Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)

15 July, 2012

KALAU SAYANG IBU, BACA LA, TAK LAMA PUN, 5 MINIT JE.

KALAU SAYANG IBU, BACA LA, TAK LAMA PUN, 5 MINIT JE.


 Orang kata aku lahir dari perut mak! (Bukan Org kata, memang betul)
 Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang Mak . ,
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku ,
Mak . Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .
 Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .

 Aku ada pasangan hidup sendiri .
 Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku . Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku . Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku . Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku . Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !

Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

 Renungkan :
 " Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , Bolehkah kau kirim wang untuk mak "
Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "
 Berderai air mata jika kita mendengarnya . Tapi kalau mak sudah tiada .
 " MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang mengimamkan solat JENAZAH ibunya !
www.tips-fb.com

10 July, 2012

‎6 Punca Cepat Lapar

6 Punca Cepat Lapar

(1) Minum terlalu banyak minuman manis- Hasil daripada kajian oleh University of California di San Fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh ‘menipu’ otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya.

(2) Makan makanan bertin- Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia sepertibisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.

(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi- Hasil kajian terhadap 6746 orang selama empat(4) tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil 300 kalori pada sarapan pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak dua (2) kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.

(4) Tidak makan sayur-sayuran- Khasiat di dalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali. (5) Tidak minum teh kurang gula- Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

(5) Kurang minum air masak- Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum makan anda perlu minum air masak terlebih dahulu.
www.tips-fb.com

05 July, 2012

Hukum Solat Dan Doa Pada Malam Nisfu Sya’ban

Hukum Solat Dan Doa Pada Malam Nisfu Sya’ban



Petikan Fatwa Fadhilah Mufti Mesir Prof. Dr Ali Jum’ah.


Terjemahan : Ibnu Juhan Al-Tantawi

Soalan :

Apa hukum melakukan solat dan doa pada malam nisfu Sya’ban seterusnya berpuasa pada siang harinya?

Jawapan :

Malam nisfu Sya’ban merupakan malam yang barakah. Terdapat sebilangan besar dalil yang menyebut tentang kelebihan malam nisfu Sya’ban daripada hadis-hadis (nabi S.A.W) yang saling menguatkan antara satu sama lain serta mengangkat (hadis-hadis tersebut) ke darjat Hadis Hasan dan Kuat (dari segi hukumnya).

Maka mengambil berat terhadap malam nisfu Sya’ban serta menghidupkan malamnya adalah sebahagian daripada agama yang tiada keraguan padanya. Adapun keraguan yang timbul adalah disebabkan pandangan terhadap hadis-hadis yang barangkali hukumnya Dhaif yang menceritakan tentang kelebihan malam tersebut.

Antara hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihannya :

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْها قَالَتْ : “فَقَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَخَرَجْتُ أَطْلُبُهُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ رَافِعٌ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ :يَا عَائِشَةُ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قَالَتْ :قَدْ قُلْتُ وَمَا بِي ذَلِكَ وَلَكِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ” – رواه الترميذي وابن ماجه وأحمد .

Hadis daripada Ummul Mukminin Sayidatina ‘Aisyah R.A telah berkata : “Aku telah kehilangan nabi S.A.W pada suatu malam, maka aku telah keluar untuk mendapatinya maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan perkuburan) Baqi’ sambil mendongakkan kepalanya ke langit.lalu baginda berkata : Wahai ‘Aisyah, adakah kamu takut Allah dan Rasulnya melakukan kezaliman ke atas kamu? Berkata ‘Aisyah : Bukan demikian sangkaanku tetapi aku menjangkakan kamu telah pergi kepada sebahagian daripada isteri-isteri kamu (atas perkara-perkara yang mustahak lalu aku ingin mendapat kepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah turunkan (malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa (yang dilakukan oleh hambaNya) lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani) Kalb.”

-Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.

Seterusnya,

عن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ ” – رواه الطبرانى وصححه ابن حبان .

Hadis daripada Saidina Mu’adz ibnu Jabal R.A bahawa nabi S.A.W telah bersabda : “Allah memandang pada kesemua makhluk ciptaanNya pada malam nisfu Sya’ban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kesemua makhlukNya melainkan dosa orang musyrik (yang menyekutukan Allah) dan dosa orang yang bermusuhan.”

-Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban.

Seterusnya,

عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ كرم الله وجهه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ” – رواه ابن ماجه .

Hadis daripada Saidina ‘Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yang demikian…sesiapa yang demikian …sehinggalah terbitnya fajar.”

-Riwayat Ibnu Majah.

Tidaklah mengapa seandainya membaca surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib secara terang-terangan dan beramai-ramai. Hal ini kerana termasuk dalam perkara menghidupkan malam tersebut dan perkara berkaitan dengan zikir ruangannya adalah luas. Adapun mengkhususkan sebahagian daripada tempat dan waktu untuk melakukan sebahagian daripada amalan soleh secara berterusan adalah termasuk dalam perkara yang disyariatkan selagi mana seseorang yang melakukan amalan tersebut tidak beri’tiqod (menjadikannya sebagai pegangan) ; bahawa perkara tersebut adalah wajib di sisi syara’ yang membawa hukum berdosa sekiranya meninggalkannya.

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : “كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ كُلَّ سَبْتٍ مَاشِيًا وَرَاكِبً” – متفق عليه .

Hadis daripada Ibnu Umar R.A telah berkata : “Nabi S.A.W akan mendatangi masjid Quba pada setiap hari Sabtu samada dengan berjalan ataupun menaiki tunggangan.”

-Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.

Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitabnya (Fathul Bari) :

“Di dalam hadis ini walaupun berbeza jalan-jalan pengriwayatannya menunjukkan kepada (hukum) harus mengkhususkan sebahagian hari-hari untuk melakukan sebahagian daripada amalan-amalan soleh serta melakukannya secara berterusan.”

-tamat

Berkata Ibnu Rajab Al-Hanbali di dalam kitabnya (Lathoif Al-Ma’arif) :

“Ulama’ di Syam telah berselisih pandangan dalam menyifatkan cara untuk menghidupkan malam nisfu Sya’ban kepada dua pandangan.

Pertamanya :

Adalah disunatkan menghidupkan malamnya secara berjamaah di masjid.

Khalid ibn Ma’dan dan Luqman ibn ‘Amir dan selain daripada mereka telah memakai sebaik-baik pakaian, dan mengenakan wangian serta mengenakan celak pada mata serta mendirikan malamnya dengan ibadah.

Dan Ishaq ibn Rahuyah bersepakat dengan pandangan mereka terhadap perkara tersebut dan berkata dalam masalah mendirikan malamnya dengan ibadah di masjid secara berjamaah : “Perkara tersebut tidaklah menjadi bid’ah.” Kalam ini dinukilkan oleh Harb Al-Kirmani di dalam kitab Masail nya.

Keduanya :

Sifatnya adalah makruh penghimpunan pada malamnya di masjid untuk melakukan solat serta bercerita dan berdoa. Dan tidak makruh sekiranya seseorang itu melakukan solat secara bersendirian. Ini adalah pandangan Al-Auzaie Imam Ahli Syam dan Ahli Faqeh dan ‘Alim.” -tamat

Kesimpulannya :

Maka menghidupkan malam nisfu Sya’ban sama ada secara berjamaah ataupun secara bersendirian sebagaimana sifat yang masyhur dikalangan orang ramai dan selainnya adalah perkara yang disyariatkan dan tidaklah menjadi bid’ah dan tidaklah menjadi makruh dengan syarat tidak menjadikan amalan tersebut sebagai suatu kemestian dan kewajipan.

Sekiranya amalan tersebut diwajibkan ke atas orang lain serta menghukum kepada mereka yang tidak mengikutinya dengan hukum berdosa maka menghukumkan dengan hukum dosa itu yang menjadi bid’ah kerana mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah dan RasulNya S.A.W. Inilah makna yang menjadikannya makruh sebagaimana pandangan para salafussoleh terhadap hukum makruh dalam menghidupkan malam nisfu Sya’ban. Adapun menghidupkan malamnya sebagaimana hakikat asalnya maka perkara tersebut adalah disyariatkan dan tidaklah menjadi makruh.

Sumber :

Majalah Minbar Al-Islam, keluaran tahun ke-(68), bil (8) Sya’ban 1430, m/s 136.



 ·  · Share · 11 hours ago

sumber facebook
www.tips-fb.com

04 July, 2012

Pernah lihat biji kurma?


Pernah lihat biji kurma? Ada 3 bagiannya yang dijadikan permisalan dalam Al-Qur’an. Penasaran?


Yang pertama: “Fatiil
Fatiil adalah benang tipis pada biji kurma yang terletak di sepanjang belahan biji kurma.
Allah berfirman:
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يُزَكُّونَ أَنْفُسَهُمْ بَلِ اللَّهُ يُزَكِّي مَنْ يَشَاءُ وَلا يُظْلَمُونَ فَتِيلاً
Artinya: “Apakah kamu tidak memperhatikan orang yang menganggap dirinya bersih? Sebenarnya Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya dan mereka tidak dianiaya sedikitpun.” (QS. An-Nisaa’: 49)
Yang kedua: “Naqiir
Naqiir adalah lubang atau noktah kecil yang terletak di bagian belakang biji kurma.
Allah berfirman:
وَمَن يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتَ مِن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُوْلَـئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلاَ يُظْلَمُونَ نَقِيراً
Artinya: “Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal shalih, baik laki-laki maupun wanita sedang ia orang yang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam surga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun.” (QS. An-Nisaa’: 124)
Yang ketiga: “Qithmiir
Qithmiir adalah selaput berwarna putih yang melingkupi biji kurma.
Allah berfirman:
وَالَّذِينَ تَدْعُونَ مِن دُونِهِ مَا يَمْلِكُونَ مِن قِطْمِيرٍ
Artinya: “Dan orang-orang yang kamu seru (sembah) selain Allah tiada mempunyai apa-apa walaupun setipis kulit biji kurma.” (QS. Faathir: 13)
Baik fatiil, naqiir maupun qithmiir, semuanya menunjukkan makna yang serupa yaitu sesuatu yang sangat kecil dan sepele.
Sumber: (Tafsir Ibnu Katsir, surat An-Nisaa’: 124)
Subhaanallaah, betapa tingginya balaghah Al-Qur’an. Untuk mengungkapkan sesuatu yang remeh dan sepele, tidak cukup menggunakan sebuah benda yang kecil, tetapi menggunakan bagian-bagiannya yang lebih kecil lagi. Allaahu akbar.
Penulis:



www.tips-fb.com

03 July, 2012

Makanlah kurma muda dengan kurma masak ada Manfaat dan Khasiat Kurma Muda (Balah)

Manfaat dan Khasiat Kurma Muda (Balah)


disamping khasiat khasiat lain hal ini penting juga bagi kita ( memakan kurma muda dan kering bersama-sama daripada kurma hijau dengan kurma masak. Kurma muda dingin dan kering, sedangkan kurma masak panas dan lembab. Dengan demikian saling menetralkan efek satu dengan yang lain) .

 Manfaat dan Khasiat Kurma Muda, ini topik yang saya tulis kali ini.

Nasa`i dan Ibnu Majah meriwayatkan dalam sunan mereka dari hadits Hisyam bin `Urwah, dari ayahnya bahwa `Aisyah berkata bahwa Rasulullah bersabda : "Makanlah kurma muda dengan kurma masak. Karena jika setan melihat keturunan Adam sedang makan kurma muda dan kurma masak, ia berkata,"Keturunan Adam ini akan bertahan dalam kebaikan sehingga dapat memakan barang yang baru dengan yang lama secara bersama-sama".

Dalam riwayat lain, Rasulullah bersabda,"Makanlah kurma muda dan kurma masak, karena sesungguhnya jika setan meelihat keturunan Adam memakannya, ia akan sedih dan berkata, "Keturunan Adam ini tetap hidup sampai saat ini sehingga mereka memakan yang baru dan yang lama secara bersama-sama".

Sebagian ahli medis Muslim berkata,"Rasulullah memerintahkan kaum muslimin untuk memakan kurma muda dan kering bersama-sama daripada kurma hijau dengan kurma masak. Kurma muda dingin dan kering, sedangkan kurma masak panas dan lembab. Dengan demikian saling menetralkan efek satu dengan yang lain. Kurma hijau dan kurma masak kedua-duanya panas, meskipun kurma masak lebih panas.

"Secara medis, lebih baik tidak memakan dua jenis makanan yang sama-sama berunsur panas atau sama-sama berunsur dingin. Hadits tersebut menunjukkan bahwa secara medis umumnya dapat dibenarkan untuk menetralisir efek obat-obatan dan makanan dengan obat atau makanan lainnya.

Kurma muda dingin dan kering serta sangat baik bagi mulut, gusi dan perut. Namun, kurma kurang baik untuk dada dan paru-paru karena teksturnya yang kasar. Kurma sulit dicerna dan tidak terlalu bergizi. Contoh lainnya adalah buah anggur muda.

Keduanya, kurma dan anggur muda mudah menyebabkan masuk angin dan perut kembung, terutama jika setelah mengkonsumsi kurma muda langsung minum air. Untuk menetralkan efek samping ini, orang harus mengkonsumsinya dengan kurma masak atau madu dan keju. Sumber : Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, 2008, Praktek Kedokteran Nabi, Hikam Pustaka, Yogyakarta.
www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati