Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

25 April, 2011

Sila Sahin membuat dia terkenal kerana Kebebasan melampau

ni contoh anak derhaka pada ibu bapa dan keluarga .
sebagai seorang anak sepatutnya dia kena fikir perasaan ahli keluarga sebelum memngambil sesuatu tindakan , bukan ikut hati je.. mungkin masa ni dia rasa puas hati, tengok kebelakangan hari nanti baru dia tau...apa korang fikir.. betul tak?
SUATU ketika dulu, Sila Sahin adalah contoh seorang gadis Muslim sederhana yang berjaya menyesuaikan diri hidup di tengah masyarakat rencam di Berlin.
Mempunyai darah keturunan Turki, Sila, 25, juga cemerlang dengan melakar nama sebagai aktres apabila membintangi siri drama televisyen Jerman, Good Times, Bad Times.Kejayaan itu bukan saja membanggakan keluarganya, malah sebahagian besar penonton televisyen.
Namun, tindakan terkini Sila menimbulkan kegemparan serta menaikkan kemarahan saudara terdekatnya.Beraksi dengan gaya provokatif untuk muka depan majalah Playboy edisi Jerman, Sila mungkin mahu menyampaikan mesej yang jelas kepada keluarga konservatifnya.

Kata Sila, apa yang ingin disampaikan melalui tindakan drastiknya itu adalah dia mahukan kebebasan.“Gambar di Playboy itu adalah tanda berakhirnya kekangan dari zaman silam,” katanya.Ekoran keberanian melampau Sila, reaksi keluarganya memang dapat difahami.

Tidak cukup dengan kemarahan maksimum, ibu Sila turut memutuskan semua hubungan dengannya.Kata Sila, ibunya masih terl“Keadaan lebih sukar bagi datuk dan nenek, serta bapa saudara lain,” katanya.Di sebalik kontroversi itu, Sila berjaya berhubung dengan bapanya - juga seorang pelakon.

Kata Sila, bapanya bimbang dengan tekanan dihadapi akibat aksi melampaunya dalam Playboy.“Selain warga Turki, tekanan juga pasti diberi komuniti Islam di seluruh dunia,” katanya.Bagi Sila, tindakannya itu bertujuan menggesa gadis lain di Turki yang ‘menderita akibat kekangan’ dialami selama ini.


Antara aspek tidak disenangi Sila, keterbatasan membuat pilihan, termasuk memilih suami sendiri.“Sejak sekian lama saya cuba melakukan sesuatu dengan betul tetapi biarlah gambar ini membuktikan kepada wanita Turki bahawa tidak ada salahnya memilih jalan sendiri,” katanya.


Malah, Sila turut yakin tindakannya itu mendapat sokongan ramai di Turki.Melalui gambar itu, katanya, dia berharap masyarakat Turki ‘sedar bahawa mereka tidak semestinya hidup dalam batasan ditetapkan.’ Keberanian Sila memang luar biasa.

Selain tidak keberatan mendedahkan tubuhnya, dia adalah wanita Turki pertama sanggup berbogel untuk menjadi penghias muka depan Playboy.Melalui rencana 12 halaman mengiringi gambar lucah Sila, aktres itu menyatakan, dia berasa seperti Che Guevara, seorang tokoh popular Amerika Latin.

Kata Sila, dia dibesarkan dalam suasana konservatif dan sentiasa diperingat dari semasa ke semasa mengenai pelbagai peraturan.Antaranya, kata Sila, dia tidak digalakkan keluar rumah atau kelihatan menarik perhatian lelaki.

Pada pandangan Sila, ketaatannya mengikut perintah itu menyebabkan dia terkongkong dan dahagakan kebebasan.“Justeru, saya berasa seperti Che.“Saya perlu melakukan apa yang saya mahu, jika tidak saya seperti mati,” katanya.

Pada masa sama, kata Sila, rakannya ramai yang kagum dengan keberanian dipamerkan dalam Playboy itu.Di pihak keluarganya, dia mendapat kecaman kerana perbuatan melampau itu.Sila hanya memberitahu mengenai penampilan lucah itu kepada keluarganya sehari sebelum Playboy diedar di pasaran.

Malah, pemberitahuan itu pun dibuat secara tidak langsung, iaitu melalui temu bual dengan stesen televisyen Jerman, RTL.Melalui temu bual itu, Sila merayu supaya ibu bapanya memahami tindakannya berbogel.“Saya harap saya dimaafkan dan benarkan saya pulang,” katanya.
info dari metro
www.tips-fb.com

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati