Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

31 March, 2013

Al Madina, Al Madinah berita dan cerita dari tanah suci Mekah

berita dan cerita dari tanah suci Mekah Oleh rakan facebook akak Ustaz  Firdaus Wong Wai Hung ... kita sama2 berkongsi demi untuk tambah pengetahuan dan kebaikkan bersama...


Firdaus Wong Wai Hung
6 hours ago near Al Madina, Al Madinah


[Bukit Uhud]

Untuk program ziarah terakhir pagi tadi, kami dibawa ke Masjid Quba yang solat dua rakaatnya bersamaan dengan pahala umrah (ibn majah), Masjid Qiblatain iaitu masjid dua kiblat, ladang kurma, masjid Tujuh dan terakhir sekali Bukit Uhud.

Saya ingin berkongsi tentang Bukit Uhud ini walaupun lokasi lain yang dikunjungi ada keistimewaannya & pengajarannya yang tersendiri. Di Bukit Uhud inilah kita mendapat beberapa pengajaran iaitu;

1) Golongan munafik yg diketuai oleh Abdullah ibn Ubay ibn Salul hampir melemahkan semangat tentera Islam apabila menghasut lebih dari 300 org utk menarik diri dari peperangan. Golongan munafik dalam Islam sebegini lebih berbahaya dari musuh kerana mereka adalah api dalam sekam.

2) Kerugian mengejar ganjaran dunia apabila tentera turun dari bukit utk mendapatkan 'ghanimah' (harta rampasan perang) & mengingkari perintah Nabi SAW yang mengakibatkan tentera Islam diserang hendap oleh tentera musyirikin yg diketuai oleh Khalid ibn Waleed (yg masih belum Islam ketika itu) mengakibatkan 70 tentera Islam syahid.

Sebagai Umat Nabi Muhammad SAW, kita mestilah menyakini segala yg dibawa oleh Baginda SAW dengan meninggalkan apa yang Baginda larang dan melakukan sebaik mungkin apa yang Baginda perintahkan. Jangan kerana mengejar habuan dunia kita melupakan ganjaran akhirat yg menanti & jangan pula kita bertuhankan hawa nafsu kita serta mendahului logik akal kita mengatasi perintah Allah & Nabi SAW.

3) Khabar angin mengatakan Nabi SAW terbunuh lalu ada yang lemah semangat. Ini juga sebab turunnya ayat ini;

"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika Dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, Maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi Balasan kepada orang-orang yang bersyukur."
[Ali Imran 3:143-145]

Dan Abu Bakar as-Siddiq mengulangi ayat ini bagi mententeramkan Umar Ibn Khattab dan para sahabat yang tidak dapat menerima bahawa Baginda SAW telah wafat.

Saya mengajak rakan-rakan untuk membuka kembali kisah Perang Uhud ini, hayatilah kisahnya dan ambillah pengajaran dari Perang Uhud ini. Ambillah dari kitab sejarah yang sahih dan bukannya novel sejarah yang ditambah dengan cerita tidak sahih dan merepek walaupun niatnya baik kerana kelak anak cucu kita akan menganggapnya sebagai kisah sebenar akibat kegagalan kita menapis apa yg sahih dan apa yg tidak.

Peganglah tali Allah dan gigitlah Sunnah Nabi Muhammad SAW dengan gigi geraham kita dan InshaAllah, kebahagian serta keselamatan di dunia & akhirat.

{[:-)#

www.tips-fb.com

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati