Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

31 March, 2013

Al Madina, Al Madinah berita dan cerita dari tanah suci Mekah

berita dan cerita dari tanah suci Mekah Oleh rakan facebook akak Ustaz  Firdaus Wong Wai Hung ... kita sama2 berkongsi demi untuk tambah pengetahuan dan kebaikkan bersama...


Firdaus Wong Wai Hung
6 hours ago near Al Madina, Al Madinah


[Bukit Uhud]

Untuk program ziarah terakhir pagi tadi, kami dibawa ke Masjid Quba yang solat dua rakaatnya bersamaan dengan pahala umrah (ibn majah), Masjid Qiblatain iaitu masjid dua kiblat, ladang kurma, masjid Tujuh dan terakhir sekali Bukit Uhud.

Saya ingin berkongsi tentang Bukit Uhud ini walaupun lokasi lain yang dikunjungi ada keistimewaannya & pengajarannya yang tersendiri. Di Bukit Uhud inilah kita mendapat beberapa pengajaran iaitu;

1) Golongan munafik yg diketuai oleh Abdullah ibn Ubay ibn Salul hampir melemahkan semangat tentera Islam apabila menghasut lebih dari 300 org utk menarik diri dari peperangan. Golongan munafik dalam Islam sebegini lebih berbahaya dari musuh kerana mereka adalah api dalam sekam.

2) Kerugian mengejar ganjaran dunia apabila tentera turun dari bukit utk mendapatkan 'ghanimah' (harta rampasan perang) & mengingkari perintah Nabi SAW yang mengakibatkan tentera Islam diserang hendap oleh tentera musyirikin yg diketuai oleh Khalid ibn Waleed (yg masih belum Islam ketika itu) mengakibatkan 70 tentera Islam syahid.

Sebagai Umat Nabi Muhammad SAW, kita mestilah menyakini segala yg dibawa oleh Baginda SAW dengan meninggalkan apa yang Baginda larang dan melakukan sebaik mungkin apa yang Baginda perintahkan. Jangan kerana mengejar habuan dunia kita melupakan ganjaran akhirat yg menanti & jangan pula kita bertuhankan hawa nafsu kita serta mendahului logik akal kita mengatasi perintah Allah & Nabi SAW.

3) Khabar angin mengatakan Nabi SAW terbunuh lalu ada yang lemah semangat. Ini juga sebab turunnya ayat ini;

"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika Dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, Maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi Balasan kepada orang-orang yang bersyukur."
[Ali Imran 3:143-145]

Dan Abu Bakar as-Siddiq mengulangi ayat ini bagi mententeramkan Umar Ibn Khattab dan para sahabat yang tidak dapat menerima bahawa Baginda SAW telah wafat.

Saya mengajak rakan-rakan untuk membuka kembali kisah Perang Uhud ini, hayatilah kisahnya dan ambillah pengajaran dari Perang Uhud ini. Ambillah dari kitab sejarah yang sahih dan bukannya novel sejarah yang ditambah dengan cerita tidak sahih dan merepek walaupun niatnya baik kerana kelak anak cucu kita akan menganggapnya sebagai kisah sebenar akibat kegagalan kita menapis apa yg sahih dan apa yg tidak.

Peganglah tali Allah dan gigitlah Sunnah Nabi Muhammad SAW dengan gigi geraham kita dan InshaAllah, kebahagian serta keselamatan di dunia & akhirat.

{[:-)#

www.tips-fb.com

30 March, 2013

Jasad Firaun, Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?

Subhanallah, betapa besarnya kuasa Allah swt. Bersesuaian dgn ayat dari Surah Yasin “Jika Allah kata jadi, maka jadilah ia”. Sangat applicable ayat ini tatkala Laut merah terbelah dan menenggelamkan Firaun dan bala tenteranya dan juga tatkala Allah membuka hati Dr Bucaille untuk memeluk Islam
Allahuakbar!

Jasad Firaun



Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?
Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.
Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.
Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.
Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:
“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)
Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

***Allahuakbar ,Subhanallah Allah Maha Besar ,Maha mengetahui,sesunguhnya Al quran dan Hadis adalah mukjizat yg diberikan kpd kekasihnyaNabi Muhammad saw.Ini adalah satu petunjuk kpd manusia bahawanya kita harus yakin dan beramal diatas wasiat yg ditinggalkan olih Nabi Muhammad saw.Cuba kita renungkan zaman Nabi Musa a.s yg dikejar olih tentera Firaun serta Firaun sendiri mengejarnya dgn bongkak dan sombong nyahingga kelautan Merah lalu tengelam.Berapa ribu tahun lamanya dia tengelam dlm laut tetapi Allah maha kuasa ,manusia zaman ini menjumpainya. Utk apa sebenarnya jasad FIRAUN DIKELUARKAN DARI PERUT LAUT.Jika ikut akal kita yg pendek mana ada jasad yg bolih sempurna sprti jasad FIRAUN ,kira kira dah hancur dimakan ikan atau sebagainya.Didalam Alquran semua dinyatakan sejak zaman Nabi Muhammad saw.Renung renungkan lah wahai hambaku. Ada banyak lagi akan timbul tunggu sajelah.Selawat dan salam kpd junjugan Nabi Muhammad saw serta para sahabat baginda dan keluarga baginda Amin.


www.tips-fb.com

26 March, 2013

Adakah Ini Penipuan

Contact Tesco Online Bank For Funds Transfer

Monday, February 18, 2013 8:54 PM
From:
To:
syifarosli@yahoo.com
Message contains attachments

New Awesome Flights!
AirAsia Pacific Regional Headquarters
Ground Floor Terminal 2
Kota Kinabalu International Airport
Old Airport Road Tanjung Aru 88100
Kota Kinabalu Sabah
Malaysia.

Mail-Dated: 19th  Febuary 2013.

Sir/Madam

Attention:   syifa rosli  


Congratulation to you and your lovely household. This is to surely bring to your notice that you have been cleared the going Chinese New Year 2013 specail Bonus Programme of The 2012 Air Asia Exclusive Special Bonus program's Organizing Committee (L.O.C.) has already deposited your cheque of $130,000,00 (One Hundred and Thirty Thousand United State Dollars) with a secure trusted and reliable bank in headquarters in London ( Tesco Online Bank) who will Transfer your funds to your bank account in your Country. As soon as you contact them, you are to provide them the following information's to enable them transfer your funds to your account in cash credited to Email Ticket Number; Air Asia-09-0-96-10, with Serial Number; Air Asia /01/2013, and Ref no; Air Asia /019/2010007 in Batch A /6183 randomly drew for the Lucky Numbers 000-31-0584,

The board of directors of the Air Asia Exclusive Special Bonus committee is happy to inform you that your cash price of $130,000,00 (One Hundred and Thirty Thousand United State Dollars) will be transferred to you immediately you have contacted the Tesco Online Bank, London with the blow information of your funds transfer.

Bank Contact Information For Funds Transfer 


Tesco Online Bank (London).
Unit 203D, Elgin Crescent
Eastern Business Park,
London Heathrow Airport,
London - TW6 2RX,UK.
Email: tescoblondon@gmx.co.uk
Email: transfer@musetr.comPhone Number: +447010021357
 

Open 6days-24hrs-365days 

You are advised to send the Bank an mail to their Email Address for their immediate action. When contacting them, you are to include the Email Ticket Number, for identification of your funds transfer as your subject, Please you are advised to write down the Email Ticket Number and save it. ( Air Asia-09-0-96-10 )

Please also provide the following information to them:

1. Full Name :
2. Account Holders Name:
3. Name and Address of Bank:
4. Your phone number:
5. Account Number:
6. Your date of birth:
7. Home Address:
8. Nationality:

NOTE: When contacting them,you are to send the required information to their (Email Address) to enable them transfer your Exclusive Special Bonus to your designated Bank account. so that they can honor your letter. Once again, I say congratulations and always inform me with your dealings with the Tesco Bank.

Congratulation once more from me and board of directors of The 2013 Air Asia Chinese New Year 2013 specail Bonus Programmes  Organizing Committee (L.O.C.)


Mr. JK Allen
Dispatch Officer in Charge
(c)2013Air Asia lottery program's Organizing Committee (L.O.C.)
For and on behalf of Air Asia, Asia Pacific Regional.

 lepas tu di susuli oleh email ni....

Siasatan From Polis Malaysia

Sunday, March 17, 2013 10:06 PM
From:
Add sender to Contacts
To:
"malaysiarpolice@asia.com"
Message contains attachments
1 File (63KB)

Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia,
50560 Bukit Aman,
Kuala Lumpur, Malaysia
 Sir / Madam
Good Day,

Ini adalah untuk memaklumkan anda bahawa kami telah ditemui melalui Rangkaian Pemantauan perisikan (IMN), di sini di pejabat kami Online Internet Jabatan Siasatan, bahawa anda mempunyai berterusan transaksi dengan Tesco Online Bank, London United Kingdom, mengenai memenangi anda Air-Asia Exclusive Bonus Istimewa Anugerah jumlah $ 130,000 USD. Kami telah dalam hubungan dengan Tesco Online Bank dan Syarikat Air-Asia yang kami mengesahkan dari mereka bahawa dana anda adalah sah dan sah kerana anda adalah untuk meneruskan transaksi dengan Tesco Online Bank, United Kingdom.
Polis Diraja Malaysia sepanjang sisi dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Jawatankuasa Pertubuhan Kerajaan British telah ditapis melalui pemantauan penipuan rangkaian kami dan telah disahkan dan diberitahu bahawa transaksi anda mempunyai dengan Tesco Online Bank adalah benar dan betul seperti yang anda mempunyai hak undang-undang untuk meneruskan urus niaga dengan mereka. Kerajaan United Kingdom dan Kerajaan Malaysia telah membelanjakan lebih daripada Dua Juta Dolar Amerika untuk memastikan bahawa penjenayah talian dibawa di sisi undang-undang dan kita masih sanggup berbelanja lebih untuk memastikan bahawa warganegara Malaysia dan United Kingdom yang tidak bersalah tidak ditipu talian.
Sementara itu, anda dinasihatkan untuk mengikuti prosedur dengan Tesco Online Bank United Kingdom, dan menyediakan mereka dengan keperluan mereka kerana mereka mempunyai undang-undang prosedur masing-masing yang kita telah diperiksa dan disahkan bahawa ia adalah benar dan sah. Ikut arahan mereka semasa anda menjaga kita dikemaskini untuk maklumat lanjut. Anda dinasihatkan untuk menghubungi Encik Jojo Rawson Pemindahan Pengurus Bank Tesco Online untuk pemindahan dana anda kerana kami sedang memantau setiap langkah sekarang.
Hubungi Tesco Bank Online untuk maklumat mengenai pemindahan dana anda ke akaun bank tempatan anda.
Hubungi Pengurus Perpindahan: Mr Jojo Rawson
E-mail address: tesco-desk@gmx.co.uk
E-mail address: transfer_desk@musetr.com
Nombor Telefon Langsung: +447010021357
NOTA: Bahawa anda dinasihatkan untuk mengesahkan apa-apa urus niaga lain anda sendiri sama ada berkenaan masa lalu atau sekarang di lain-lain bagi kita untuk mengesan sumber urusniaga dan untuk menentukan sama ada ia adalah sah atau tidak. Tesco Online Bank transaksi hanya mengesahkan legit dan semua yang lain masih di bawah penyiasatan.
Terima kasih atas perhatian anda.
Ikhlas
E-mail: malaysiarpolice@asia.com
Tan Sri Ismail Omar
Polis Diraja Malaysia (Ketua)
www.tips-fb.com

Raja Kayu Putih

rupanya yg ni berkhasiat....jom tengok 

Raja Kayu Putih

Darah luka yang diserap oleh Raja Kayu Putih

Luka yang kembali Bercantum.

 Setelah Diserap darah luka oleh Raja Kayu Putih.

Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...

www.tips-fb.com

25 March, 2013

Khasiat raja kayu

Nak Jadikan cerita... cheq jadi sakit2 badan... pastu p la jumpa seorang orang tua ni... cerita la kat dia... pastu dia bagi sedikit raja kayu ni... berkilat macam kena boh selek.. macam mana nak eja... minyak yg org boh kat kayu tu.. ni la pertama kali cheq tengok..dalam seumur hidup ni... pastu nak tau cerita lanjut search la cari apa2 lagi khasiatnya.. jumpa la yg ni... menarik juga

Khasiat raja kayu

Segala penyakit yg diturunkan, datang bersama penawarnya. Maka carilah ubat sekiranya ditimpa penyakit, berusaha dan bertawakal kpd Allah swt.. Penyakit datang seperti ribut dan pergi seperti semut… bersabarlah menghadapi ujian Illahi… N3 ini sekadar berkongsi informasi yg aku baru saja tahu dari seseorang… tetapi wajib kita percaya dari Allah kita datang kepadanya jua kita kembali begitulah segala yg menimpa diri…

Ciri-ciri Raja Kayu

Raja Kayu tembus cahaya jika dipotong walaupun tebalnya sehingga 1 sm. Sila lihat gambar. Raja kayu amat susah nak dipotong. Ia juga tumpat. Jika dimasukkan Raja kayu walaupun bersaiz kecil ke dalam air, ia akan tenggelam seperti batu.

Raja kayu hanya ada dua jenis; merah dan putih. Jika dibakar, raja kayu ini akan cair meleleh seperti kemenyan dan tidak akan menghasilkan abu seperti kayu lain.

Masyarakat orang asli selalu mencari damar dari jenis pokok ini untuk pelbagai kegunaan. Masyarakat orang asli jarang jatuh sakit sedangkan mereka tinggal di hutan. Kayu dan akar dari hutan kitalah yang memberikan mereka segala keajaiban dan ubat-ubatan.

Serbuk Raja Kayu jika digosok pada kulit akan meresap ke dalam kulit. Ia mempunyai berbagai khasiat terutamanya penyakit kulit dan digunakan untuk mengurut. Berikut adalah antara khasiat dan kegunaan Raja Kayu :

Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...

www.tips-fb.com

24 March, 2013

BETIK memang kaya dengan vitamin C dan merupakan antioksidan yang baik


BETIK memang kaya dengan vitamin C dan merupakan antioksidan yang baik, untuk tubuh badan.

Selain itu, buah betik mempunyai kelebihan lain terutama dalam MENINGKATKAN JUMLAH dan KESUBURAN SPERMA.

Tahukah anda, kekurangan vitamin C dalam badan boleh menyebabkan ketidaksuburan sperma?

Oleh itu, langkah terbaik untuk meningkatkan kesuburan dan kuantiti sperma adalah dengan mengambil buah betik dalam diet harian. Pengambilan 500 miligram vitamin C setiap hari amat perlu untuk lelaki dewasa.  
www.tips-fb.com

21 March, 2013

Barangan white promosi oleh Nuffnang

bila dah nuffnang buat promosi...
kita mesti kelebek juga barang2 tu...

yang ni syarikat mama dia White buat promosi... mak oii barangan bukan main2 canggih2 lagi...
menarik tertarik....



www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati