Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

28 June, 2012

Kepentingan Sel Induk Tali Pusat Bayi

Assalamualaikum semua...Salam Sejahtera buat Non Muslim..
Bila akak baca tentang berita ni bagus...akak pun cedok la ..
nak kasi korang baca hal yang penting ni...
di cedok dari  WEB ni  .......http://pama.karangkraf.com


Kepentingan Sel Induk Tali Pusat Bayi



Tahukah anda bahawa isi tali pusat dan darah tali pusat boleh menyelamatkan anda, ahli keluarga mahupun orang ramai? Menerusi rawatan perubatan, sel induk yang terkandung di dalamnya berkemampuan menyelamatkan nyawa ribuan pesakit!

Darah tali pusat adalah darah yang berada di dalam salur tali pusat bayi. Ia boleh diambil apabila tali pusat tersebut dipotong iaitu sejurus selepas bayi dilahirkan. Secara umumnya, terdapat dua jenis sel induk yang boleh ditemui daripada tali pusat. Jenis yang pertama adalah Sel Induk Hematopoietic atau HSC (ditemui di dalam darah tali pusat). HSC adalah multipoten iaitu boleh membeza dan membentuk beberapa komponen darah seperti sel darah merah, sel darah putih dan platelet.

Oleh kerana itulah, darah di dalam tali pusat bayi adalah sumber sel induk yang sangat bernilai secara genetiknya untuk diri bayi itu dan ahli keluarganya. Selain darah tali pusat, HSC juga boleh ditemui dalam sum-sum tulang dan darah peripheral. Jenis sel induk yang kedua pula dikenali sebagai Sel Induk Mesenchymal (MSC). Berbeza dengan HSC, MSC boleh ditemui di dalam Jeli Wharton (isi tali pusat). MSC turut bersifat multipoten di mana ia boleh membeza dan membentuk sejumlah rangkaian sel-sel dan tisu seperti tulang, jantung, saraf, kornea lemak dan tulang rawan.

Masa kini, penyelidikan tentang sel induk semakin giat dijalankan dan telah terbukti mampu mengubati pelbagai jenis penyakit darah seperti leukemia, talasemia, lymphoma, aplastic anemia dan sebagainya. Pada masa akan datang, sel induk mungkin boleh digunakan untuk memperbaiki kerosakan otak atau saraf tunjang.

Umum mengetahui bahawa prosedur untuk mendapatkan sum sum tulang daripada penderma yang tiada pertalian darah (sekiranya spesimen yang sepadan ditemui) boleh menelan perbelanjaan sehingga RM100 ribu. Oleh yang demikian, darah dan isi tali pusat merupakan alternatif bagi sum-sum tulang dan darah peripheral dalam transplantasi (pemindahan) sel induk. Hal ini kerana HSC dan MSC yang akan dipindahkan kepada pesakit semasa pemindahan mampu untuk menjana sel dan komponen baru yang sihat.

Bagi golongan berisiko, menyimpan sel induk daripada darah tali pusat bayi adalah sangat digalakkan kerana sel-sel induk darah tali pusat ini mampu mengubati penyakit yang dialami bila mana ia diperlukan. Walau bagaimanapun, pada masa kini, orang ramai telah mula menyedari kebaikan dan kepentingan untuk menyimpan darah tali pusat dan isi tali pusat. Bagi mereka, ia tidak semestinya tertakluk kepada golongan berisiko sahaja.

Hal ini kerana dengan menyimpan sel induk daripada darah tali pusat, ia umpama insurans biologi bagi anak-anak dan keluarga yang mungkin dapat digunakan pada masa hadapan.

Sel induk bagi seseorang bayi itu akan menjamin padanan 100 peratus bagi dirinya sendiri sekiranya dia memerlukan pemindahan darah. Sel induk yang dimilikinya juga berkemungkinan sesuai untuk kegunaan ahli keluarga terdekatnya seperti ibu bapa, adik beradik dan saudara rapat (tertakluk kepada padanan sel). Namun yang demikian, peluang padanan yang sesuai semakin berkurangan bagi saudara-mara yang jauh.

Sama seperti prosedur perubatan yang lain, tiada jaminan 100 peratus yang boleh diberikan terhadap keberhasilan penggunaan sel induk darah tali pusat dalam menyembuhkan sesuatu penyakit. Ia banyak bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti kualiti darah tali pusat, peluang padanan, jenis penyakit, keadaan, umur dan tahap pesakit dan lain-lain.

Darah tali pusat dan isi tali pusat diambil terus daripada tali pusat bayi yang telah dipotong iaitu sejurus selepas bayi selamat dilahirkan. Proses pengambilan sel induk darah tali pusat ini adalah mudah, cepat dan selamat. Perlu diketahui, ia sama sekali tidak mengganggu proses kelahiran bayi. Malah, ia juga tidak mendatangkan kesakitan atau mengundang kemudaratan kepada ibu mahupun bayi. Secara teorinya, tiada had masa untuk menetapkan tempoh simpanan sel induk darah tali pusat tersebut. Apa yang pasti, darah tali pusat dan isi tali pusat yang telah diproses akan disimpan di dalam tangki simpanan fasa wap cecair nitrogen yang bersuhu ekstrem sejuk iaitu di bawah suhu 190 darjah Celsius. Sel di bawah suhu ini boleh disimpan untuk selama-lamanya sehinggalah ia diperlukan bagi tujuan pemindahan sel induk.
www.tips-fb.com

26 June, 2012

Tercekik Tulang Ikan

Assalamualaikum Warahtullah Hiwabarokatuhh
 akak nak cerita hari ni .. pasai akak tercekik tulang ikan termenung (Kembung).. orang kedah kata lekat tulang... punya la sakit.. terasa tulang tu bergerak-gerak kat kerongkong..

pastu cuba ikhtiar sendiri..telan nasi yang dikepal-kepal 5 ketul juga la.. tulang masih terlekat juga lepas tu.. ambil buah kurma dikebam-kebam pastu telan dekat 10 biji apa pun tak jadi lagi teruk lekatnya..badan dah berpeluh-peluh ,dah rasa macam sesak nafas,jantung betul berdegup laju.

aduhai!! lepas tu ikhtiar lagi , pergi dekat sinki jolok jari masuk kerongkong , pastu muntah habis semua nasi yang dimakan tadi, tapi tulang tak keluar juga, masih sakit terlekat kat kerongkong , mungkin dalam keadaan tulang tu melintang , begini rasanya orang lekat tulang dan akhirnya ikhtiar penghabisan, kalau tak keluar juga tulang tu memang Hospital sajalah tempatnya.

Telepon adek akak tanya pasal lekat tulang, dia sarankan akak pergi rumah mak mentua dia, akak kata ok saja lah org sakit, apa-apapun ikut saja. jam dah pukul 2.00 pagi , sampai je terus minum air penawar yang dah siap dijampi, minum jer rasa kurang skit sakit, dan rasa longgar skit tulang tu, taklah macam tadi.

lepas minta makcik tu jampi kat air mineral sebotol terus balik dan minum air penawar tu lagi, dan boleh pulak lena tidor. bangun je diwaktu subuh rasa sakit skit2 lagi, akak masuk dalam bilik air jolok jari dalam kerongkong bagi muntah lagi, muntah dan muntah dekat sejam juga la.. akhirnya keluar dia, dekat i inci tulang tu panjang, keras pulak tu. Tapi Alhamdulillah syukur ,Semuanya selamat.

 hari search cari pasai lekat tulang ni... dan dapat lah Tips-tips dan doa-doanya seperti dibawah ni.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

25 June, 2012

Benzoyl Peroxide untuk memutihkan tepung gandum

Cerita Pasal Tepung gandum...

akak selalu guna tepung untuk buat kueh kiranya boleh dikatakan tiap2 hari juga la... tapi bila akak jumpa cerita ni... baru la akak tahu ... dah banyak rupa akak makan tepung yang di bleached kan ni..
.
patut macam2 penyakit ada kat akak ni... sedihnya... kenapa kerajaan kita tak sekat pengeluaran benda2 yang merosakkan dan memudaratkan rakyat... selepas akak kena cari tepung yang takde Benzoyl Peroxide ni... bukan akak sorang je... korang pun samagak ye..
berhati2 beli tepung... memang putih melepak... tapi macam baju putih yang telah di cloroxkan .
dibawah ceritanya... akak dapat dari web Halakah

Mungkin tepung HPA ni elok agaknya.. sebab kekuningan..

 tapi perhatikan dulu takut2 ada juga BENZOYL PEROXIDE (BP)
Kenapa Tepung Gandum berwarna putih?

 Semalam saya pegi belek2 tepung gandum yg ada di pasaraya. ada lebih kurang 4 jenama..cuma 1 jenama jer yg takde tertulis Benzoyl Peroxide.

Brand 'Bunga Cempaka'..saya letak sebelah menyebelah dgn tepung gandum jenama lain, mmg warna tepung bunga cempaka ni perang sikit...dan paling best, harga di pon murah rm1.35 jer berbanding cap Sauh yg saya selalu beli, rm2.++ dpt email dr En Sirajuddin...

Hidup lebih sihat tanpa tepung gandum putih (bleached). Assalamualaikum wbh Beberapa bulan kebelakangan ini saya memang tersangat sibuk dan memenatkan. Insya-Allah hujung November saya dapat berehat dan dapat menulis lebih banyak artikel.

 Dua hari lepas alhamdulillah saya dan isteri dapat berkunjung ke rumah kakak sulung saya. Kakak saya ini sudah uzur maklumlah usia sudah melebihi 60 tahun. Abang ipar saya sudah berusia 68 tahun tetapi alhamdulillah kelihatan masih segak. Kakak dan abang ipar saya ini tinggal di Felda dan menjalankan kedai runcit di hadapan rumahnya. Dalam kunjungan saya kali ini, saya terserempak dengan satu pasangan yang juga bertamu ke rumah kakak saya ini. Pasangan ini dari kalangan orang berada berjawatan besar dan memandu kereta mewah. Apa yang ingin saya ceritakan di sini ialah berkenaan tetamu sang suami.

Sang suami yang saya namakan Mr Y ini adalah orang penting di salah sebuah kilang pengeluar tepung gandum. Dengan kesempatan yang diberikan Allah SWT ini, saya mengambil peluang untuk bertanya berbagai soalan berkenaan tepung gandum. Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

24 June, 2012

Bicara Selepas Keluar Wad...Doakan akakcepat sembuh

Asssalamualaikum semua, harap2 semuanya sihat2 ye... lama juga akak takde pos baru... bukan Bz Pun... tapi ujian dari Allah untuk akak... akak terkena sakit Barah kelenjar...
gambar search Google.. Contoh macam ni bengkak akak tu

besar macam ni juga.. tapi merah sebab dah jadi nanah

 Meh akak crita skit ye... kalau korang sudi nak baca2 ...tak salah baca je la..kalau org tak sudi ..akak tak leh nakbuat apa2... hehehe
Masa mula-mula akak rasa sakit leher, pastu panas-panas lak leher, dah tu sakit bertambah-tambah, akak pun p la Poliklinik mahkota, dekat dengan rumah akak ni la...

 Pastu Doktor tu chek ..dia kata bengkak skit je.. dalam3 hari surut la.. makan ubat dia gerenti elok dia cakap.. akak pun makan lah dalam 3 hari, tengok bengkak tu lagi besar adalah , pastu tempat bengkak tu jadi merah,sakit ,pedih pastu panas lak hanya tuhan yang tahu.. tak baik juga p pulak ambik ubat tambahan lagi.

 pastu pun tak baik lagi juga akak p cari ubat kat Farmasi .. macam tu juga ..tak mau surut2 bengkak tubetambah-tambah lagi besar..
 lepas akak pun dah tak selera nak makan dan minum,hilang selera ,perut pedih nak makan tapi mulut tak leh nak terima , org sakit la kan. Allah dah tarik semua nikmat makan yang dia bagi sementara.

 Akak cuba p pulak cara tradisional, orang tu cakap yang akak jadi tu BARAH... bukan bengkak kelenjar biasa, dia cakap dalam bengkak tu ada nanah, terkedu akak, dah la sakit tak tahan lagi, nangis teresak-esak dah tak peduli dah, kalau tahu Barah awal-awal akak dah p Hospital.

sakit tak tau apa nakcakap, macam2 berzikir dalam hati, macam2 ayat2 akak baca supaya akak tabah dan meredakan sakit sendiri, tapi bengkak tu dah melarat dan besar sebelah leher akak tu penuh. badan dah semakin lemah, 4 dah tak makan, tapi akak bernasib baik cik abg akak macam suami mithali, dia rebus moi suap akak makan skit2, ambik cuti jaga bini dia brhari2, kira2 sebulan juga dia tak kerja.

 Akak ambik keputusan pergi Hospital , Bedah Jer. dan akak pilih Hospital Swasta PMC ( Putra Medical Centre) , sampai jer terus dia chek pastu terus kena masuk Wad, terus akak ditolak bawa p chek jantung, tekanan darah, jenis darah , kencing manis darah tinggi , semua ada.

 Pastu hari tu juga akak dibawa masuk mesin scan yang dipasang ubat, seribu lebih scan tu saja ,tak kisah apa pun janji akak cepat baik, duit boleh dicari. esok paginya akak dah ditolak masuk bilik bedah, macam2 lah akak baca dalam hati, tapi lepas dia org cucuk ubat pengsan tu, apa satu pun tak ingat, sedar2 dah siap. Alhamdulillah hidup lagi....
Allah masih lagi panjangkan umur akak.......Syukur kehadratmu Ya Allah...Alhamduliilahh...

 lepas tu tiga hari ...tidur je.. sedar jap ..celik mata jap..pastu tidur lagi... masuk hari keempat doktor katadah boleh balik... balik kat rumah pun keje tido juga.. pasal leher dah bedah tak leh nak angkat.. sakit juga la.. tapi takla sesakit masa sebelum bedah..

 Dan masuklah dalam agenda makan berpantang, hanya boleh makan ikan termenung bakar atau rebus sajahinggalah sekarang....Alhamdulillah tu dah ok..Kira boleh juga makan walau pun tak semewah makan diwaktu akak sihat dulu.. .

Itulah sejarah akak...kira dah sebulan laa.. akak dibedah... rasa macam dah mati pastu hidup semula... YaAllah... Semuanya diatas Kuasamu... Alhamduliillah...syukur kehadratmu Ya Allah.. engkau yg memberi ku sakit engkau jugalah yang menyembuhnya..

doakan akak cepat sembuh ye.. Insyaalllah... lepas ni akak dapat meneruskan berblog.
www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati