Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

04 July, 2011

INTERAKSI: Zami Ismail ( Pak Uda ) sukar dicari ganti

SATU demi satu bintang yang bergemerlapan mewarnai industri seni di Malaysia pergi buat selama-lamanya meninggalkan keluarga tercinta dan peminat.
Sabtu lalu, seorang lagi anak seni yang banyak mencurahkan bakatnya dalam industri seni tempatan ditangisi pemergiannya oleh ribuan peminat.

Pemergian Allahyarham Zami Ismail pada usia 67 atau lebih dikenali dengan nama watak lakonannya, Pak Uda di kalangan rakan-rakan seperjuangan sangat dirasai.
ORANG ramai mengangkat jenazah Zami di IJN, Kuala Lumpur sebelum dibawa ke Tapah Road, Perak semalam.
Zami disifatkan seorang pelakon komedi yang sukar untuk dicari ganti dan hal ini sangat dirasai oleh Mamat Khalid. Seperti ramai sedia maklum Zami sebelum ini banyak tampil dalam filem diarahkan Mamat Khalid.

Malah, wataknya sebagai Pak Abu, ketua kampung dalam filem Man Laksa dan Zombie Kampung Pisang turut diingati ramai.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...

Pak Uda mula membintangi filem arahan Mamat Khalid menerusi Man Laksa. Lakonan bersahaja dipersembahkan Allahyarham Zami cukup mencuit hati penonton dan membuatkan mereka tidak kering gusi.
ZAMI ketika melawat rakannya, Ahmad Busu yang sakit di Taman Sri Andalas, Klang pada 25 September 2009.

Ternyata perjalanan kerjaya seni Mamat Khalid sangat dibayangi kehadiran Pak Uda. Masakan tidak, anugerah pertama sebagai Pengarah Terbaik diperoleh pengarah prolifik itu menerusi drama Pisang Durian di Anugerah Skrin 2001 turut menampilkan lakonan mantap Zami Ismail.

Ia turut memenangi kategori Skrip Terbaik dan Pelakon Pembantu Terbaik.
Kehilangan adalah sesuatu yang pedih untuk diterima, memori pasti mencuit perasaan apabila ia bermain di ruang fikiran.

Itulah yang dirasai Mamat Khalid apabila menerima berita membabitkan pemergian Zami Ismail. Pedih lagi apabila dalam waktu sama, bonda tersayang juga meninggalkannya selang sehari.

Hanya Tuhan saja yang tahu bertapa sedihnya Mamat Khalid dengan kehilangan orang tersayang, namun sebagai manusia kita harus menerima qada dan qadar yang ditentukan Allah.

Walaupun berat hati menerima berita kehilangan orang tersayang, Mamat kedengaran tenang sewaktu dihubungi wartawan Harian Metro, Hellinie Sina bagi berkongsi pengalamannya sepanjang bekerjasama dengan pelakon veteran itu.

SOALAN: Adakah Mamat Khalid sempat menghadiri pengebumian Pak Uda?

MAMAT: Alhamdullilah. Rezeki saya untuk menghadiri pengebumian Pak Zami. Selepas mak saya meninggal dunia, saya dikejutkan pula dengan pemergian Zami Ismail. Saya mendapat maklumat arwah akan dikebumikan di tanah perkuburan Tapah, Perak.

Dari Ipoh ke Tapah tidaklah mengambil masa yang lama. Oleh itu, saya bergegas ke sana dan sama-sama dengan ahli keluarganya mengenang kembali hayat arwah. Saya juga sempat memberikan kata-kata perangsang dan semangat kepada mereka. Saya sendiri rasa kehilangan kerana saya agak rapat dengan arwah.

SOALAN: Adakah ketiadaan Pak Uda sedikit sebanyak menjejaskan penghasilan filem selepas ini?

MAMAT: Walaupun selepas ini Zami tidak lagi ada dalam filem arahan saya, tetapi saya akan terus berkarya.

Kekurangan pada hasil seni saya selepas ini ialah ketiadaan arwah berlakon dalam filem atau drama arahan saya. Memang agak menyedihkan apabila kita kehilangan pelakon dan pelawak sepertinya. Saya masih ingat lagi kejayaan drama Pinang Durian yang dinobatkan sebagai Drama Terbaik ketika Anugerah Skrin 2001. Kejayaan itu sedikit sebanyak adalah sumbangan arwah yang berlakon dalam drama itu.

SOALAN: Selepas pemergian Allahyarham Pak Uda, bagaimana Mamat Khalid mengisi kekosongan itu?

Mamat: Orang macam Allahyarham Zami memang susah nak cari ganti. Gambaran peribahasa Melayu patah tumbuh hilang berganti tidak akan berlaku apabila Allahyarham meninggalkan kita. Saya tidak mungkin akan ada watak Pak Abu lagi selepas ini. Saya tidak akan cipta satu watak baru untuk menggantikan watak Pak Abu atau watak yang seakan-akan menyerupainya. Arwah sudah pergi untuk selama-lamanya, setakat itu sajalah rezeki saya untuk bekerjasama dengannya. Selepas ini, Pak Jabit hanya akan seorang saja tanpa Pak Abu.

SOALAN: Apakah kelebihan yang ada pada arwah sehingga dia sering diambil untuk mewarnai filem arahan Mamat Khalid?

MAMAT: Arwah seorang yang komited dengan kerja. Sangat senang untuk bekerjasama dengan arwah. Pengalaman beliau dalam dunia lakonan memudahkan saya berinteraksi dengannya. Bagi saya, dia sangat baik dan lakonannya juga bagus. Tidak ada sesiapa pun yang mampu menggantikan tempatnya.

SOALAN: Apa perkembangan Mamat Khalid terkini?

JAWAPAN: Saya sedang mengadakan penggambaran drama bersiri terbaru berjudul Cer Citer. Konsep drama ini ialah komedi seram. Penggambaran masih lagi dijalankan di sekitar Perak. Drama 13 episod ini dijangka disiarkan pada Ogos depan dan turut membariskan pelakon terkenal seperti Rashidi Ishak, Jue Aziz, Pekin dan pastinya Usop Wilcha
www.tips-fb.com

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati