

“Dulu saya sasarkan untuk mendirikan rumah tangga pada usia 27 tahun, namun tak sangka pula saya bertunang dan akan berkahwin lebih awal daripada sasaran sebelum ini.

“Meskipun baru setahun kami bercinta, tetapi saya rasa sudah tiba masanya untuk melangkah ke alam perkahwinan,” ujarnya yang akan bernikah pada 20 November ini.

Menurut Shera, apa yang membuatnya ingin cepat mendirikan rumah tangga kerana menyedari cabaran serta dugaan yang bakal ditempuhi sepanjang tempoh pertunangan.

Jelasnya, sebelum ini pernah terlintas di fikirannya untuk terus sahaja berkahwin tanpa bertunang. Namun, dia merasakan lebih baik bertunang terlebih dahulu sebagai persediaan untuk melangkah ke alam rumah tangga.

Tentang pembabitannya dalam bidang lakonan pula, Shera memberitahu dia sangat beruntung kerana turut mendapat sokongan sepenuhnya daripada tunang tersayang.

“Dia sendiri tidak kisah apabila saya berlakon kerana dia juga seorang pelakon. Malah, dia turut memberikan beberapa tip agar saya dapat menjadi seorang pelakon yang baik,” ujarnya..
www.tips-fb.com

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati