Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

05 July, 2011

Cikgu Shida hebat

 memang hebat ... dah jadi Pelakon dah .. Cikgu Shida


Berita dari Metro
PARIT: “Bukan sekadar ‘miming’, malah dia juga bakal menjadi pelakon hebat,” begitulah reaksi awal pengarah telemovie WWW.Cikgu Shida.Com, Isqandar Jebat ketika ditanya mengenai penampilan sulung ratu miming, Roshida Abd Aziz atau lebih dikenali sebagai Cikgu Shida yang berjaya menambat hati hampir dua juta peminat laman web Youtube kerana aksi gila-gilanya.

Malah, gelagat kelakar dan penampilan bersahaja Cikgu Shida yang melakonkan pelbagai watak ketika sesi penggambaran turut ‘memecahkan perut’ kru hingga terpaksa dihentikan buat seketika.

Telemovie WWW.Cikgu Shida.Com menampilkan pelbagai watak Cikgu Shida bermula daripada penarik kereta, gadis kampung cantik, menjadi bomoh serta ketua kampung, bakal menemui penonton untuk tayangan Aidilfitri tahun ini melalui saluran Astro.

Cikgu Shida ketika ditemui di lokasi penggambaran berkata, dia penat namun penampilan pertama dalam bidang lakonan sungguh menyeronokkan.

“Mana tak penatnya, kadangkala ‘shooting’ (penggambaran) habis jam 3 pagi. Besok ‘scene’ (babak) baru kena hafal dialog lagi.

“Mujur tuan director (pengarah) orangnya baik... asyik-asyik ‘cut’ (potong). Mungkin dia tak tahan melihat aksi (kelakar) saya,” katanya menceritakan detik awal babak pertama menjadi penarik kereta.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

04 July, 2011

INTERAKSI: Zami Ismail ( Pak Uda ) sukar dicari ganti

SATU demi satu bintang yang bergemerlapan mewarnai industri seni di Malaysia pergi buat selama-lamanya meninggalkan keluarga tercinta dan peminat.
Sabtu lalu, seorang lagi anak seni yang banyak mencurahkan bakatnya dalam industri seni tempatan ditangisi pemergiannya oleh ribuan peminat.

Pemergian Allahyarham Zami Ismail pada usia 67 atau lebih dikenali dengan nama watak lakonannya, Pak Uda di kalangan rakan-rakan seperjuangan sangat dirasai.
ORANG ramai mengangkat jenazah Zami di IJN, Kuala Lumpur sebelum dibawa ke Tapah Road, Perak semalam.
Zami disifatkan seorang pelakon komedi yang sukar untuk dicari ganti dan hal ini sangat dirasai oleh Mamat Khalid. Seperti ramai sedia maklum Zami sebelum ini banyak tampil dalam filem diarahkan Mamat Khalid.

Malah, wataknya sebagai Pak Abu, ketua kampung dalam filem Man Laksa dan Zombie Kampung Pisang turut diingati ramai.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

03 July, 2011

Khasiat Dan Petua Sireh Pinang

Sirih Pinang banyak digunakan di dalam perubatan tradisional. Kebanyakannya digunakan secara luaran. Tuk Dukun adalah orang yang berperanan dalam penggunaan sirih pinang dalam konsep perubatan ini berserta jampi dan mentera. Selain untuk perubatan secara tradisional, boleh juga digunakan sebagai petua. Dalam kehidupan seharian ia memainkan peranan penting dan membantu memudahcara serta memberikan kelancaran kerja-kerja dirumah.

Batuk Selsema - Sapukan sedikit kapur sirih yang dicampurkan dengan minyak kelapa, ke atas leher bahagian kerongkong dan juga batang hidung semasa selsema. Cara ini akan menambahkan keredaan, terutamanya untuk anak kecil.
Bengkak Gusi - Rebuskan lima helai daun jarak dengan semangkuk air bersih serta masukkan sesudu besar air kapur sirih hingga mendidih. Minum airnya apabila air telah dingin, sehingga hilang bengkak.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

02 July, 2011

Betul ke Rozite Che Wan dan Shahir AF8 mengaku bercinta

Betul ke berita ni... tak tau lah ye... kita layan je la..berita baik juga .. mana tahu kut kut jodoh dia orang kan..
Genap setahun gosip percintaan Rozita Che Wan dan Shahir AF8 tersebar tanpa ada sebarang penjelasan dan pengakuan sebagai bukti mereka berdua bercinta, Kini akhirnya Rozita Che Wan membuat pengesahan yang mereka berdua sememangnya sedang dilamun cinta. Walaupun banyak tentangan daripada peminat Shahir AF8 gara-gara perbezaan umur 16 tahun diantara Rozita Che Wan dan Shahir, itu semua bukan halangan untuk mereka berdua meneruskan hubungan yang murni tu malah mereka semakin rapat untuk kemana sahaja.
Pengakuan yang dibuat di Berita Harian tu turut mengatakan yang hubungan percintaan mereka berdua sudahpun diketahui oleh rakan-rakan media, Tetapi demi menjaga hati ramai pihak termasuk peminat Shahir AF8 sendiri, perkara itu tidak dihebahkan kepada umum…
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

01 July, 2011

Global: ketagihan Internet Main game komputer 780 jam

KOMPUTER memang boleh membuat orang leka terutama apabila melayari laman yang menyeronokkan.
Penuh Perasaan Menghayati Internet , orang macam ni memang ramai pun kan
Gambar hiasan saja

Choi Hyun-Min dari Gongju, Korea Selatan tidak sedar berapa lama dia duduk bermain permainan komputer, tetapi biasanya masa yang diambil tidak kurang daripada 10 jam.
Kedai Internet Kat tempat dia orang sentiasa penuh

Choi (bukan nama sebenar) adalah antara ratusan ribu pelayar Internet yang dianggap mengalami ketagihan Internet di Korea Selatan, salah satu negara berteknologi maju dan boleh dikatakan semua penduduknya mempunyai akses kepada Internet.

Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

30 June, 2011

Bangsa bukan penentu kecemerlangan akademik

INFOKEMENTERIAN Pengajian Tinggi menumpukan kepada 10 misi utama yang disasarkan kepada institusi pengajian tinggi negara iaitu:

Memperkasakan institusi pengajian tinggi
Kualiti tenaga akademik
Memartabatkan akademik dan penubuhan Majlis Profesor Negara
Peningkatan kegiatan penyelidikan dan pembangunan
Program pengantarabangsaan
Pembangunan kualiti pelajar
Kebolehpasaran graduan
Pelan transformasi politeknik
Transformasi kolej komuniti dan pembelajaran sepanjang hayat
Program transformasi institut pengajian tinggi swasta

SUDAH sekian lama, institusi pengajian tinggi awam negara dihadapkan pelbagai cabaran dan dugaan malah ada mempersoalkan kewibawaan institusi berkenaan melaksanakan tanggungjawabnya.

Ada beranggapan institusi itu anak emas kerana sering mendapat sokongan penuh kerajaan, ada pula mendakwa institut pengajian tinggi awam (IPTA) berkenaan ketinggalan zaman kerana menawarkan program lapuk sehingga meningkat bilangan graduan menganggur.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

29 June, 2011

pasangan kembar siam merayu dihulurkan bantuan atau membiarkan saja mereka mati

Izinkan kembar saya mati: Mohammed
PATNA (India): Seorang bapa pasangan kembar siam merayu dihulurkan bantuan atau membiarkan saja mereka mati kerana dia tidak sanggup lagi melihat mereka menderita.
MENDERITA...kesakitan berpanjangan, hilang berat badan dan tekanan darah tinggi antara masalah dihadapi Saba dan Farah.
Mohammed Shakeel - seorang pekerja gerai teh di Patna, Bihar - hanya memperoleh pendapatan bulanan kira-kira RM320 bagi membiayai keperluan keluarganya seramai lapan orang.

Disebabkan percantuman pada tengkorak anaknya, Saba dan Farah mengalami sakit kepala melampau, selain kesakitan pada sendi.
MASIH BERSEMANGAT...keadaan Saba (kiri) dan Farah ketika mereka dibawa bertemu pakar kembar siam lima tahun lalu.
Pasangan itu juga sukar bertutur apabila usia semakin meningkat.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati