Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

03 April, 2013

Al Madina, Al Madinah berita dan cerita dari tanah suci Mekah 3

berita dan cerita dari tanah suci Mekah Oleh rakan facebook akak Ustaz Firdaus Wong Wai Hung ... kita sama2 berkongsi demi untuk tambah pengetahuan dan kebaikkan bersama...


Firdaus Wong Wai Hung
Yesterday via mobile


[Ziarah Makam Nabi SAW & Kirim Salam]

Seseorang yang menziarahi kubur Nabi saw disunatkan mengucapkan salam kepada baginda saw dengan ucapan:

السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته ، وصلى الله عليك وعلى آلك وأصحابك
“Assalaamu ‘alaika ayyuhan Nabiyyu wa rahmat Allaahi wa barakaatuhu, wa sallallaahu ‘alaika wa ‘ala aalika wa ashaabika”
[Ucapan salam keatas kamu, Ya Nabi dengan Rahmat dan Berkat Allah, dan moga Allah merahmati kamu , keluarga kamu dan sahabat kamu]

Dan seterusnya memberi salam kepada Abu Bakar dan Umar. Begitulah juga kita diajar mengucapkan salam apabila melawat mana-mana perkuburan orang-orang Islam yang lain. Amalan-amalan ini hanya disunatkan kepada mereka yang menziarahi kubur sahaja. Amalan mengirim salam kepada Baginda SAW atau pun kepada kubur sesiapa tidak terdapat dalilnya didalam mana-mana ayat Al-Quran atau Hadith Nabi saw. Sheikh Saleh Al-Munajjid mengatakan :

“Ada dikalangan mereka yang tidak dapat pergi ke Madinah mengirim salam kepada Nabi saw melalui mereka yang melakukan ziarah, beberapa dari mereka berdiri sambil menyampaikan salam tersebut. Ini adalah amalan yang tiada dalil dari Quran mahupun Sunnah, dan perkara yang telah dicipta. Mereka yang mengirimkan salam dan mereka yang menyampaikannya hendaklah melakukan sedemikian, dan tidak ada keperluan melakukan demikian, kerana Nabi saw bersabda;

"Selawat keatas ku kerana sesungguhnya salam anda sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada’"
[Abu Daud 2042]“

Apa yang dianjurkan didalam Islam kepada sesiapa yang ingin memberi salam kepada Nabi ialah memperbanyakkan selawat kepada baginda dan tidak perlu mengirimkan melalui orang lain. Nabi saw bersabda :

إن لله في الأرض ملائكة سياحين يبلِّغوني من أمتي السلام
“Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat diatas bumi yang mengembara keliling meyampaikan kepadaku salam dari Umatku”
[Ahmad 1/144, Al-Nasaa'i #1282, dikelaskan sahih oleh Al-Albani]

Hanya kepada mereka yang berada di kubur Nabi saw, digalakkan memberi salam kepadanya dan juga memperbanyakkan selawat dimana sahaja mereka berada.

Wallahu’alam. — with Lim Jooi Soon and 16 others at Madinah Al Munawwarah.
Madinah Al Munawwarah
Mosque · Al Madina, Al Madinah, Saudi Arabia
www.tips-fb.com

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati