Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

11 July, 2011

Acha Septriasa Belum sedia jalin cinta

PROFIL:

NAMA PENUH: Jelita Septriasa
TARIKH LAHIR: 1 September 1989
UMUR: 22 tahun
TEMPAT LAHIR: Jakarta, Indonesia
PENDIDIKAN: Ijazah Komunikasi dan Pengajian Media di Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya

FILEM: Apa Artinya Cinta? (2005), Heart (2006), Love is Cinta (2007), Love (2008), In the Name of Love (2008), Krazy Crazy Krezy (2009), Sst...Jadikan Aku Simpanan (2010), Menebus Impian (2010), Love Story (2011)

DRAMA SINETRON: Andai Ku Tahu (2007) dan Kepada Cinta Marah (2010)
ALBUM: Album runut bunyi filem Heart (2006), album runut bunyi filem Love is Cinta (2007) dan Keputusan Hati (2009)

Acha mengakui agak lama tidak bertemu teman media tempatan sejak meletakkan sepenuh fokus pada pengajiannya yang masih berbaki setahun di Universiti LimKokWing, Cyberjaya.

Bagaimanapun dalam pada tidak henti berceloteh, bintang muda kelahiran Jakarta, Indonesia ini sempat berbisik agar tidak dikaitkan lagi dengan episod cinta lamanya.


Bagi Acha, nostalgia cinta remajanya bersama bintang muda popular, Irwansyah yang sudah dua tahun terputus itu adalah sejarah yang tidak perlu diungkit kembali. Apatah lagi Irwansyah sudah bahagia bersama isterinya.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...


“Saya enggan menoleh ke belakang kerana bimbang senario itu akan terus membelenggu langkah saya hari ini. Soal cinta saya dan Irwansyah adalah kisah lama yang tidak perlu diungkit kerana kami berdua sudahpun mengambil keputusan untuk mengikut haluan masing-masing. Malah dia juga sudah pun berkahwin dan saya begitu menghormati apa saja yang dilakukannya.

“Jujurnya, kami berdua masih berkawan baik dan menyokong antara satu sama lain dari jauh. Maklumlah, kami berdua dalam lapangan yang sama dan tidak perlu membiarkan hubungan lalu itu sebagai satu masalah hingga mengundang rasa benci. Sebaliknya saya cukup menghargainya dan sentiasa mendukung apa saja percaturan kerjayanya.

“Namun ikhlas, kisah itu terus membelit saya hingga ada kalanya timbul pula rasa rimas dan bosan. Saya ingin terbang bebas membawa jenama sendiri tanpa perlu dikaitkan dengan mana-mana pihak. Apa yang menjadi keutamaan sekarang adalah pengajian yang sudah hampir selesai serta beberapa perancangan seni lain.

“Alhamdulillah, semuanya mengikut perancangan dan saya begitu seronok menikmati setiap saat dalam hidup saya sekarang,” katanya.

Apabila ditanya persoalan pengganti atau jejaka yang berjaya mencuri perasaannya, Acha pantas mengelak untuk terus diterjah. Bagaimanapun, Acha tidak menafikan ada didekati beberapa lelaki namun belum sedia untuk menjalin cinta.

“Memang saya masih sendirian dan belum punya pengganti kerana terlalu sibuk dan terkejar-kejar dengan segala macam tanggungjawab. Jika benar saya berjumpa seorang lelaki yang sesuai, saya pasti akan kongsikan kisah bahagia itu bersama peminat nanti,” katanya.

Bintang yang mula mencipta nama menerusi filem Heart berpasangan dengan Irwansyah ini hadir pada majlis pelancaran pakej terbaru Astro, Indo Pek, Rabu lalu bersama bintang popular tahun 70-an dan 80-an, Lenny Marlina dan juga pengacara Alvin Adam.

Kehadiran Acha bukan saja menghiburkan tetamu pada majlis itu dengan lagu Berdua Lebih Baik dan Sampai Menutup Mata malah untuk mempromosikan kandungan pakej terbaru itu yang mula bersiaran pada 11 Julai ini melalui Bintang (saluran 141) dan Pelangi (saluran 142).

Pakej Indo Pek yang memberikan sepenuhnya hiburan dan program televisyen terkini dari Indonesia itu bakal dijadikan satu lagi pilihan kepada pelanggan Astro dengan harga RM12 sebulan.

Tiga filem lakonan Acha, Heart, Love Is Cinta dan Love Story bakal ditayangkan menerusi pakej ini. Acha menyifatkan peluang yang diberi ini istimewa dan mustahil untuk ditolak.

Katanya, saluran Bintang lebih cenderung memberikan hiburan kepada penonton dengan menyediakan pelbagai pilihan berita hiburan, program realiti, muzik dan filem terkini manakala saluran Pelangi menayangkan pelbagai filem Indonesia dari tahun 70-an hingga ke hari ini.

“Bayangkan penonton berpeluang menyaksikan trilogi filem saya itu dan saya begitu bertuah apabila diberi penghargaan sebegini kerana setidak-tidaknya peminat yang ketinggalan untuk menonton filem-filem ini akan kembali berpeluang mengikutinya.

“Saya sendiri begitu seronok apabila pihak Astro dan pembekal kandungannya, Broadway Media Sdn Bhd berjaya merealisasikan permintaan ramai penonton dengan mewujudkan saluran ini yang khusus menayangkan material hiburan Indonesia 24 jam sehari. Tidak hanya filem dan video muzik, sekarang peminat di Malaysia juga berpeluang mengikuti pelbagai program televisyen dan sinetron popular dari Indonesia terus di kaca TV,” katanya.

Acha ambil cuti setahun tumpu aktiviti seni

SELEPAS sekian lama menyepi, Acha yang bakal menginjak usia 22 tahun pada September ini, rupa-rupanya padat dengan rutin harian. Mengakui kurang menerima tempias publisiti dan lebih selesa meletak sepenuh perhatian pada pengajian, Acha tidak henti menegaskan dirinya tidak bimbang mula dilupakan peminat.
Memandang kemunculan ramai bintang baru hari ini sebagai satu perkembangan positif kepada industri dan langsung tidak menyifatkan semua itu satu ancaman buatnya.

Acha yang turut dikenali sebagai penyanyi dan pelakon, percaya rezeki sentiasa ada dan ketentuan itu adalah sesuatu yang sudah tersurat.

“Memang ramai peminat yang bertanya ke mana hilangnya saya. Namun ia
hanya buat mereka di Malaysia saja. Sebenarnya saya memang meletak jauh segala jadual seni saya sebaik menyambung pengajian kerana ingin menumpukan perhatian. Namun tahun lalu saya terpaksa mengambil cuti selama setahun kerana terikat dengan komitmen komersial.

“Sepanjang setahun itu, jika ramai tidak perasan saya sebenarnya kembali ke Jakarta untuk memenuhi komitmen produk L’oreal Matrix dan sabun Citra yang sudah dua tahun menandatangani saya sebagai wajah komersial mereka.

“Malah sedar atau tidak, saya sempat membintangi dua filem, Menebus Impian dan Jadikan Aku Simpanan. Tempoh cuti itu juga saya manfaatkan dengan merakamkan album mini berjudul Keputusan Hati dan beberapa aktiviti seni lain.

“Setidak-tidaknya nama dan wajah saya masih ada di kaca televisyen serta layar lebar meskipun sedang sibuk menghabiskan pengajian.

“Soal hilang populariti tidak timbul kerana saya percaya peminat dan mereka yang menghargai bakat saya akan sentiasa setia dan menunggu kemunculan saya,” katanya.

Bagaimanapun, Acha mengakui terpaksa menolak dua tawaran daripada produser Malaysia untuk membintangi filem di sini kerana terikat dengan prosedur visa pelajar yang dipegangnya.
info metro
www.tips-fb.com

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati