Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

13 December, 2012

Warga emas 100 tahun tetap Sihat Walafiat..

BUKIT MERTAJAM: "Kalau masih dipanjangkan umur, Pak Long akan tetap keluar mengundi pada pilihan raya kali ini. Semoga Allah panjangkan usia Pak Long supaya dapat mengundi lagi," demikian kata Othman Daud dari Kampung Tanah Liat, Mukim 8 di sini yang menyambut hari lahirnya yang ke-100 hari ini. Beliau berkata, beliau mula mengundi sejak pilihan raya umum pertama pada 1959 dan tidak pernah terlepas keluar mengundi pada setiap kali pilihan raya diadakan. Hari lahirnya diraikan dengan meriah oleh sanak-saudara dalam satu majlis kesyukuran di rumahnya. Namun beliau tidak pernah berkahwin kerana lebih selesa hidup bersendirian.
Masih bertenaga mengayuh basikal yang dibeli sejak usianya 20 tahun. - Foto Danial Saad
 Othman genap berusia 100 tahun hari ini dan tidak menghidap pelbagai penyakit kronik.
- Foto Danial Saad

Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
Ditanya pemberita mengenai rahsia beliau kekal sihat, Pak Long berkata, beliau sering mengamalkan gaya hidup sihat dengan memakan ulam-ulaman termasuk pucuk 'maman'. "Tak dak sebarang petua yang diamalkan untuk kekal sihat. Rutin harian Pak Long seperti biasa. Sejak muda lagi selepas solat Subuh, Pak Long akan bersarapan sebelum kayuh basikal kira-kira satu kilometer ke bendang. "Jam 11 pagi, Pak Long balik berehat dan pi balik ke bendang lepas Zohor. Sekurang-kurangnya empat jam Pak Long di bendang setiap hari," katanya. Mengenai keluarganya, Othman adalah anak sulung daripada 12 adik- beradik berkata hanya dua adik perempuan dan seorang adik lelakinya yang masih hidup. "Lapan lagi adik beradik Pak Long dah meninggal. Pak Long tinggal dengan anak saudara Pak Long, Faridah Ariffin dan dua adik perempuan Pak Long yang berusia 71 dan 75 tahun. "Faridah yang jaga makan pakai kami," tambahnya. Penglihatannya masih jelas dan tidak memerlukan cermin mata untuk membaca atau melaksanakan aktiviti harian. "Pak Long juga suka membaca dan Alhamdulillah mata masih OK dan tidak perlu cermin mata. Sehingga hari ini Pak Long rasa bersyukur kerana tidak menghidap sebarang penyakit," katanya dengan wajah yang ceria. Faridah, 44, berkata beliau tidak sukar menjaga bapa saudaranya itu yang masih kuat untuk menguruskan keperluannya sendiri. "Saya bekerja sebagai operator pengeluaran dan sekiranya tidak sibuk, saya masak untuk tengah hari dan jika tidak, Pak Long akan makan di luar. "Pak Long mengerjakan sawah hanyalah untuk mengisi masa terluang, kerana dia sudah biasa tidak boleh duduk diam sejak muda," tambahnya. Di samping itu Othman mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan. - BERNAMA
www.tips-fb.com

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati