Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

11 January, 2012

Batu jalan hablur emas

JOHOR BAHRU: Ratusan individu bakal bergelar jutawan sekiranya puluhan ketulan batu didakwa bersalut hablur emas yang dikumpul keluarga masing-masing sejak empat hari lalu di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee disahkan emas tulen.
GEMBIRA...Rawi Ilias menunjukkan batu untuk membaiki jalan yang mengandungi hablur emas.

Setakat semalam, kumpulan berkenaan tinggal selangkah lagi untuk bergelar jutawan selepas wakil pemilik kedai emas yang beroperasi di sebuah pusat beli-belah di Tampoi mengesahkan ia emas tulen.

Penduduk memaklumkan, mereka mendapat kerjasama wakil kedai emas berkenaan yang datang ke lokasi dan melakukan pemeriksaan ke atas ketulan batu itu, kelmarin.

Hasilnya, wakil berkenaan mendakwa ketulan batu diselaputi warna kuning tua itu adalah emas tulen yang mempunyai gred terbaik.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

10 January, 2012

Warga Malaysia kahwin warga asing harus daftar perkahwinan dengan JPN

GEORGE TOWN: Warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing harus mendaftarkan status perkahwinan mereka supaya anak mereka mendapat status kewarganegaraan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong.
Katanya menurut statistik perkahwinan yang didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), lebih daripada 10 peratus perkahwinan berdaftar melibatkan perkahwinan dengan warga asing.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan sijil kewarganegaraan kepada seorang pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa, Jonathan Loo Shon Sheuan, 15, di sini hari ini, beliau berkata statistik itu menunjukkan setiap 10 perkahwinan berdaftar, terdapat lebih daripada satu pasangan melibatkan warga asing.

"Antara warga negara asing yang banyak berkahwin dengan warga tempatan termasuklah dari Vietnam, Indonesia dan China," katanya.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

07 January, 2012

Mak Akak Penat ( Asma ) Kena masuk hospital lagi laa... doakan mak akak cepat sembuh ye..

mak akak masuk hospital lagi.. berulang alik kehospital pulak la kami...apa nak buat... terima ja la.. dah pun mak kita... sapa lagi yang nak bertanggung jawab... tlong doakan mak akak cepat sembuh ye... aminnn .. tq

Inilah gambar mak kami yang memang dah kurus pastu bertambah kurus hanya tingal tulang ngan kulit je

ni akak nak curah perasaan skit ni...dalam 6 orang anak mak akak ni.. hanya kami 4 orang je yg bergilir2 jaga mak... yang sorang dok jauh.. payah nak balik... yang sorang tu ..tak tau nak cakap.. rumah dekat je ngan Hospital Sultanah Bahiyah tu... tapi buat2 tak faham2... kita kita ajak buat shif jaga mak... tapi dia kata dia sibuk la... apa la...bla bla laa.. alahai dek oii..kena ingat dek oiii kau anak lelaki... kena bertanggung jawab jaga mak ... syurga dibawah tapak kaki ibu... bukab di bawah tapak kai bini... ( ni akak luah perasaan ni... bukan apa... kita siang malam, tidoq pun dah tak tau kemana, kepala naik pening, pusing siap muntah2 tak ckup tidoq... dok ulang alik kehospital ... dia sedap2 je tidoq peluk bini.. apa kess..
www.tips-fb.com

04 January, 2012

Untuk amalan bersama, moga bermanfaat.

Jom kita share ...

Berita Selanjutnya Zaharuddin.net
Untuk amalan bersama, moga bermanfaat.
www.tips-fb.com

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK).

Akak ada amalkan ayat ni... jom kita pakat2 amalkan... demi untuk keselamatan diri kita

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;
(Klik disini untuk mendengar bacaan doa ini)

Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;


1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.
Berita Selanjutnya di harun din web
www.tips-fb.com

02 January, 2012

Terkena Getah Ngan Yun Nam Hair Cair.....

tak tau camne nak cakap ... akak tengok iklan kat tv... pastu akak search cari web dia... dia offer kasi free percubaan... punya la excited nak cuba... pastu akak p la cuba yang free tu.... dan lepas tu ... cam kena getah plak.. pasal percubaan tu... kena sign up untuk buat pakej... tak nak dah... saja nak cuba je pada awalnya...
akhirnya kena paksa anbik pakej.. dah la mahal ribuan.. konon offer untuk pasangan... pastukan dengan hati yang kelat kena bayar... pastu p buat rawatan pakej tu... baru dua kali buat ... dia offer tambah pakej lagi... kita kata takmau nak tengok hasil dulu... dia paksa juga ..salegirl tu kata kalau takmau pakej yang ditawarkan selagi tu dia tak akan buat rawatan tunggu sampai kita setuju.. alahai pening tui... cam kena getah je...

rasa cam nak penampar penerajang salegirl tu... salah plak nanti... mau takmau terima juga dengan hati yg kelat lagi.. kena letak duit temapahan .. walaupun yang awal blum nampak hasil... pening gak ni...

mai korang tolong akak camne nak buat ngan YUN NAM HAIR CARE NI...akak rasa nak perabih pakej yg mula2 pastu cau... tapi kalau kita p dia dok paksa kita ambik pakej baru .... rasa macam nak repot kat Persatuan penguna plak... berbaloi tak kalau akak report kat persatuan penguna ..

NYESAL PUN ADE NI... TAPI KALAU KENA ASYIK RIBU2... ADUHAI...

akak rasa kalau korang ada rasa nak cuba ... lebih baik tak payah ye... ubat pun lebih kurang dengan ubat tradisional tok nenek kita buat je kut... cuma dia buat canggih dan komersial skit jee.. jangan terkena getah cam akak ni..

memang Yun Nam pandai strateginya... dia letak pompuan cantek2 ..kurus2 , lawa2, comel2... nak tarik perhatian... dan dia org ni dah diajarkan cara2 nak tarik pelangan... dengan macam2 cara... tempat dok VIP.. alatan moden....kita org tak perempuan tak kisah sangat...  org laki2 lain macam kut rasanya... dengan pujukan dan rayuan dia orang  tu... agak2 laa... hehehhe jgn marah ye paknye...

YUNNAM YUNNAM

www.tips-fb.com

01 January, 2012

Makanlah Budu Sebelum Terlambat !

sedapnya budu... sapa tak suka makan rugi looo.... hehehe


sedapmyaaaa.... terliur tak

Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Kelate. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”. Budu berpotensi untuk melawan
radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh.

Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati