Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

02 June, 2011

Ana Raffali mengurat Dafi

KALI pertama melangkah kaki ke pentas teater, masing-masing berkongsi rasa yang sama. Perasaan itu bukan sekadar debaran semata-mata, malah ia turut membabitkan perasaan lebih daripada itu antara Dafi dan Ana Raffali. Bagaikan ada rona cinta yang singgah di kamar hati masing-masing. Lebih melucukan, Ana cuba melawan arus dan seolah-olah mengiyakan lagi pepatah ‘perigi mencari timba’.
Biar betul? Namun, memang itu hakikat sebenar diakui Ana saat dia membuka jalan untuk menakluk hati Dafi. Kalau begitu, apa sudah jadi dengan lelaki bernama Naim yang pernah dikaitkan dengan Ana sebelum ini?
“Memang Ana yang memulakan dulu langkah mengenali hati Dafi. Memang itu kehendak skrip. Tapi jangan pula salah sangka, itu antara sebahagian tuntutan watak dalam pementasan Kenangan Mengusik Jiwa,” jawab Ana sambil tersenyum.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...

Menerusi teater muzikal arahan Lokman Ghani yang bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya ini, bermula 27 Mei ini, Ana diberi mandat memegang watak Rose manakala Dafi sebagai Rey. Kedua-duanya untuk watak zaman muda, seterusnya watak mereka masing-masing diambil alih Saida dan Sohaimi Mior Hassan

Rose digambarkan sebagai anak orang kaya yang begitu bersemangat memastikan apa dihajati dapat dimilikinya. Hal sama juga untuk dirinya berusaha memiliki cinta Rey. Babak cinta yang cuba dipersembahkan juga tidak terlalu ekstrim seperti zaman sekarang.

“Orang dulu bercinta tak terlalu berterus-terang. Masih tebal dengan sikap malu-malu. Sekalipun darjat menjadi pengukur hubungan mereka, Rose anak orang berada melihat Rey anak kepada pemuzik jalanan yang buta lebih daripada segala-galanya. Pada awalnya, memang diakui, baik Ana mahupun Dafi malu-malu untuk melakonkan babak romantik. Itu perkara biasa. Namun di penghujung latihan bersama, kami menjadi serasi. Berbanding Ana, Dafi lebih mempunyai pengalaman berlakon sedangkan Ana sebaliknya,” jelas Ana.

Akui Ana lagi, dia harus berterima kasih kepada Lokman Ghani yang tidak berhenti meletakkan harapan untuk Ana berlakon teater itu. Ini kali kedua tawaran berlakon teater ini datang daripadanya.
“Sebelum ini beliau pernah menawarkan Ana untuk berlakon teater Teratak Minang tetapi Ana sudah ada komitmen lain,” kata Ana yang melihat peluang terbabit dengan teater Kenangan Mengusik Jiwa ini sebagai tiket untuk terus belajar. Ana menambah, perkenalannya dengan Lokman bermula ketika dia membuat persembahan bermain gitar sambil menyanyi di Laman Santai di Istana Budaya. Malah idea lagu Kalau Berpacaran dendangannya bersama Sohaimi serta Altimet juga membuka hasrat pengarahnya untuk menyunting Ana dan Sohaimi.

Sementara itu, Dafi pula menyatakan rasa bangga dan gembira kerana 2011 menjadi saksi melihat dirinya ke pentas teater. Bukan hanya untuk Kenangan Mengusik Jiwa, malah Dafi juga terbabit dalam Dreamgirls, Julai ini dan kedua-duanya dipentaskan di Istana Budaya.

Perasaan bintang Akademi Fantasia musim kelima ini tepat digambarkan seperti single terbarunya yang rancak dimainkan di radio iaitu Euphoria atau maksud sebenarnya, kegembiraan yang terlalu ekstrim.

“Jam 10 pagi hingga 6 petang, saya mengkhususkan untuk latihan Dreamgirls manakala bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam untuk Kenangan Mengusik Jiwa. Bagi saya sekali pun penat, ia satu pengalaman berharga dan berbaloi untuk saya,” katanya.

Akui Dafi lagi, peluang terbabit dengan dua pementasan muzikal ini diumpamakan seperti mimpi menjadi kenyataan apatah lagi anak kepada Menteri bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Ismail Sabri Yaacob ini memang meminati dunia muzikal.

“Elemen muzikal gabungan aspek tarian, lakonan dan nyanyian. Ia menjadi keghairahan dalam diri saya. Sebab itu, saya tidak mahu ketinggalan datang ke sesi latihan. Ini kerana saban hari, ia menjadi ruang terbaik untuk saya terus menimba pengetahuan dan pengalaman,” katanya yang merakam single terbaru tidak lama lagi termasuk berkolaborasi dengan satu kumpulan popular tanah air.

Mengulas mengenai Ana, Dafi memberitahu, dia pada awalnya tidak terlalu mengenali penyanyi itu secara rapat, selain pernah terbabit sama ketika membuat persembahan. Tapi itu bukan alasan baginya untuk menjarakkan diri sebaliknya Kenangan Mengusik Jiwa menjadi titik permulaan untuk mereka mencipta keserasian.

“Dalam babak romantik membabitkan saya dengan Ana harus beri keutamaan, saya pun bukan jenis yang romantik sangat. Awalnya biasalah kalau perasaan janggal antara kami itu wujud. Tapi lama-lama semua jadi OK... Ana pun walaupun sudah menang banyak anugerah, dia tak ‘kekwat’. Saya senang bekerjasama dengannya. Kami saling mengingati dan gigih berlatih sesama,” kata Dafi yang dilantik sebagai duta Bank Rakyat sambil memberitahu bakal muncul dengan album terbaru September ini.
Info Berita harian online
www.tips-fb.com

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati