Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

15 November, 2010

Masalah seumur hidup

Masalah seumur hidup
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

JANGAN BIARKAN... kemurungan yang tidak diberi rawatan sewajarnya boleh menyebabkan seseorang bertindak agresif sehingga mencederakan diri sendiri.


“SUDAH baik, jadi buat apa terus makan ubat? Kalau terus ambil ubat, nanti ketagihan pula.” Ini antara kata-kata yang kerap diterima pakar psikiatri apabila bertanya mengapa pesakit yang mengalami masalah kesihatan mental, termasuk kemurungan, menghentikan pengambilan ubat tanpa berbincang dengan doktor.

Mungkin pesakit dan ahli keluarga tidak sedar, masalah kesihatan mental adalah masalah sepanjang hayat kerana ia boleh berulang pada bila-bila masa jika pesakit mengambil keputusan sendiri untuk memberhentikan rawatan.


Seperkara yang perlu difahami, kemurungan berulang biasanya lebih teruk berbanding episod sebelumnya dan paling menyedihkan, ada kes berakhir dengan kematian apabila pesakit membunuh diri.

Menurut Pakar Psikiatri dan Terapi Kognitif, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Maniam Thambu, pandangan negatif dan prejudis masyarakat terhadap individu yang mengalami masalah berkaitan mental, termasuk kemurungan, menjadi benteng penghalang yang membuatkan ramai terus berada dalam derita walaupun rawatan berkesan boleh diperoleh pada bila-bila masa di kebanyakan hospital dan klinik.


Sikap prejudis ini tidak hanya melanda masyarakat kita, malah penduduk negara maju seperti Amerika Syarikat masih mengalami masalah sama. Kajian selama 10 tahun (1996 hingga 2006) dijalankan Universiti Indiana dan Columbia mendapati, pelbagai kempen kesedaran mengenai penyakit mental masih tidak mampu mengubah tanggapan negatif masyarakat di sana.


Malah, perkara ini juga membuatkan golongan berpendidikan tinggi, termasuk pelajar perubatan, keberatan mendapatkan rawatan kerana bimbang mereka dianggap kurang keupayaan mengendalikan masalah dan berdepan tekanan.

Hasil kajian penyelidik Universiti Michigan itu juga mendapati, alasan lain pelajar perubatan tidak mendapatkan rawatan ialah kebimbangan ia menjejaskan masa depan, terutama untuk menjadi doktor apabila tamat pengajian kelak, jika masalah mereka diketahui.

Jika golongan yang mendalami ilmu perubatan juga beranggapan sedemikian, apatah lagi masyarakat umum? Ini perkara menyedihkan kerana kemurungan berpanjangan boleh ‘melumpuhkan’ kehidupan seseorang dan keluarga, sedangkan ia boleh dirawat dengan berkesan.

Menurutnya, ramai terlepas pandang kepentingan penjagaan kesihatan mental yang boleh diumpamakan sebagai ‘ibu’ kepada kesihatan keseluruhan. Jika kesihatan mental terganggu, kesihatan seluruh badan juga terjejas.


“Ada orang beranggapan kemurungan disebabkan seseorang individu itu tidak pandai menangani tekanan. Sebenarnya kemurungan bukan tanda kelemahan individu, sebaliknya penyakit biologi yang boleh menjejaskan kesihatan fizikal secara keseluruhan. Kemurungan juga perlu dibezakan dengan kesedihan atau perubahan emosi yang kerap berlaku dalam kehidupan seharian.


“Kesedihan biasa hanya berlaku sekali sekala dan hilang dalam masa beberapa hari. Bagaimanapun, jika rasa sedih berlanjutan melebihi dua minggu sehingga menjejaskan aktiviti harian, segera dapatkan bantuan kerana ini antara tanda kemurungan.


“Masalah kemurungan juga boleh menjadi punca keretakan rumah tangga, hubungan sosial dan hilang pekerjaan kerana pesakit tidak boleh memberi tumpuan pada tugas. Masalahnya, majikan mungkin tidak percaya individu itu mengalami masalah kemurungan atau ia tidak dianggap gangguan kesihatan yang perlu diberi rawatan segera,” katanya ketika membincangkan masalah Kemurungan di Malaysia — Menderita Dalam Diam dalam bengkel media anjuran Pfzer Malaysia.


Yang membimbangkan ialah, semakin ramai menghadapi masalah kesihatan mental. Ini termasuk mengalami tekanan berlebihan, kemurungan, sentiasa berasa was-was dan skizofrenia.


Secara purata, satu daripada 10 orang di Malaysia mempunyai masalah kesihatan mental dan di seluruh dunia dianggarkan 450 juta orang mengalami gangguan mental. Daripada jumlah ini 120 juta dilanda kemurungan manakala 24 juta mengalami skizofrenia, tetapi kebanyakannya tidak mendapat rawatan sewajarnya.


Kemurungan tidak berlaku pada orang dewasa saja, malah kanak-kanak juga boleh mengalaminya. Kajian Morbiditi dan Mortaliti Kebangsaan 2006 mendapati daripada 14,000 responden yang mengalami masalah kesihatan mental, 20 peratus adalah kanak-kanak, manakala 11 peratus pesakit dewasa.


Kemurungan yang tidak diberi rawatan sewajarnya boleh menyebabkan seseorang bertindak agresif sehingga mencederakan diri sendiri, termasuk mempunyai fikiran untuk membunuh diri. Kajian menunjukkan lebih ramai wanita cuba membunuh diri tetapi jumlah kematian (kejayaan) adalah empat kali lebih tinggi di kalangan lelaki.


Ini kerana lelaki biasanya menggunakan kaedah lebih nekad dan sukar diselamatkan seperti gantung diri, terjun dari bangunan atau minum racun. Wanita menggunakan kaedah yang boleh diselamatkan (biasanya hanya mencederakan diri sendiri) dan kecenderungan mencederakan diri disifatkan sebagai ‘jeritan senyap’ meminta tolong dan bukan mereka benar-benar mahu mati.


“Boleh dikatakan saban bulan ada saja kes perlakuan agresif dan ganas membabitkan pesakit yang mengalami masalah kesihatan mental dilaporkan di akhbar. Keadaan ini membuatkan orang ramai menganggap pesakit yang ada masalah kesihatan mental adalah ganas dan berbahaya.


Anggapan ini tidak betul kerana sikap agresif hanya timbul jika masalah dibiar berlarutan dan tidak mendapatkan rawatan.


Tanda-tanda awal kemurungan yang perlu diperhatikan

Sebelum sampai ke perlakuan agresif atau timbul keinginan membunuh diri, ada beberapa tanda fizikal akibat kemurungan iaitu:



Sakit atau pening kepala — Ini antara tanda paling biasa dan kerap dialami kebanyakan orang. Jika sebelum ini anda mengalami migrain, kemurungan membuatkan sakit kepala bertambah teruk
Sakit belakang (pinggang) — Sakit pinggang juga bertambah buruk apabila anda mengalami kemurungan
Sakit otot dan sendi — Ia juga antara kesan tekanan yang tidak ditangani dengan baik dan menjadi lebih teruk jika anda murung
Sakit dada — Biasanya orang cepat mengambil tindakan jika mengalami sakit dada yang sering dikaitkan dengan masalah jantung. Bagaimanapun, kemurungan juga boleh menyebabkan sakit dada
Masalah pencernaan — Anda mungkin berasa mual, mengalami cirit-birit atau sembelit
Cepat berasa penat dan tidak bertenaga — Tidak kira berapa lama anda tidur, anda masih berasa penat dan apabila terjaga daripada tidur pada waktu pagi, terpaksa melawan perasaan untuk bangun dari katil
Sukar tidur malam — Ini juga antara tanda biasa bagi individu murung. Anda mungkin kerap terjaga malam dan sukar untuk kembali melelapkan mata. Akibatnya anda berasa letih apabila bangun keesokan hari dan ia menyukarkan anda untuk menumpukan perhatian ketika memandu atau kerja. Ada juga individu murung yang tidur lebih lama daripada biasa
Perubahan selera makan — sama ada tidak berselera atau terlebih selera. Jika anda hilang selera makan, berat badan turun. Sebaliknya ada juga individu yang ‘mengidam’ untuk makan pelbagai jenis makanan yang dirasakan boleh mententeramkan dan menenangkan hatinya yang akhirnya membuatkan berat badan bertambah.

Penilaian diri

Oleh kerana ada orang tidak sedar mereka mengalami kemurungan, senarai soalan di bawah mungkin dapat membantu anda mengenal pasti masalah yang melanda. Pasangan juga boleh membantu dengan memerhatikan keadaan suami atau isteri jika mereka turut mengalami gejala kemurungan.


Antara soalan yang boleh anda tanya pada diri sendiri ialah:



Adakah saya tidur dengan baik di waktu malam?
Adakah sejak akhir-akhir ini saya cepat marah?
Adakah saya bangun pagi tanpa semangat?
Adakah saya sentiasa berasa penat?
Adakah saya menyalahguna ubat atau dadah?
Adakah saya mengabaikan aktiviti yang pernah saya anggap penting?
Berapa kerap saya berasa seronok dan tidak hanya berasa ‘okay’?
Adakah saya mengelak perjumpaan sosial atau keluar rumah?
Bagaimana dengan berat badan, keinginan seks, haid dan kelawasan usus?
Adakah saya berasa putus asa, kecewa, tiada nilai diri dan menganggap mempunyai masa depan gelap?
Adakah saya merasa hidup ini tidak bermakna?
Rawatan
Menurut Dr Maniam, individu yang mengalami kemurungan tampak seperti individu biasa, tetapi mereka sebenarnya menderita dalam diam.


Ada individu tidak tidak nampak jalan keluar untuk mengatasi kemurungan dan akibatnya masalah ini menjejaskan hubungan mereka dengan isteri dan anak.


Kemurungan boleh dirawat dengan pengambilan ubat anti kemurungan, psikoterapi atau gabungan kedua-duanya. Lebih 80 peratus pesakit dapat dirawat dengan berkesan dan kembali bekerja serta menikmati kehidupan bahagia. Yang penting ialah pesakit mendapatkan rawatan seawal mungkin.


“Antara punca kelewatan atau langsung tidak mendapatkan rawatan ialah ramai tidak menganggap kemurungan sebagai penyakit. Pesakit bimbang dilabel sebagai orang gila dan masih ramai percaya kemurungan ini disebabkan terkena sihir atau buatan orang.


“Di kalangan pesakit yang mendapatkan rawatan, ada yang menghentikan sendiri pengambilan ubat apabila dirasakan sembuh kerana bimbang ubat itu menyebabkan ketagihan. Dalam soal ini perlu ditegaskan bahawa ubat tidak menyebabkan ketagihan kerana dos diberi adalah rendah; sesuai dengan keperluan dan keadaan setiap pesakit,” katanya.


Bagi yang bekerja, mereka bimbang hilang pekerjaan kerana majikan tidak mahu lagi menggajikan mereka. Bahkan ada yang takut syarikat insurans tidak mahu memberi perlindungan insurans jika tahu mereka ada masalah itu.


Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Shirlin Abdul Rashid juga baru-baru ini mengakui, syarikat insurans di negara ini mendiskriminasi pesakit dengan tidak melindungi masalah kesihatan mental dalam polisi insurans perubatan, sedangkan di luar negara perlindungan itu sudah lama diberikan.


Di seluruh dunia lebih ramai wanita mengalami masalah kemurungan berbanding lelaki kerana perubahan hormon seperti kedatangan haid, kehamilan, bersalin dan menopaus. Wanita juga didapati lebih tertekan kerana bertanggungjawab dalam penjagaan anak dan menguruskan kerja rumah.


Dulu kemurungan dilabel sebagai penyakit wanita tetapi kini semakin ramai lelaki didapati dilanda masalah ini. Kajian di Amerika Syarikat mendapati lebih enam juta lelaki di negara berkenaan mengalami sekurang-kurangnya satu episod kemurungan teruk setiap tahun.


Sebenarnya kemurungan melanda lelaki dan wanita, malah gejala dialami juga sama, cuma lelaki menzahirkan masalah mereka dengan cara berbeza. Bagi wanita, kemurungan menjadikan mereka kerap berasa sedih manakala bagi lelaki pula ia menyebabkan mereka bengkeng (bengis), cepat marah dan bersikap agresif.


Pensyarah Psikiatri dan Farmakologi, Universiti Toronto, Prof Madya Dr Roger Mclntyre berkata, Laporan Kesihatan Dunia 2001 mengenai kesihatan mental menganggarkan menjelang 2020, penyakit kemurungan teruk akan menduduki tempat kedua selepas penyakit jantung yang menyebabkan punca utama ketidakupayaan di seluruh dunia dalam hayat kehidupan seseorang.


Katanya, pada 2000, kemurungan teruk berada pada tangga keempat dalam senarai punca utama ketidakupayaan di seluruh dunia dalam hayat seseorang selepas pernafasan rendah, perinatal serta HIV/Aids.


“Ubat tahan sakit tidak dapat mengatasi kemurungan. Begitu juga ujian darah, ujian sinar-X atau imbasan CT tidak dapat mengesan penyakit itu. Kajian menunjukkan 48 peratus pesakit yang mengalami masalah kemurungan teruk tidak mendapatkan rawatan manakala 58 peratus pesakit yang dirawat menerima rawatan tidak teratur.


“Kemurungan adalah penyakit kronik. Ia penyakit yang sering berulang dan 85 peratus daripada mereka yang mempunyai pengalaman kemurungan itu kembali murung selepas 15 tahun pulih. Ini sebabnya pesakit perlu mengambil ubat seperti diarahkan dan hanya berhenti selepas berbincang dengan doktor,” katanya.
Berita Dari : MyMetro Online
www.tips-fb.com

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati