Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?
Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.
Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, 
mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat 
terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya 
mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut 
baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik 
tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.
Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan 
pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin
 Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di 
hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat 
Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar 
rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang 
dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di 
Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan 
am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang 
gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia 
menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan 
pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan 
menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk 
menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.
Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan 
sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai 
bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. 
Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan 
dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr.
 Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik 
berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada 
laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya 
sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut
 dan kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah 
Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La
 Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah 
penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes 
(Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix 
General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN 
DI DALAM AL QURAN.
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa 
penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa 
kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun
 yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun 
kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap
 sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak 
mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, 
peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu 
bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun 
meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya 
diselamatkan.
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat 
diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 
1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan 
tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang 
terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana 
al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari
 hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini 
adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal 
Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa 
dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara 
hatinya sendirian.
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya 
membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi 
Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam 
Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu
 hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak 
dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan 
berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang 
berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan 
diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan 
Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut 
langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun 
selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus 
mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk 
bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman 
Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun 
dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang 
mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut
 untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:
“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya
 kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu 
dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan 
Kami.” (Yunus: 92)
Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. 
Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima 
akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk 
maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan 
keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: 
“Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak 
sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau 
kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. 
Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh
 dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada 
tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy 
Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. 
Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari
 dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. 
“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini 
kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik 
tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. 
“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai 
fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” 
katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran 
benar-benar kalam Allah.
***Allahuakbar ,Subhanallah Allah Maha Besar ,Maha mengetahui,sesunguhnya Al quran dan Hadis adalah mukjizat yg diberikan kpd kekasihnyaNabi Muhammad saw.Ini adalah satu petunjuk kpd manusia bahawanya kita harus yakin dan beramal diatas wasiat yg ditinggalkan olih Nabi Muhammad saw.Cuba kita renungkan zaman Nabi Musa a.s yg dikejar olih tentera Firaun serta Firaun sendiri mengejarnya dgn bongkak dan sombong nyahingga kelautan Merah lalu tengelam.Berapa ribu tahun lamanya dia tengelam dlm laut tetapi Allah maha kuasa ,manusia zaman ini menjumpainya. Utk apa sebenarnya jasad FIRAUN DIKELUARKAN DARI PERUT LAUT.Jika ikut akal kita yg pendek mana ada jasad yg bolih sempurna sprti jasad FIRAUN ,kira kira dah hancur dimakan ikan atau sebagainya.Didalam Alquran semua dinyatakan sejak zaman Nabi Muhammad saw.Renung renungkan lah wahai hambaku. Ada banyak lagi akan timbul tunggu sajelah.Selawat dan salam kpd junjugan Nabi Muhammad saw serta para sahabat baginda dan keluarga baginda Amin.
 
0 comments:
Post a Comment