Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)

26 June, 2012

Tercekik Tulang Ikan

Assalamualaikum Warahtullah Hiwabarokatuhh
 akak nak cerita hari ni .. pasai akak tercekik tulang ikan termenung (Kembung).. orang kedah kata lekat tulang... punya la sakit.. terasa tulang tu bergerak-gerak kat kerongkong..

pastu cuba ikhtiar sendiri..telan nasi yang dikepal-kepal 5 ketul juga la.. tulang masih terlekat juga lepas tu.. ambil buah kurma dikebam-kebam pastu telan dekat 10 biji apa pun tak jadi lagi teruk lekatnya..badan dah berpeluh-peluh ,dah rasa macam sesak nafas,jantung betul berdegup laju.

aduhai!! lepas tu ikhtiar lagi , pergi dekat sinki jolok jari masuk kerongkong , pastu muntah habis semua nasi yang dimakan tadi, tapi tulang tak keluar juga, masih sakit terlekat kat kerongkong , mungkin dalam keadaan tulang tu melintang , begini rasanya orang lekat tulang dan akhirnya ikhtiar penghabisan, kalau tak keluar juga tulang tu memang Hospital sajalah tempatnya.

Telepon adek akak tanya pasal lekat tulang, dia sarankan akak pergi rumah mak mentua dia, akak kata ok saja lah org sakit, apa-apapun ikut saja. jam dah pukul 2.00 pagi , sampai je terus minum air penawar yang dah siap dijampi, minum jer rasa kurang skit sakit, dan rasa longgar skit tulang tu, taklah macam tadi.

lepas minta makcik tu jampi kat air mineral sebotol terus balik dan minum air penawar tu lagi, dan boleh pulak lena tidor. bangun je diwaktu subuh rasa sakit skit2 lagi, akak masuk dalam bilik air jolok jari dalam kerongkong bagi muntah lagi, muntah dan muntah dekat sejam juga la.. akhirnya keluar dia, dekat i inci tulang tu panjang, keras pulak tu. Tapi Alhamdulillah syukur ,Semuanya selamat.

 hari search cari pasai lekat tulang ni... dan dapat lah Tips-tips dan doa-doanya seperti dibawah ni.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
Tips 1 :
Anda menghadapi situasi cemas tercekik tulang?
Jangan panik… cubalah salah satu petua di bawah:
1) Kepal2kan nasi dan terus telan. 
2) Celupkan jari ke dalam madu, selawat 3 kali dan hisap jari tersebut. InsyaAllah tulang ikan akam terkeluar.
Tips 2 :
Doa Nabi Yunus amat berkesan sekiranya anda mengalami masalah lekat tulang ikan. Boleh digunakan dan dihembuskan pada air untuk dibuat minum bagi menghilangkan tulang.

 “Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang alim.”[1]
Tips 3 :
 
 Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku”, (Surah Isra’ : Ayat 80)

Bacakan doa ini sambil mengurut bahagian halkum atau bahagian yang tertusuk duri. Ulangi sebanyak 3 kali sehingga 7 kali bacaan. Lakukan secara istiqomah. Kita berikhtiar, mudahan-mudahan Allah kurniakan kesembuhan. InsyaAllah.

kalau ada yang terlekat tulang tu cuba lahye...insyaallah...
www.tips-fb.com

5 comments:

Anjasmara Abdul Razak said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
Anjasmara Abdul Razak said... [Reply]

Saya juga ada alami, di sini saya kongsikan pengalaman saya & cara mengatasi. Semoga dapat membantu anda juga:
-->> http://anjasmara-abdul-razak.blogspot.my/2016/04/apa-nak-buat-kalau-tercekik-tulang-ikan.html

Anjasmara Abdul Razak said... [Reply]

Saya juga ada alami, di sini saya kongsikan pengalaman saya & cara mengatasi. Semoga dapat membantu anda juga:
-->> http://anjasmara-abdul-razak.blogspot.my/2016/04/apa-nak-buat-kalau-tercekik-tulang-ikan.html

Salmi Abdur Rahman said... [Reply]

Alhamdulillah..Allah Maha Besar..sy amalkan br je lepas lekat tulang..alhamdulillah berhasil.

Salmi Abdur Rahman said... [Reply]

Alhamdulillah..Allah Maha Besar..sy amalkan br je lepas lekat tulang..alhamdulillah berhasil.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati