Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

29 July, 2011

Perubahan kekal Raja Farah percaya bertudung tidak jejas peluang berlakon

Alhamdulillah.... Raja Farah Dah Bertudung

Nama: Raja Farah Aziz
Usia: 23 tahun
Asal: Shah Alam, Selangor
Tarikh Lahir: 5 Julai 1988
Adik Beradik: Anak ketiga dari empat bersaudara.
Kerjaya: Pelakon, model iklan dan pengacara
Drama: Misi XX-Ray, Pesona Bintang Tujuh, Manjalara, Durani, Intan Asmara, Ellie, Gadis Dari Bintang, Mertua VS Menantu, Segala-galanya Ku Terima, Kau dan Aku, Na O Mei TV3
Filem: Eee...Hantu!!!!!, Haq, Aku Masih Dara, Lagenda Budak Setan, Maut, Apa Kata Hati, Anak Halal, Salon

Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...

berita dari beritaharian online
Raja Farah percaya bertudung tidak jejas peluang berlakon

DARI jauh kelibat Raja Farah Aziz sudah memancing perhatian. Bukan disebabkan susuk tubuh yang tampak kembali langsing sebaliknya penampilan kali ini cukup berbeza daripada biasa - bertudung.
Agak lama menyepi sejak mendirikan rumah tangga lapan bulan lalu, pelakon dan model berusia 23 tahun itu kembali aktif dengan menerima tawaran Suhan Movies Production membintangi telefilem penghargaan untuk Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Pelamin Di Pusara.
Barangkali ada yang beranggapan perubahan itu hanya mengikut kehendak skrip berkenaan namun akui Raja Farah, ia penghijrahan kekal yang sudah menjadi nawaitu sebelum mendirikan rumah tangga lagi.

“Baru dua bulan saya bertudung malah ini telefilem pertama saya tampil bertudung. Sebelum ini pun kalau keluar saya memakai selendang. Mungkin kerana beberapa bulan menumpukan perhatian kepada rumah tangga, ramai tidak perasan perubahan saya.

“Suami dan keluarga antara insan yang memberi sokongan padu sebaik saya menyuarakan hasrat mahu berubah. Alhamdulillah, hati saya dibukakanNya lebih awal untuk berubah,” katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran di bawah arahan Murali Abdullah.

Mengenakan blaus yang dipadankan dengan jeans, sebagai pelengkap tudung rona merah jambu lembut menjadi pilihan aktres muda yang diamanahkan membawakan watak gadis kampung bernama Maisarah.
Akuinya lagi, walau tampak biasa peranan yang dibawakan nanti sarat emosi apabila menonjolkan keperitan hati seorang gadis yang baru mengenal cinta apabila kekasih hati sebenarnya tunangan orang.

“Terima kasih kepada Murali dan Suhan Movies yang menaruh kepercayaan terhadap kemampuan saya. Bukan cerewet tetapi sebaik membaca skripnya, saya terus bersetuju untuk digandingkan dengan Shahz Jazsle untuk telefilem ini.

“Sebaik bergelar isteri, saya mengurangkan aktiviti lakonan. Saya juga agak memilih watak dan masa disebabkan komitmen terhadap rumah tangga. Cuma disebabkan watak Maisarah kuat, begitu juga keseluruhan skrip Pelamin Di Pusara, saya menerima tawaran ini,”

Begitu pun, tidak terdetik di hatinya mahu melupakan terus bidang yang sudah diceburi sejak berusia 15 tahun lagi cuma pelakon filem Saloon dan Haq itu mahu memperlahankan aktiviti seni supaya tidak tercicir agenda paling penting dalam hidupnya iaitu keluarga.

Penerbit, pengarah bersikap terbuka

NYATA isteri kepada Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 26 itu punya harapan tersendiri dalam mengatur rentak hidupnya malah menganggap itulah pengorbanan yang dilakukan demi masa depan keluarga.

Sebagai persediaan, Raja Farah berjinak-jinak pula dengan perniagaan tetapi segala-galanya masih dalam peringkat persediaan namun ia bakal diumumkan dalam tempoh terdekat.

Belum bersedia menghebahkan tetapi sokongan keluarga mentua yang mempunyai asas dalam bisnes merangsang niatkan mengusahakan perniagaan sendiri.

“Inilah perancangan yang kami fikirkan sebaik mendirikan rumah tangga. Memang tawaran berlakon tetap ada, cuma sudah lumrah setiap pelakon ada pasang surutnya,” katanya yang tetap yakin bertudung tidak akan menjejaskan peluang lakonan buatnya.

Tegasnya lagi tatkala diajukan semula dengan peluang aktres bertudung, kata Raja Farah, produser dan penerbit hari ini semakin berfikiran terbuka malah bangga melihat ramai rakan lain yang lebih dulu berhijab tetap rancak mewarnai program TV selain aktif di layar perak.

“Banyak watak yang memerlukan wanita bertudung. Saya tidak nampak ini semua sebagai halangan berlakon. Cuma pandai-pandailah kita memilih watak selain menjaga pergaulan. Saya pasti penonton juga akan terus memberi sokongan jitu,” katanya.
www.tips-fb.com

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati