Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)

28 February, 2013

KEISTIMEWAAN RUMPAI LAUT COLLAGEN

APABILA menyebut rumpai laut mungkin ada yang membayangkan tumbuhan itu sama seperti rumput atau lumut. Malah ramai yang ragu-ragu dan takut untuk memakan atau meminum minuman yang mengandungi bahan tersebut.

Bagaimanapun jika anda pernah meminum minuman yang dicampur dengan rumpai laut ia sebenarnya sedap tanpa ada rasa yang pelik.

Malah minuman yang dicampur dengan rumpai laut ini sebenarnya mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan.

Rumpai laut dari Semporna, Sabah. Euchima cottoni (Kappaphycus Alvarezi) merupakan salah satu daripada spesies rumpai laut yang ditanam di kawasan tersebut.  spesies ini yang berkualiti tinggi.

''Euchima cottoni mengandungi banyak vitamin dan mineral seperti serat tinggi, kalsium, magnesium, potasium, Vitamin B6, B12, C, A, iodin, omega 3 dan anti oksidan.

''Ini adalah rumpai laut organik yang ditanam secara pancang tanpa baja dan racun. Ia berwarna emas dan bergred AAA. Ia akan direndam dahulu sehingga hancur sebelum diproses untuk dijadikan minuman.
Oleh kerana rumpai laut mengandungi serat yang tinggi, ia memudahkan penghadaman dan dapat membantu mengatasi masalah sembelit.

KEISTIMEWAAN RUMPAI LAUT COLLAGEN
** Kaya dgn omega-3 yg akan membuat kulit kenyal dan kencang.
** Merawat masalah kulit
** Iodine yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre (kelenjar thyroid membengkak).
** Mengencangkan/melicinkan kulit
** Mampu merendahkan kadar acidic dalam makanan yang diambil, justeru sesuai dimakan bersama nasi dan lauk-pauk berprotein yang mana kedua-duanya bersifat acidic. Contoh makanan yang menggunakan konsep ini adalah Onigiri dan Sushi.
** Penuh dengan collagen
** Kenapa sifat alkaline dalam Rumpai Laut itu tinggi? Antaranya adalah disebabkan kehadiran mineral yang tinggi dan pelbagai di dalamnya, mencukupi untuk keperluan manusia. Tambahan, Rumpai Laut adalah antara tumbuhan yang mempunyai banyak mineral didalamnya jika dibandingkan dengan sayur daratan yang lain. Antaranya ialah kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine, dan zinc.
** Kaya dengan serat, meskipun struktur komposisinya tidak sama dengan tumbuhan/sayur darat. Ini secara langsung mampu mengawal paras gula dalam darah si pemakannya.
** Bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan, justeru mampu merendahkan kadar kolestrol dan mencegah kedatangan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.
** Beberapa jenis Rumpai Laut bertindak sebagai agen detox. Terdapat komponen di dalamnya yang mampu bergabung dengan metal toksik dalam sistem pencernaan kita, lalu dinyahkan secara semulajadi melalui tahi.
** Ekstrak Rumpai Laut (Fucoidan) juga digunakan dalam penghasilan pil diet. Pil diet tersebut mampu membuatkan kita rasa cepat kenyang apabila makan dengan sedikit.
** Mula diperkatakan dalam dunia kesihatan sejak beberapa puluh tahun yang lalu, sedangkan ia sudah menjadi sebahagian diet orang Timur, terutama yang menetap dipinggir pantai, sejak berzaman lagi.
** Meskipun berkhasiat, namun tidak boleh diambil dalam KUANTITI YANG BANYAK dan berterusan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan keracunan iodine. Natural Sabah Seaweed

Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
CARA PENGGUNAAN
** Kena rendam semalaman.
** Sebelum rendam kena basuh dulu mcm basuh beras.
** Selepas rendam bsuh 2-3 kali kemudian rebus.
** Mase rebus campur dgn 2 liter air kosong. Boleh campur dengan perisa seperti Sunquick tapi jangan letak gula.
** Lepas mendidih biarkan sejuk dan masukkan dalam beberapa bekas untuk masuk dalam peti.
** Kite just makan yang dalam peti ais.
** Stok smpai 3 bulan pun blh sebab da dikeringkan..

CARA MAKAN
Sebelum sarapan(waktu terbaik mase perut kosong dan mase nak masuk tidur)blh juga untuk buat masker.
KHASIAT PURE MARINE COLLAGEN :- 10x ganda tinggi dari sirip yu (satu mangkuk kecil rm300)- khasiat same dengan sarang burung layang-layang (rm400 hingga ribuan)- 24% kolagen ni bersamaan 2 keping sarag burung layang-layangdie tahan 3-4 week

jom cuba... demi untuk menjaga kesihatan luaran dan dalaman...inshaaallah...
www.tips-fb.com

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati