Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

18 August, 2011

Air Bandung Cincau

Sedap gak air ni.... tukar2 jus tiap hari, bagi tambah selera berbuka , hehehe berbuka sambil2 jaga kesihatan.
cincau ni cheq tak beli , kawan pejabat Risda kasi free je, tiap2 tahun bila nak masuk bulan puasa je ,dia orang akan buat cincau sendiri.

Bahan-Bahan:
Sirap
air yang dah masak
susu pekat
cincau
sedikit gula
Cara:
bancuh sirap dalam air yg dah di masak bersama gula.Kemudian masukkan susu pekat ke dalam bancuhan air sirap tadi.(kalau xnak manis sangat,jangan letak banyak2,cukup sekadar rasa).Kemudian masukkan cincau yg dah dipotong cincang kedalam air siap b

andung tadi.Kemudian jadilah air itu air sirap bandung cincau

Cadangan Hidangan:
hidangkanlah di dalam jug yg ada ais

Tambahan:
lagi banyak cincau lagi best tapi jangan banyak sangat,takut tersedak pulak minum nanti
www.tips-fb.com

17 August, 2011

Jus Tomato

minuman untuk berbuka saya hari ni dan semalam, sedap tapi ada sesetengah orang tak suka minuman ni.... tapi lebih baik korang cuba dulu...
memang best... boleh ja tambah perasa susu.. tapi saya jus tomato kosng ja..

Tomato sememangnya berkhasiat. Menurut kajian perubatan 'lycopene' dalam tomato boleh mencegah daripada penyakit cancer. Sebaik2nya dimakan mentah atau dijadikan fresh juice untuk mengekalkan kandungan nutriennya.
ni resepinya

Bahan-bahan ( 1 gelas )

2 biji tomato ranum – di belah empat
Air secukupnya
Gula ikut citarasa , kalau nak manis lebih tu tambah je gula
bagi yang suka jus tomato bersusu
2sb susu pekat manis
1sb susu sejat (evaporated milk)

Cara-cara

Tomato dibersihkan dan dibelah empat.
Masukkan tomato,Gula & air ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus.
Tapis jus.
Masukkan susu pekat manis & susu sejat ke dalam jus. Kacau hingga sebati.
Tuang ke dalam gelas dan hias dengan sehiris lemon kalau nak.
Boleh juga diperah sedikit jus lemon jika suka.
www.tips-fb.com

16 August, 2011

Jus timun

kemarin buat jus timun untuk berbuka.... menyejukkan badan dan berkhasiat.
Bahan-Bahan:
1 Biji Timun (Sederhana Besarnya)
5 sudu besar air gula
500ml Air
Perahan limau nipis
Cara:
Potong timun nipis-nipis, buang bahagian atas yang pahit dan kemudian dikisar bersama gula dan air.
Selepas dikisar masukkan dalam  jug bersama  perahan limau nipis. Kacau sehingga  mesra.

Cadangan Hidangan:
Sekiranya puan-puan sukakan ianya sejuk Boleh dimasukkan ais ketul ataupun disimpan dalam peti sejuk. Sekiranya sudah dimasukkan ais ketul hendaklah puan-puan tambahkan sedikit air gula kedalam jus timun ini.

Tambahan:
Jus timun ini baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi fiber yang lembut untuk diserap oleh badan dan melancarkan perjalanan darah.
www.tips-fb.com

Ada Petua Penawar Resdung Jom Kita Cuba Petua Ni

Petua Nya Mudah Sahaja, Dia Orang Kata Amat berkesan sekali petua ni.


caranya mudah sahaja, dengan meyedutkan air kedalam hidung seperti kita buat semasa berwuduk tu, pastu picit sebelah hidung dan hembus sekuat hati, pastu lakukan pada sebelah lagi pulak.lakukan berulang-ulang kali sehingga selesai,lepas tu cuci muka hingga bersih.
lakukannya tiap2 hari2 dan jika anda menuju kemana , kalau setiap destinasinya yang berhenti , baik dimana-mana pejabat, bersantai,beriadah atau pulang kerumah. Kesannya sunguh menakjubkan , cuba ya...

jom kongsi2 petua
www.tips-fb.com

14 August, 2011

Orang Emas Kena tangkap Ngan Polis

DITAHAN...’orang emas’ yang mengenakan bayaran RM2 setiap kali gambarnya dirakam ditahan penguat kuasa JKM di Jalan Bukit Bintang, kelmarin.

KUALA LUMPUR: “Saya tak tahu langsung pekerjaan yang saya buat ini sebenarnya salah. Kalau saya tahu, saya tak akan ambil risiko untuk melakukan kerja ini,” kata ‘orang emas’ yang ditahan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan dalam satu operasi di Bukit Bintang, di sini, jam 9 malam kelmarin.

Dia yang mahu dikenali sebagai Elvis, 42, berkata menjadi ‘orang emas’ atau ‘Gold Man’ adalah sumber rezekinya dan pendapatan diperoleh agak memuaskan serta mampu menampung isteri dan dua anak berusia dua bulan dan tiga tahun yang tinggal di Ipoh, Perak. “Saya diberi jaminan oleh rakan bahawa pekerjaan ini tidak salah dan pihak berkuasa tidak akan mengganggu serta dijanjikan pulangan pendapatan dengan sekelip mata.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

13 August, 2011

Faezah Elai Bakal Jadi Pengantin Baru

DARAH MANIS...Faizah akan bernikah pada 9 September ini dengan lelaki pujaan hatinya juga seorang pengarah Heykal Hanifah.

PROFIL:

NAMA PENUH: Noor Faezah Elai
TEMPAT LAHIR: Gelugor, Pulau Pinang
TARIKH LAHIR: 16 Ogos 1982
USIA: 29 tahun
STATUS: Bujang
ADIK BERADIK: Anak sulung daripada tiga beradik
PENDIDIKAN: Diploma Fesyen, Universiti Teknologi Mara (UiTM)
HOBI: Mendengar muzik
KERJAYA: Pelakon, pengacara dan model
FILEM: Otai, Adik Manja Returns, Cun, Awekku Pontianak, Senjakala, Mantera dan Tanda Putera.

DRAMA: Antaranya, Cinta & Keadilan, Enigma, Cempaka Berbunga, Sitkom Puteri, Sutera Maya, Hartamas, Anak Mamak Menantu Mami, Dendam Kesumat, Asmara 1 & 2.

IKLAN: Kotex, Canon, Milo, Radox, Vanish dan Celcom.

HOS RANCANGAN: Mango TV (8TV), TV Trivia (TV3), Inspirasi Comel (RTM), Gegar U (Astro), Hypermarket Saga (TV9) dan Seri (TV3).

PENCAPAIAN: Best TV Look Elite Model Search 2006 sempena KL Fashion Week dan 50 Goergeous People bagi majalah Female.
“DIA seorang lelaki sejati,” kata pelakon semakin mencipta nama, Faezah Elai, 29, mengenai lelaki yang bakal dinikahi yang juga pengarah drama dan duda anak tiga, Heykal Hanifah, 38.

Ternyata wajahnya kelihatan sangat berbunga apabila bercerita mengenai tarikh pernikahannya yang dijadualkan berlangsung pada 9 September ini di rumah kelahirannya di Gelugor, Pulau Pinang.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

11 August, 2011

Jus Kurma Bersusu

Jus ni mesti korang suka, sedap sangat2,Sesuai untuk berbuka puasa
Bahan-bahan ( 1 family )

1/2 kotak susu segar Magnolia
10 biji buah kurma - dibuang biji dan dibersihkan (nak letak lebih pun boleh)
1 cawan airSuam2 kuku
beberapa ketul ais -
sedikit gula -

Cara-cara

Rendam buah kurma dalam air suam kira2 15 minit.
Kisar buah tersebut bersama airnya tadi hingga betul-betul hancur. Masukkan pula ais dan kisar lagi. Jika nak letak gula, masukkan sekali.
Masukkan susu segar dan kisar sebati.
Sedia dinikmat.

korang mesti cuba ni... sedap , selamat berbuka ye
www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati