Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

25 September, 2010

Bendung jenayah bunuh yang Makin Berleluasan

TIADA manusia normal tidak terkejut dan sedih dengan kematian jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang dibunuh kejam di Ladang Gadong, Banting Selangor.

Kejadian yang dipercayai membabitkan mangsa dibunuh, bakar dan abu ditabur di sungai menimbulkan kebimbangan yang tidak sedikit kepada masyarakat tempatan.

Belum lagi kita mampu mengikis dalam minda kes pembunuhan ngeri empat beranak di Negeri Sembilan oleh anggota keluarga sendiri serta kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin berusia lima tahun yang mayatnya ditemui dalam beg sukan, kini kes di Banting menimbulkan suasana merunsingkan dalam pemikiran masyarakat negara ini. Sesetengah kita berpendapat masalah berpunca akibat tekanan ekonomi hingga fikiran si pelaku jenayah tidak stabil hingga tergamak mengorbankan nyawa insan lain.

Hakikatnya kita hanya mampu mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa pembunuhan dan berharap keluarga mereka reda. Namun, adakah itu cukup untuk dijadikan sandaran kepada kita dan keluarga mangsa untuk terus berasa lega? Sekian banyak kemalangan maut di jalan raya ketika Ops Sikap ke-22 sempena Aidilfitri, namun pembunuhan kejam empat individu di Banting itu ketika umat Islam berpuasa tidak dapat diterima akal oleh rakyat berbilang kaum di negara ini.

Adakah kita sedar sebagai manusia yang beragama dan menjunjung Rukun Negara iaitu Kepercaya Kepada Tuhan, kita dijanjikan ajaran agama kita bahawa akan ada pembalasan azab di dunia dan di akhirat untuk pihak yang mematikan orang lain? Adakah pembunuh kejam itu tidak merasakan bahawa jika mereka melanggar batasan undang-undang, mereka akan dihukum seberat-beratnya oleh pihak berkuasa? Untuk itu, pihak yang diamanahkan menjaga undang-undang dan melaksanakannya perlu mempunyai semangat dan iltizam tinggi untuk membendung jenayah seperti itu daripada berulang sehabis daya mereka. Pelaku jenayah yang kejam itu mempunyai paten yang begitu sinonim iaitu membunuh kerana wang dan menghadapi krisis minda akibat ekonomi diri yang merudum mahupun ingin semakin kaya (tamak). Minda yang bercelaru menyebabkan motivasi diri negatif yang tidak stabil mampu menjejaskan kelangsungan hidup orang lain. Kes pembunuhan membabitkan ibu dan anak baru-baru ini di Port Dickson dikatakan bermotifkan wang akibat si pelaku mahu melangsaikan hutang. Apa yang menakutkan ialah suspek jenayah itu adalah jiran mangsa sendiri.

Kejadian itu boleh memberi petunjuk bagaimana kita boleh membendung masalah sebegini dengan menjalinkan sikap persaudaraan dengan jiran supaya jiran sendiri tidak tergamak bertindak di luar batasan undang-undang dan moral kepada orang yang mengambil tahu masalahnya. Masyarakat perlu berhati-hati dengan perubahan diri ahli komuniti mereka yang ditakuti menjadi barah sosial yang akhirnya menyebabkan berlaku kejadian jenayah yang begitu mengerikan. Kes pembunuhan akibat sakit mental tidak dirawat dengan berkala juga mampu menyebabkan berlaku pembunuhan kejam seperti yang berlaku di Kelantan bulan lalu. Kisah anak yang paling disayangi disembelih bapa sendiri menunjukkan penyakit mental adalah penyakit yang simptomnya memudaratkan orang terdekat seperti keluarga dan jiran tetangga. Langkah membendung bukan saja dari segi ubat-ubatan dan kaunseling semata-mata, malah sokongan masyarakat supaya prihatin dengan situasi kesihatan anggota masyarakat juga penting.

Masyarakat tidak sepatutnya meletakkan tugas membendung jenayah pembunuhan kejam kepada polis semata-mata kerana sebagai masyarakat, mereka perlu mengawal dan mendidik anggota mereka supaya terus hidup secara sederhana dan menjalankan hidup secara bermoral dan beragama. Pembunuhan kejam yang berlaku di negara ini sebenarnya bukan perkara ganjil di negara maju kerana di negara itu mereka turut mengalami masalah sama di mana pembunuh bersiri yang mempunyai taktik sama sering dilaporkan media.

Mungkin pihak berkuasa boleh memainkan peranan dengan menapis filem, drama dan bahan di Internet dan media massa yang mempromosikan sikap ganas yang sukar diterima akal. Filem yang membabitkan aksi ganas dan kejam perlu diharamkan dan promosi masyarakat prihatin dan penyayang perlu digiatkan dalam kalangan masyarakat. Kes jenayah kejam juga perlu disiasat dan dibicarakan dengan teliti oleh Pejabat Peguam Negara supaya sesiapa yang mempunyai niat jahat gementar dengan hukuman mati yang bakal menanti. Jangan berkompromi dengan penjenayah yang membunuh kerana wang dan kemewahan dunia kerana jika dibiarkan pihak begini berleluasa, maka akan hilang rasa kasih dan kebajikan dalam masyarakat dan yang ada hanya senyuman manis dan sedekah tanpa keikhlasan yang penuh kepura-puraan. Itu juga satu kekejaman perasaan yang sebenar-benarnya.

e-mel anda: Bendung jenayah bunuh Metro : ABDUL RAZAK IDRIS , Banting, Selangor
www.tips-fb.com

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati