Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

11 October, 2010

Angin kencang di utara dijangka berterusan sehingga esok

Angin kencang di utara dijangka berterusan sehingga esok

KUALA LUMPUR: Angin kencang barat/barat daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dan ombak setinggi 3.5 meter di perairan Perlis, Langkawi, Kedah Utara dan Phuket (Thailand) dijangka berterusan sehingga esok.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut.


Aktiviti ribut petir di perairan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Barat; dan daerah Mukah, Bintulu dan Miri di Sarawak pula dijangka berterusan sehingga petang ini.


Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 40 kilometer sejam serta laut bergelora dengan ombak setinggi 2.5 meter, dan ia berbahaya kepada bot-bot kecil.-Bernama
www.tips-fb.com

10 October, 2010

Petua Awet Muda Dengan Air Suam Dan Urutan Wajah

Amalkan minum air suam setiap pagi selepas bangun dari tidur sebelum mengambil sarapan. Mudah sahaja tapi mujarab. Disamping itu, luangkan masa anggaran selama 4 minit sehari untuk amalkan urutan ini:

Gunakan sentuhan yang ringan dengan lembut. Gunakan hanya bahagian jari. Buat dalam gerakan dari bawah ke atas dan dibawa ke luar wajah. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Bagi umat Islam, bacalah bismillah dan selawat 3 kali sebelum minum.

klik gambar untuk kelihatan lebih besar-


nanti cuba ye... mana tahu sesuai dengan anda..... selamat mencuba
www.tips-fb.com

09 October, 2010

Nelayan dinasihat guna GPS elak tersasar ke perairan jiran

Nelayan Pun Kena Hati2 walaupun laut luas terbentang ingat kita ada perbatasanya.


TAWAU: Nelayan di sini diminta menggunakan peralatan Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) ketika keluar menangkap ikan bagi mengelak tersasar masuk ke perairan negara jiran.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, peralatan itu amat penting untuk membantu nelayan memastikan mereka sentiasa berada di perairan negara ini sepanjang mereka berada di laut.

"Kita nasihatkan nelayan di kawasan sini supaya sentiasa berada di kawasan (perairan) kita. Pastikan mereka tidak masuk ke perairan negara jiran dan mengelak dikenakan tindakan undang-undang," katanya kepada pemberita di sini ketika diminta mengulas mengenai penahanan lima bot nelayan Tawau di negara jiran baru-baru ini.

Noor Rashid berkata, pihak berkuasa Indonesia akan mengambil tindakan jika berlaku pelanggaran undang-undang di kawasan perairan mereka seperti juga yang akan dilakukan pihak berkuasa Malaysia sekiranya perkara sama berlaku di negara ini.

"Macam kita jugalah, jika mereka (nelayan) masuk ke kawasan kita, kita akan ambil tindakan mengikut saluran undang-undang," katanya.-Bernama
Berita dari Metro online
www.tips-fb.com

08 October, 2010

Belasah rakan angkara facebook

Ini cerita pasal facebook , suka sangat nak buka facebook orang lain , kan dah kena... sapa suh jadi penceroboh...tul tak ?















Dia kena letak tanda tanda macam ni kut kan.... hehehe

LENGGONG: “Hanya kerana salah faham selepas dituduh menceroboh laman sosial facebook milik kawannya, anak saya dibelasah teruk hingga cedera di mata dan dahi,” kata seorang bapa, Hazizi Abdul Aziz, 46.
Dia berkata, difahamkan anaknya berkawan rapat dengan rakan sekelasnya itu sehingga mengetahui kata laluan untuk membuka akaun facebook kawannya itu dan sebelum kejadian mereka tidak bermasalah.

Bagaimanapun, katanya, difahamkan baru-baru ini, ada pihak menceroboh akuan berkenaan menyebabkan rakannya menuduh mangsa yang mencerobohnya kerana beranggapan hanya dia seorang yang mempunyai kata laluan ke laman berkenaan.

“Selepas bertengkar, mangsa yang mendakwa tidak menceroboh akaun rakannya dibelasah dipercayai kerana ada rakan lain mengapi-apikan pemilik akaun facebook itu,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang Khamis lalu, Hazizi mendakwa anaknya, Aiman Asyraf, 17, pelajar tingkatan lima sebuah sekolah berasrama di sini, dibelasah teruk.

Berikutan kejadian itu, Hazizi yang tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur, bergegas pulang ke Kampung Luat, dekat sini, awal pagi Jumaat lalu, selepas menerima panggilan telefon mengenai kejadian itu kira-kira jam 1.30 pagi.

Dia terkilan kerana pihak sekolah tidak memaklumkan kepadanya mengenai kejadian menimpa anaknya itu dan hanya mengetahui insiden terbabit daripada pihak lain.

“Pihak sekolah sepatutnya beritahu saya mengenai kejadian itu.

“Malah, lebih mengejutkan, ketika saya menemui pihak sekolah kira-kira jam 10.30 pagi Jumaat lalu, mereka mengatakan tidak tahu kejadian menimpa anak saya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Hazizi berkata, dia diberitahu anaknya yang juga anak ketiga daripada tujuh beradik dihantar warden asrama ke Klinik Kesihatan Lenggong dan ditinggalkan di klinik berkenaan sebelum dibawa ke Hospital Kuala Kangsar.

“Menyedihkan, tiada seorang wakil sekolah mengiringi anak saya sepanjang dibawa ke Hospital Kuala Kangsar.

“Saya tak mahu membesarkan perkara ini, tapi sikap pihak sekolah yang lepas tangan sangat dikesali dan tidak mahu ia berulang,” katanya.

Menurutnya, Aiman antara pelajar cemerlang di sekolah itu, tetapi kejadian yang menimpanya akan menjejaskan persediaannya menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Justeru, saya berharap pihak sekolah memandang serius perkara seperti ini kerana ia boleh menjejaskan masa depan anak saya,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Lenggong.
www.tips-fb.com

05 October, 2010

Ghaib kala senja

mai kita baca kisah ni, pada pandangan korang napa adek jadi camni ye, mungkin dia kena buatan orang, permainan orang, atau ada yang hantar makluk halus ganggu dia ke... apa rasa korang ye... sekarang ni ramai sangat yg suka main benda2 halus ni..

BESUT: Kejadiannya memang aneh dan mungkin ada menganggapnya tidak logik, namun hakikatnya ia benar-benar berlaku sehingga menggemparkan penduduk setempat dan turut menarik perhatian pemimpin masyarakat.

Sejak kira-kira dua bulan lalu, seorang gadis berusia 22 tahun, Siti Balqis Mohd Nor dari Kampung Gong Nangka, Apal di sini, ghaib secara misteri hampir setiap kali tiba waktu senja atau pada tengah malam sebelum dia ditemui semula di lokasi yang sukar dijelaskan kehadirannya.

Antara lokasi itu di tanah perkuburan, di atas pokok, di atas siling dalam rumahnya dan dalam kejadian terbaru kelmarin, Siti Balqis ditemui dalam mesin pembancuh simen berhampiran rumahnya.

Biarpun dikawal rapi keluarganya, gadis itu tetap ghaib apabila individu yang mengawalnya leka atau terlepas pandang beberapa detik saja.

Kejadian misteri itu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Ramlan Ali yang meminta penduduk mengawal sekitar rumah keluarga Siti Balqis setiap malam, namun usaha itu tetap gagal.

Ramlan berkata, dia simpati dengan keluarga terbabit kerana sudah banyak mengeluarkan wang untuk khidmat bomoh.

“Saya sendiri sudah membantu mencari bomoh, tapi keadaannya tetap serupa apabila gadis terbabit tiba-tiba ghaib terutama pada waktu senja dan tengah malam,” katanya.

Ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47, berkata, pelbagai usaha dilakukan keluarganya dan jiran untuk menghalang anak sulung daripada empat beradik itu ghaib, tetapi apabila tiba waktunya dia tetap hilang.

“Kejadian menimpa anak saya memang aneh. Sejak dua bulan lalu hampir setiap malam dia ghaib dari rumah menyebabkan kami sekeluarga terpaksa berjaga malam,” katanya.

Norizan berkata, apabila ditemui semula, Siti Balqis kebiasaannya berada di lokasi tidak jauh dari rumahnya seperti di atas siling rumah, atas pokok manggis dan terbaru dalam mesin pembancuh simen.

“Pernah sekali dia temui semula di tanah perkuburan Islam kira-kira 10 kilometer dari rumah kami,” katanya sambil memaklumkan keluarganya sudah mendapatkan khidmat bomoh dari Kelantan, Terengganu dan Pahang untuk mengatasi masalah itu, tetapi masih gagal.

Siti Balqis ketika ditanya mengenai kejadian aneh dialaminya berkata, dia sendiri sukar memberi penjelasan dan tidak tahu apa sebenarnya berlaku ke atasnya.

“Setiap kali kejadian berlaku saya tidak sedarkan diri. Apabila sedar, saya dapati diri saya berada di tempat lain, sama ada di atas pokok atau kawasan perkuburan.

“Saya dapat melihat orang mencari saya, tapi saya tak berupaya memanggil mereka. Ketika saya berada di kubur dalam kejadian Ramadan lalu, saya mendengar pelbagai bunyi termasuk suara orang mengaji al-Quran dan menangis,” katanya.

“Saya sendiri sudah membantu mencari bomoh, tapi keadaannya tetap serupa apabila gadis terbabit tiba-tiba ghaib terutama pada waktu senja dan tengah malam,” katanya.

Ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47, berkata, pelbagai usaha dilakukan keluarganya dan jiran untuk menghalang anak sulung daripada empat beradik itu ghaib, tetapi apabila tiba waktunya dia tetap hilang.

“Kejadian menimpa anak saya memang aneh. Sejak dua bulan lalu hampir setiap malam dia ghaib dari rumah menyebabkan kami sekeluarga terpaksa berjaga malam,” katanya.

Norizan berkata, apabila ditemui semula, Siti Balqis kebiasaannya berada di lokasi tidak jauh dari rumahnya seperti di atas siling rumah, atas pokok manggis dan terbaru dalam mesin pembancuh simen.

“Pernah sekali dia temui semula di tanah perkuburan Islam kira-kira 10 kilometer dari rumah kami,” katanya sambil memaklumkan keluarganya sudah mendapatkan khidmat bomoh dari Kelantan, Terengganu dan Pahang untuk mengatasi masalah itu, tetapi masih gagal.

Siti Balqis ketika ditanya mengenai kejadian aneh dialaminya berkata, dia sendiri sukar memberi penjelasan dan tidak tahu apa sebenarnya berlaku ke atasnya.

“Setiap kali kejadian berlaku saya tidak sedarkan diri. Apabila sedar, saya dapati diri saya berada di tempat lain, sama ada di atas pokok atau kawasan perkuburan.

“Saya dapat melihat orang mencari saya, tapi saya tak berupaya memanggil mereka. Ketika saya berada di kubur dalam kejadian Ramadan lalu, saya mendengar pelbagai bunyi termasuk suara orang mengaji al-Quran dan menangis,” katanya.
Berita dari Metro ONline
www.tips-fb.com

03 October, 2010

Minda: Guru sebagai cermin keperibadian murid

kali Ni Kita Baca Pasal Aritkel Guru Ni Ye...
DUNIA pendidikan sentiasa menjadi tumpuan semua pihak kerana tunjang utama dalam pemerkasaan pembangunan negara dijana melalui keberkesanan sistem pendidikan. Justeru, kualiti pendidik atau guru menjadi pemangkin kepada usaha membina generasi modal insan bertaraf dunia.
Malah, aspek melahirkan modal insan yang berkualiti itu menjadi agenda teras dalam RMK 9 dan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Hal itu menunjukkan betapa seriusnya negara dalam merencanakan barisan pelapis kepemimpinan dan warga kerja yang mampu menjana pembangunan negara ke arah pencapaian Wawasan 2020.
Cikgu yang Mana Budak budak Suka Ye.... yang Comel Ke Atau Yang Sopan

Peranan dan cabaran golongan pendidik pada masa mutakhir ini semakin ‘diasak’ dengan pelbagai isu yang diberikan penekanan dan perhatian wajar. Antaranya ialah gejala kes pelanggaran disiplin seperti ponteng sekolah, kejadian buli khususnya di asrama, biadab terhadap guru, perbuatan vandalisme yang menjijikkan mata memandang, memeras ugut pelajar junior, bergaduh dalam kawasan sekolah dan terbabit dengan aktiviti penyalahgunaan dadah. Semua isu ini perlu ditangani secara berkesan oleh sekolah kerana jika dibiarkan berterusan akan menjadi wabak yang membarah dalam kalangan anak muda kita. Dengan demikian, peranan dan tanggungjawab semua guru mesti menjurus kepada pembinaan sahsiah pelajar yang murni dan bukan setakat menjadi penyampai ilmu pengetahuan saja. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah mengatakan, ‘guru bukan saja bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid, tetapi bertanggungjawab juga kepada pembentukan peribadi murid iaitu nilai hidup yang dipegang dan budaya yang diterima olehnya.’ (Petikan ucapan beliau pada Sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan di Ipoh pada 16 Mei 2000 ). Jadi, di sini jelas menunjukkan kepada kita memang menjadi tanggungjawab teras seseorang guru itu membentuk jati diri anak muridnya dengan keluhuran budi pekerti yang tinggi dan terpuji.

Sebenarnya, teras utama dalam aspek pendidikan adalah untuk membimbing dan memberi pendidikan akhlak murni. Jadi, dalam apa jua mata pelajaran yang diajar oleh seseorang guru, penerapan nilai murni itu tidak boleh diabaikan. Ini yang dikatakan ‘nilai merentas kurikulum’. Malah, seseorang guru sepatutnya memahami dan menghayati sedalam-dalamnya tafsiran Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi tunjang kepada sistem pendidikan di negara kita selama ini. FPK antara lain menyatakan, ‘Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.’ Jika diteliti secara mendalam inti pati FPK itu, memang sudah lengkap dan tepat dalam usaha membina generasi warganegara yang seimbang dan mampu menjana keperkasaan tamadun bangsa serta negara.

Dr Abdullah Sudin Abdul Rahman yang juga Presiden Himpunan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Haluan) menggariskan beberapa peranan yang dipertanggungjawabkan kepada seseorang guru dalam merealisasikan FPK itu. Antaranya ialah guru bertindak sebagai pendakwah. Ini bermaksud guru bukan saja memainkan peranan sebagai pengajar, tetapi seharusnya mendidik anak didiknya dengan nilai akhlak mulia. Guru juga pendidik yang mendidik anak murid secara seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Menurut beliau lagi, seseorang guru adalah pemimpin. Ertinya memimpin dan memandu pelajar menjalankan sesuatu tugasan dengan betul dan berkesan. Seterusnya guru adalah pekerja yang mematuhi segala etika profesion ke arah membina anak muridnya menepati acuan sebagaimana yang termaktub dalam FPK. Guru juga boleh dianggap sebagai seorang pengusaha. Dengan itu untuk memenuhi ciri pengusaha yang dinamik, guru perlu mempunyai kemahiran dan sentiasa berupaya berfikir secara inovatif dan kreatif. Contohnya, bagaimana seseorang guru itu berupaya menarik perhatian pelajar agar sentiasa menerapkan disiplin diri yang unggul dan mematuhi ajaran agama. Selain itu, seseorang guru juga mesti bersikap profesional dalam bekerja dengan menunjuk contoh yang baik dan memiliki sahsiah diri yang terpuji. Ini penting kerana guru akan menjadi perhatian pelajar dan akan diikuti. Jangan pula seperti ‘ketam mengajar anaknya berjalan betul.’ Selain itu, menurut Dr Abdullah Sudin, seseorang guru mesti menjadi seorang pengikut yang baik. Ini bermaksud guru itu seharusnya taat dan mematuhi arahan ketua dalam melaksanakan sebarang tugasan dengan bersedia berkorban masa dan tenaga semaksimum boleh. Seterusnya guru juga berperanan sebagai seorang pejuang. Apakah maksud pejuang di sini? Tentulah perjuangan dalam menyempurnakan amanah negara dalam memberi pendidikan kepada anak bangsa dengan semangat waja dan tanpa putus asa. Seseorang pejuang sudah tentu tidak boleh berputus asa apabila berhadapan dengan kesulitan. Begitulah dengan guru. Apapun cabaran dan kekangannya, tugas dan amanah mesti diteruskan dengan efektif. Pejuang juga mesti ikhlas dalam perjuangannya. Demikianlah juga dengan guru, mereka seharusnya ikhlas dalam melaksanakan tugas mendidik anak bangsa. Kata Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni, ‘ciri guru yang cemerlang ialah ikhlas mengajar ilmunya, memiliki tekad yang kuat untuk memberi manfaat yang terbaik untuk anak muridnya dan berusaha kuat menghantarkan mereka pada ketinggian darjat orang yang berilmu.’ Al Imam Al Ghazali pula ada mengatakan: ‘Guru perlu menanamkan niat mereka mengajar demi menyelamatkan anak muridnya daripada kesengsaraan di akhirat kelak.’ Hakikatnya seseorang guru sewajarnya mesti sedar dan insaf bahawa di bahu mereka terletaknya amanah Allah dan harapan negara dalam http://www.blogger.com/img/blank.gifmembina generasi insan yang berwibawa, berintelek tinggi, berakhlak mulia serta bersahsiah ‘towering personality.’ Ingatlah pendidik akan pesanan yang pernah diluahkan oleh Beecher, ‘kanak-kanak adalah umpama simen basah dan setiap orang yang jatuh ke atasnya akan membhttp://www.blogger.com/img/blank.giferi kesan kepadanya.’ Demikian juga guru seharusnya menghayati kata-kata daripada Mann Horace ini, ‘seseorang guru yang mengajar tanpa cuba menimbulkan dan menghidupkan keinginan serta semangat belajar dalam kalangan muridnya seperti orang yang menempa besi yang dingin.’ Selamat mendidik anak bangsa.

>Penulis seorang guru dari Metro Online
www.tips-fb.com

02 October, 2010

Anak Mati Tercekik susu

Sedih dengan berita ni kan... susahpayah kita mengandung pastu melahirkan .... tiba tiba senang senang ja dia bunuh anak kita .. hanya dengan membiarkan anak kita tercekik susu ... dimana pengasuh masa tu ye .. leka bersembang ke ... leka dimana biarkan anak kita tercekik , bukannya kita bagi jaga free berbayar lagi bulan bulan...

kawan kawan yang hantar anak ketempat tempat asuhan tu , tengok tengok sama ye .. jgn cari tempat yg agak2 boleh jadi camni ..

kesian dengan keluarga ni kan... alfatihah untuk anak kecil tu.. takziah untuk ibu dan ayahnya .. bersabar lah itu ujian dari Allah...


PUTRAJAYA: “Saya terkejut apabila pengasuh menghubungi kira-kira dua jam selepas menghantar anak ke pusat (asuhan) itu, memaklumkan anak saya yang berusia tiga bulan tidak sedarkan diri.

Saya bergegas ke rumah pengasuh dan dimaklumkan bayi dibawa ke Hospital Putrajaya dan apa yang menyedihkan, sebaik tiba di hospital, saya diberitahu anak tidak dapat diselamatkan dipercayai tercekik susu,” kata Haney Usniza Abdul Hamid, 30, ibu Farisha Nur Hazreen Mohd Fairuz, yang meninggal dunia, Selasa lalu. Anak bongsu tiga beradik dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak di Presint 9, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.


Mengimbau semula kejadian tidak disangka itu, Haney berkata, dia menghantar anaknya ke pusat asuhan di blok sama berhampiran rumah, sebelum ke tempat kerja, kira-kira jam 8 pagi.


Menurutnya, dia ke tempat kerja sebelum menerima panggilan daripada pengasuh jam 10.15 pagi memberitahu anak tidak sedarkan diri sebelum bergegas pulang. “Saya difahamkan, usaha dilakukan bagi menyelamatkan anak saya itu, tetapi tidak berjaya sebelum doktor mengesahkan anak saya meninggal dunia akibat tercekik susu,” katanya.


Haney yang masih bersedih dengan kejadian itu dikunjungi Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhammad Khairun Aseh, semalam.


Bapa mangsa, Mohd Fairuz Mohamad Stap, 31, berkata, dia sempat membawa anaknya itu beraya di kampung keluarga di Sungai Tengi, Kuala Kubu Baru, bagi menemui saudara-mara.


“Bapa dan ibu saya serta mentua ceria menyambut kehadiran cucu baru mereka dan tidak menyangka Syawal disambut adalah Syawal pertama dan terakhir buat Farisha,” katanya.


Mohd Fairuz berkata, walaupun sedih dengan pemergian anak kesayangan, dia dan isteri tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pusat asuhan itu dan menganggapnya sebagai takdir Allah.


Menurutnya, dia dan isteri menghantar anak bongsu mereka ke rumah pengasuh, selepas tamat tempoh berpantang dan diberitahu pengasuh itu memiliki sijil latihan dan lesen.


“Saya juga diberitahu, pusat itu juga dikunjungi kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Persatuan Pusat Asuhan Malaysia.


“Pengasuh memberitahu saya bahawa dia memiliki pengalaman empat tahun dan menjaga lima lagi kanak-kanak lain,” katanya yang mengakui pengasuh itu mengemukakan permohonan maaf berkaitan insiden itu.

Apa yang penting, Mohd Fairuz berkata, dia berharap kejadian sama tidak menimpa bayi dan kanak-kanak lain yang dijaga selepas ini. Jenazah Farisha dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Baru.

Sementara itu, Muhammad Khairun berkata, pihak berkuasa perlu meningkatkan pemantauan terhadap operasi di pusat jagaan dan asuhan kanak-kanak di seluruh negara bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Beliau berkata, pihak berkuasa perlu memastikan pengusaha pusat asuhan itu mematuhi Akta Pusat Asuhan Kanak-kanak 1984.

berita dari metro online
www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati