Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

07 April, 2010

Nak buat Somtam Dah Ni ( Jom Kita Beli Bahan-bahannya )

Memang sedap Somtam ni , Korang Mesti nak lagi kalau dah rasa sekali,
saya minat makan Somtam ni , Boleh juga di makan dengan nasi ,
atau makan terus cam tu je....









Bahan-bahan utamanya ,
Buah Betik Yang Muda ( potong buang kulitnya di sagat atau di potong halus memanjang )
Atau Buah Mempelam ( Mangga) Muda juga ( sama juga di sagat atau dipotong memanjang)
Atau Kulit Tembikai ( sama seperti betik dan mempelam cara memotongnya )
( Pilih Ye Nak masukkan yang mana satu atau dua jenis, atau semua pun boleh )
ikut suka hati ye...
kalau satu pun ok gak...








ni Bahan-bahan yang kedua , Ketiga , Keempat,
Kangkung ( di potong cam nak buat sayur ( yg suka cuci bersih je ) yg tak suka mentah celurlah skit ye..
Atau Kacang Panjang, ( dipotong cam nak buat sayur gak )
Atau Caroot ( di sagat atau di potong memanjang )
nak masuk dua bahannya kacang panjang dan caroot pun ok..
atau nak masukan kangkung dengan caroot pun ok...
atau nak masukkan semuanya pun boleh lagi meriah warna warni.
cili tu mesti wajib dah yang tu... agak-agak cili tu ye.. kalau nak pedas lebihkan skit..







ni bahan-bahan yang keLima , Ke Enam,
kacang tu pilih samada nak masukkan gajus atau kacang goreng ( atau dua-dua sekali )
saya suka kacang gajus lemak berkerim dia , ditumbuk kasaq-kasaq skit...
kalau tak dak guna kacang goreng cam biasa la...
boleh juga kita masukkan sotong kering ,
atau udang kering atau boleh juga kita bilis yg lembut tu.(ikan bilis bulu ayam )






ni bahan-bahan yang ke Tujuh, KeLapan, Ke Sembilan, Ke Sepuluh,
Limau nipis mesti nak guna , ( perah ambik airnya )
kalau takda limau nipis limau kasturi pun ok.. lagi sedap la..
bawang putih,nak di tumbuk bersama cili ) bawang merah ( di potong-potong ).
tomato pilih la yg apa jenis pun takpa..
tomato kecik ke, tomato bulat ke, tomato bujur ke, tomato ceri ke, asalkan tomato...















ni bahan-bahan yang ke Sepuluh,
Nam Pla ( Sos Ikan ) , boleh pilih jenis mana yg korang nak ...
beli jer kat kedai berhampiran yg buatan malaysia kalau boleh...
macam2 jenis ada, pilih yg anda suka ,
Nam Pla Siam boleh beli tapi takut was was .. memang takda sijil halal la kan...










ni bahan-bahan yang ke Sebelas Dan Dua Belas ,
garam sikit saja , sebab sos nya dah masin ,
gula boleh guna gula putih...
atau gula kabung kata orang lagi sedap..
sebab gula kabung kita boleh gunakan untuk mengantikan Ajinomoto...

pasni cheq boh resepi dia lak no..
www.tips-fb.com

06 April, 2010

suka tak korang makan Somtam

Somtam ni asalnya dari Thailand
kira macam makanan kegemaran orang orang Thai la..
di sebabkan somtam ni hanya guna sayuran mentah lebih kurang cam kerabu je...
orang yang suka makan sayuran dan ulam ulaman cam saya ni amatlah suka ...
kerana saya suka makan banyak ulam ulaman yang mentah..

meh kita perati gambar gambar somtam ni...mesti korang terliur...




















kat negeri lain tu saya tak berapa pasti dia orang suka ke tak ye ..
tapi bagi orang sebelah Alor Setar, Pokok Sena, Kuala Nerang , Kubur Panjang , Jitra , Pendang, Dan Lain lain tempatlah .. kira orang kedah lah... boleh dikatakan semua suka mkn...

kut sebelah kampung saya ni....... kalau kenduri je..
siap ada menu somtam sekali...

hehehe dah pun dok dekat sempadan ...
makanan orang sini lebih kurang ja.. ngan orang-orang thailand..
apa lagi Pribumi kat Pendang ni..
boleh dikatakan Siam ngan melayu 50% - 50% ...
sama ramai ja... cakap harian pun dah cakap siam ....
dah jadi bahasa harian orang-orang kat sini dan kawasan yang sekitar dengannya...

ok lepas ni kita blajar buat somtam lak ye... siap ngan resepinya nanti...

sebelum nak buat korang kena cari bahan bahan nya dulu...
www.tips-fb.com

05 April, 2010

Be Happy Nuff

salam untuk semua ye..
saja nak letak semangat untuk klik nuffnang kat kawan-kawan semua..

pendapatan minggu pertama saya sejak dah seminggu bergelar ahli
( Membership status : Glitterati. [read more about glitterati] )

kus semangat ...
bleh juga tambah pendapatan sambil online ni...

jom tengok ye..





































saya baru nak belajar je kan..stakat ni je la pendapatan orang baru..
tapi ada orang dapat lagi besar..
ada org lama satu kliknya berpuluh juga .. tul tak sifu-sifu...

meh la sifu-sifu Nuff ajar kita org skit ye.. kongsi-kongsilah Pengalaman ye...
ajar camne nak dapat lebih klik dah lebih pendapatan...):: tq
Alhamduliilah... ada juga online sambil klik-klik and klik ni kan..
www.tips-fb.com

04 April, 2010

Minuman Pagi Yang Mengenyangkan juga...

Pagi ni kita minum Nestum..
Bijiran yg baik untuk tarikkan semua lemak2 dalam badan..
sebab dia makanan yg berasaskan fiber , serat yg tinggikan...
bagus untuk diamalkan setiap pagi..
sebelum makan benda2 lain..














Minum nestum Sambil On Pc
Kira Sambil Online la kan....

Skit sajalah letak gambar Nestum ni..
Kalau Nak Ikutkan banyak jenis lagi ..
tak muat page lak satgi.. hehehe

nestum and oat adalah berlainan..
walaupun kedua2nya adalah adik beradik bijirin,
oats adalah sejenis grain cereal..
manakala nestum pula adalah wheat cereal...
tapi dari segi khasiat, oats jauh lebih baik...
oats mampu mencegah penyakit jantung dan tekanan darah tinggi dgn mengurangkan kadar cholesrol..
nestum juga mampu bertindak begitu tapi kurang pantas berbanding oats..
terdapat 2 jenis oats, iaitu Oatsmeal dan Rolled oats..
kebanyakan yg dicampur di dalam bijirin sarapan di pasaran ialah rolled oats..
oatsmeal pula bole didapati pada produk quaker oats..
tapi khasiatnya sama sahaja..
cuma oatsmeal lebih bagus sbb kuantiti yg bnyk..

sekarang ni dah ade Nestum Oats.. so senang la..

layan je la ye... ):
www.tips-fb.com

03 April, 2010

Kata Mutiara Islami tentang Cinta

Photobucket

Kata cinta, menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, merupakan wakil dari perasaan kasih, sayang, atau rindu yang sangat dalam. Namun dalam konteks atau kadar kalimat tertentu, ia boleh juga mewakili perasaan sedih.

Cinta adalah salah satu sumber kekuatan unik dalam diri manusia. Ia menjadi tenaga penggerak hati dan jiwa yang akan menghasilkan sikap, perbuatan dan perilaku. Cinta boleh seperti yang terurai dalam sebait sajak dari filem yang laris .

Tasbih Cinta :

Cinta adalah kekuatan yg mampu
mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibah.

Namun demikian, cinta pun boleh menghasilkan perubahan yang sebaliknya:
mengubah mawar menjadi duri, dan seterusnya.

Hal yang demikian boleh terjadi karena cinta bersemayam di dalam hati yang bersifat labil. Seperti sabda Rasulullah saw. hati itu bersifat mudah terbolak-balik bagaikan bulu yang terombang-ambing oleh angin yang berputar-putar. Sebagaimana amal-amal dan perilaku kita yang senantiasa bersumber dari niat dan motivasi di dalam hati, maka cinta pun boleh mewujud dengan dasar niat yang beraneka rupa. Ada cinta yang tulus, penuh kerelaan. Namun ada pula cinta yang penuh duri dan racun. Ada cinta yang merupakan buah keimanan dan ketaqwaan. Namun ada pula cinta yang berlandaskan nafsu hina.

Bagi seorang muslim dan beriman, cinta terbesar dan cinta hakiki ialah cinta kepada Allah. Bentuk cinta dapat kita wujudkan dalam berbagai rupa tanpa batas ruang dan waktu dan kepada siapa atau apa saja asalkan semuanya bersumber dari kecintaan kita kepada Allah dan karena menggapai ridha-Nya.

Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. (Al-Baqarah: 165)

Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (ikutilah Muhammad saw.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. (Ali Imran: 31)

“Tali iman yang paling kuat adalah cinta karena Allah dan benci karena Allah.” (HR. At Tirmidzi)

http://www.al-habib.info/ www.tips-fb.com

02 April, 2010

Coleslaw Ringkas ( Resepi )









suka makan Coleslow Punya Pasal...
lalu saya pun search la cari resepi..
cari punya cari...banyak gak jumpa...
tapi suka yang ni ...hehehe ( ciplak lah resepi ni )...
nampak ringkas dan sedap ...
http://www.myresipi.com ni la web dia....

ringkas, mudah dan sedap. dia yang kata...
Bahan-bahan ( 4-5 orang )

Bahan-bahannya

200gm kubis segar (dicuci dgn air garam dan dihiris halus).
1 biji bawang besar jika suka (dipotong dadu kecil sama gak )
1 batang lobak merah (dihiris halus )
4 sudu besar mayonis (guna ja mayonis Jenis Apa pun Takpa)
1 sudu kecil cuka makan ( skit ja satgi masam lak )
sedikit daun sup (jika suka)
garam dan gula secukup rasa( Biar Sedap Rasa )
susu tepung ikut suka ( ni saya tambah )
kalau guna blen agak-agak je ye jgn laju sampai jadi bubur lak.. dua tiga kali pusing dah la..
( Ni Saya Tambah )

Cara-caranya

Gaulkan rata2 semua bahan di dlm satu bekas.

Simpan di dlm peti sejuk( seeloknya dalam masa 12 jam - ni saya tambah )
biar sebati dan nampak sosnya cam basah sblm dihidangkan. ( ni saya tambah )
coleslaw akan matang dan siap dimakan selepas 12 jam disejukkan , tanda coleslaw matang apabila nampak berair dan rasa smooth tapi kalau tak sabar hemtam ja la labu..hehehe sendiri kata la ni...
kalau tak nak pakai cuka pakai air limau nipis ye.. tapi jgn lebih2 masam lak... skit je
potong sayur elok2 ye..
jgn terkena jari lak...
pastu masuk darah makan jadi lak bersiong . hehehe
seeloknya kita guna bekas tuperware yang bertutup rapat ye (sendiri tambah gak )
jom kita cuba... tengok sedap tak...
kalau tak sedap..
kita cari resepi lain pulak laaa...

www.tips-fb.com

01 April, 2010

Siapa Suka makan Coeslow ( Coleslaw )














saya suka makan benda ni...
siapa lagi yang suka ye..
alahai sedapnya..

kalau setakat bekas kecik tu..
rasa cam tak cukup...
kalau boleh yang bekas besar....
kenyang dan puas makan....

sesiapa ada resepi coleslaw yang sedap ...
mai la syer skit...

meh tengok gambar coloeslaw ni...
mesti semua terliur ni...
gerenti nya....
hahaha ...













































macammana... terliur tak....
sedapp... www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati