Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

28 October, 2011

Mata Melihat, Otak Berfikir ,telinga mendengar, Hati Berkata-kata,naluri bertanya , Akal mentafsir, Iman berpada-pada , minda terbuka, Tubuh Berinteraski.

Ada ada saja kan, dok saja2 terfikir lak pasal semua benda yang diciptakan didalam tubuh kita, mesti ada sebab dan kegunaannya. Ya Allah, Ya Rahman,Ya Rahim, Ya Malik, Ya Quddus, Ya Salam , Engkaulah Maha pencipta.


jom kita baca pasal Bagaimana otak berfungsi terhadap luarannya.

Otak adalah jendela, yang akan menafsir apa yang dipandang mata. Mata hanyalah mengarah segala 'cahaya' untuk menerobos ke bintik kuning, lalu di situ akan diimejkan sebagai sesebuah objek. Namun, akhirnya segala apa yang mata sedang melihat, akan ditafsir oleh otak. Mata tidak berupaya untuk menafsir kerana bukan tugasnya untuk menafsir sesuatu benda atau objek yang sedang diperhatikan.

Otak hanyalah satu organ. Secara falsafahnya, mindalah yang menafsir akan segala perkara yang sedang manusia fikir. Minda adalah naluri untuk berfikir, sedangkan otak hanya berfungsi sebagai 'meniru' alam sekitar. Otak tidak membesar mengikut tumbesaran badan seperti biasa. Pembesaran otak adalah begitu unik dan bergantung kepada aktiviti komplek sistem neuron. Namun begitu, pembesaran otak tidak mempengaruhi kebijakan seseorang. Mindalah yang berupaya membezakan benar atau salah. Proses untuk minda belajar mengetahui bahawa seseuatu itu benar atau salah digelar proses pembelajaran. Proses ini perlu dilalui melalui pembacaan dan penelitian. Bukan sekadar penglihatan. Teliti adalah sesuatu yang dilaku dalam keadaan sedar dan menaakul, manakala lihat adalah proses mengumpul maklumat secara terus. Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
Katakan bagi orang biasa, dalam 1 saat, mindanya hanya berfungsi untuk memikir tentang diri sendiri. Saat yang kedua, dia akan memikir tentang selain dari dirinya yakni orang luar dan alam sekitar. Jadi, dalam satu hari, manusia menghabiskan masa selama 12 jam untuk dirinya, dan 12 jam lagi untuk memikir tentang jiran tetangga, atau orang asing.

Bagi yang beragama, katakan proses untuk dia memikir tentang Tuhan juga adalah sebanyak satu saat, dan satu saat untuk diri sendiri, dan satu saat lagi tentang luaran. Jesteru, jumlah yang diperuntukkan olehnya untuk memikir tentang Tuhan adalah sebanyak 8 jam, untuk diri sendiri 8 jam, dan untuk luaran juga sebanyak 8 jam. Ini adalah satu contoh pembahagian masa yang mudah dan agak naif. Ok, katakan dalam 24 jam sehari, manusia menghabiskan masa untuk berfikir tentang diri sendiri yakni hanya memikir tentang keperluan, keseronokan, kepuasan dsbnya. Dan hari berikutnya, dia melakukan perkara sama. Itulah yang dilakukan sepanjang 29 tahun dalam hidupnya. Kemudian, secara tidak sengaja, hatinya terdetik untuk memikirkan tentang seorang pengemis yang sedang meminta duit dan menarik kaki seluarnya. Wah, sekarang mindanya sudah mengalami sesuatu kejutan luaran. Mindanya cuba sedaya upaya untuk melogikkan apa yang sedang dilihatnya. Mindanya, dalam keadaan sedar, cuba menjustifikasikan bahawa pengemis itu sedang 'meminta' sesuatu daripadanya. Apabila minda mendengar perkataan 'meminta', minda akan terus mengasosiasikan kata 'meminta' ke dalam satu makna yang buruk dan negatif. Perlakuan 'meminta' akan membuatkan dirinya tadi perlu 'memberi'. Kerana selama 29 tahun hidupnya hanya memikirkan tentang kepuasan diri, keseronokan diri semata2, minda dengan 'licik'nya akan memberi suatu gambaran negatif tentang perlakuan 'memberi' tadi. Minda akan berbisik ke dalam hati, 'apa perlu kau memberi, sedangkan nanti kau akan berasa susah?' Diri yang naif, diri yang lurus tadi akan terus sahaja bersetuju dengan cadangan minda agar kelakuan 'memberi' itu tidak perlu dilakukan atas alasan ia akan merumitkan diri sendiri. Nah, itu adalah contoh bagaimana minda menjustifikasikan sesuatu idea atau premis.

Dengan kelakuan manusia normal yang di berikan contoh sebelumnya, jika pembahagian masa adalah sama untuk berfikir tentang Tuhan, tentang diri dan tentang alam luaran (manusia lain) tadi, mampukah manusia berjaya membuat satu keputusan yang akan dilihat sebagai adil, menyeluruh dan tidak berpihak? Dan mampukah manusia akan tetap dengan pendirian tersebut kerana proses penafsiran sesuatu idea dan premis sentiasa saja menerobos ke dalam otak. Kerana manusia punyai mata, telinga dan segala pancaindera yang menyalur maklumat kepada otak untuk menafsir. Dan proses ini sentiasa berjalan 60 saat untuk 1 minit, 60 minit untuk satu jam dan 24 jam untuk sehari. Sehinggalah bertahun2 lamanya mengikut jangkahayat seseorang manusia.

Mampukah kita sebagai manusia di mukabumi ini menafsir dan membuat keputusan bijak hanya berdasarkan 'minda' sahaja?
www.tips-fb.com

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati