Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)

16 June, 2010

Amalkan budaya nasihat

Amalkan budaya nasihat
JANGAN menjadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. - Gambar hiasan

Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul.

DALAM menempuh kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Pelbagai faktor boleh dikaitkan dalam melakukan kesilapan, mungkin kerana lupa, terlepas pandang, tidak disengajakan atau tidak mendapat maklumat yang cukup.

Oleh itu, amalan nasihat menasihati dalam kehidupan merupakan salah satu cara untuk mewujudkan keharmonian hidup. Rasulullah s.a.w menegaskan dalam sabdanya yang bermaksud: 'Agama Islam itu nasihat. Kami berkata bagi siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagi Allah dan kitabNya (al-Quran) dan Rasul-Nya (Sunah-Nya ) dan bagi para Imam (ketua kaum Muslim), serta bagi orang ramai' - hadis riwayat Muslim.

Dalam konteks yang lebih besar, amalan nasihat menasihati merupakan tanggungjawab seorang Muslim terhadap yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: 'Hak dan tanggungjawab seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada enam. Jika anda bertemu maka ucapkanlah salam kepadanya dan jika anda dijemput maka hendaklah memperkenankannya, dan jika dia meminta nasihat maka nasihatilah dia dan jika dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah maka doakanlah dia semoga dia dirahmati Allah dan jika dia sakit maka ziarahilah dan jika dia mati maka iringilah jenazahnya hingga ke kubur' - hadis riwayat Muslim. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: 'Tugas Aku (Nuh) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah kamu, sedang aku mengetahui melalui wahyu dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahui' - surah al-A'raf:62.

Amalan hidup nasihat menasihati merupakan tuntutan dan beberapa perkara berkaitan perlu diberi perhatian. Dalam memberi dan menerima nasihat, kita perlulah bersifat positif, tidak terburu-buru, tidak buruk sangka, sentiasa menyelidik dan mengelakkan diri daripada sifat dendam. Allah s.w.t mengingati dengan firmannya yang bermaksud: 'Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan, sesungguhnya sebahagian sangkaan itu dusta' - surah al-Hujurat :12. Talhah bin Abdul Rahman bin Auf, seorang dermawan Quraisy ditegur oleh isterinya yang berkata: "Saya belum pernah jumpa teman-teman seburuk teman-temanmu.

"Kalau kita senang, semua datang menemui, sekarang bila kita susah, tiada pun mereka datang menemui kita." Jawab suaminya: "Sifat inilah yang patut dipuji, sebab mereka tidak menyusahkan kita."

Seorang ibu bapa tidak boleh tidak untuk sentiasa memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ini merupakan satu kewajipan yang perlu dipikul dalam mendidik anak-anak. Namun apa yang tidak disukai oleh anak-anak adalah amalan sikap suka meleter yang tidak bertempat. Amalkan sikap menjadi pendengar yang teliti dan aktif. Hidupkan suasana dan naluri bertanya (dua hala) dan elakkan mencari kesalahan serta carilah perkara yang baik dan positif.

Dalam keadaan tertentu, bukan semua orang suka mendengar nasihat. Namun sifat yang baik apabila diberi nasihat, cubalah jadikan diri sebagai orang positif dalam menerima nasihat. Dalam nasihat, ada terkandung alternatif yang perlu dipilih untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Apa yang penting dalam amalan nasihat menasihati ialah semangat dan amalan silaturahim hendaklah terus terjalin.

Jangan jadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmannya yang bermaksud: 'Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali (agama Islam) Allah dan jangan kamu bercerai berai.' - surah al-Imran:103.
berita di petik dari kosmo
www.tips-fb.com

15 June, 2010

Demam Bermusim

salam semua..

ni namanya demam bermusim kut ...
abis satu rumah demam .. beringus lagi .. sakit kepala lagi.. virus ke..dekat seminggu dah ni.. bersambung2 .. belum kebah lagi ..

alahai .. takutnya... mukim demam cheq dan sekeluarga besebab ...

tapi kan demam tukan .. ujian Allah untuk kita jugkan .. bersabar je la ye..

Tanda dan gejala
1. Badan panas bila disentuh
2. Pernafasan meningkat
3. Muka menjadi merah
4. Tidak aktif dan lemah, sentiasa mahu tidur
5. Resah gelisah
6. Tiada selera makan
7. Menggigil

sebenar cheq takda ideank update ni... boh je kisah demam ni..dh demam la katakan ..hehehe rindu lak nak berblog ni ..tapi ni je laa hsilnya..

semua kawn-kawan doakan cheq cepat sembuh no..
www.tips-fb.com

11 June, 2010

Terima Kasih Nuffnang , happy ni dapat Cek bayaran Pertama Dari Nuffnang

inilah rupa cek pertama tu..


Dah tiga hari dahdapat cek ni..tapi tak sempat nak scan letak sini... dah dua bulan tertunggu-tunggu.. akhirnya dapat juga duit dari nuffnang...biar pun tak seberapa tapi menyuntik semangat gak sebagai penambahan duit poket..terima kasih Nuffnang.. kalau boleh nak minta bonus lebih dari nuffnang ni..tapi tak tau cara nak buat dapat duit lebih skit tu.. hehehhe..
www.tips-fb.com

10 June, 2010

Dapur Adalah Tempat Yang Mudah Mengutip Pahala


Dapur Adalah Tempat Yang Mudah Mengutip Pahala

Dalam Islam Kita , tugas yang paling mudah mendapatkan pahala ialah bila kaum wanita memasak di dapur, lalukan dengan ikhlasnya seikhlas hati, " HATI YANG BERSIH DI TEMPATKAN MAKANAN YANG BERSIH" ingatkan ia sebagai satu ibadah. kena ada ada keikhlasan dan kesabaran semasa memasak , lakukan dengan jujur.

jangan lupa baca bismilah, selawat, zikir-zikir yang patut kita baca di masa kita memasak, setiap biji-biji beras dan nasi itu , berzikir , bertasbih, bertahmid kepada allah untuk kita, apabila orang memakan makanan yang kita masak itu, kita akan diberi ganjaran pahala .

contoh seorang isteri , memasak kepada suaminya, lakukan dengan ikhlas insyaallah bila suami dan anak2 kita makan benda yang suci, insyaallah semuanya akan elok, saling hormat menghormati, anak2 akan menjadi anak2 yang baik, tak rugikan kita berkorban masa untuk memasak untuk keluarga, jangan biarkan orang gaji memasak untuk setiap santapan keluarga kita, gunakan peluang itu untuk kita beribadah sambil memasak untuk keluarga yang kita sayang dengan air tangan kita sendiri. insyaallah semuanya akan elok2 belaka.

inilah tips mendapat pahala yang mudah, bagi kita seorang wanita.
www.tips-fb.com

07 June, 2010

Memenangi hati wanita

Memenangi hati wanitaorang lelaki meh baca ye.... banyak tip ni.....

WANITA sentiasa ingin didampingi secara emosi.
BIARPUN wanita sinonim dengan hati yang rapuh, mudah dipujuk rayu dan terlalu cepat melatah, namun terdapat lima tip utama untuk memenangi hati wanita yang mampu berikan kasih sayang yang ikhlas dan jujur kepada seorang lelaki.

Berikut adalah beberapa tip daripada Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali.

Jadi seorang lelaki sejati

Tidak perlu tampil gagah perkasa tetapi maksud sejati yang diidamkan wanita adalah berperwatakan menarik, sedap mata memandang, senang bergaul dan pandai mengambil hati.

Bukan dengan selalu memuji dan bukan juga tidak boleh mengeji tetapi berpada-pada. Katakan dan luahkan yang benar, bukan menyembunyikan fakta hingga yang dusta mewujudkan duka.

Lelaki sejati idaman wanita juga bermaksud anda mampu menjadi ketua, bukan mengarah itu ini sebaliknya ketua yang mampu melindungi.

Fitrah wanita ingin dijaga kebajikan dirinya dan bukan dia yang perlu menjaga. Wanita juga ingin didominasi oleh lelaki, bukan wanita yang perlu tentukan segala keputusan sehari-hari tetapi didominasi lelaki bukan sampai hak wanita untuk bersuara diketepikan.

Lantaran, lelaki sejati idaman wanita ialah mampu bertoleransi, bersikap terbuka dan boleh menerima pendapat dan saranan wanita.

Bukan sahaja lelaki, wanita juga tidak suka ditipu dan didustai. Ramai lelaki bersikap menipu tanpa niat atau dalam istilah ciptaan masyarakat hari ini, bohong sunat. Elakkan bohong seperti ini dan nyatakam kebenaran.

Biar kenyataan itu terlalu pahit, nyatakanlah ia kerana wanita boleh memaafkan kesilapan dan keterlanjuran tetapi tidak akan mudah menerima dan memaafkan sebuah penipuan dan pendustaan. Lantas, sentiasa amalkan sikap jujur dan berterus terang.

Dalam perkahwinan, ramai suami yang tidak ambil berat isu berkata benar. Ramai yang memegang prinsip daripada katakan yang benar boleh melukakan hati, biarlah berbohong sedikit. Masalah akan jadi lebih besar apabila isteri mengetahui tentang pembohongan tersebut.

Isteri sukar terima penipuan untuk menjaga hati sebab si isteri percaya, jika suami benar-benar ikhlas dan sayangkannya suami perlu berterus terang.

Sama juga dalam isu khianat kasih; bila si suami mempunyai orang ketiga. Isteri yang mengetahui secara tulus daripada si suami akan lebih bersedia memujuk hati dan menerima hasrat suami berbanding suami yang menduakan dirinya dalam diam.

Ambil berat dan prihatin
Wanita akan mengenepikan rupa, pangkat atau harta sekiranya bertemu lelaki yang mengambil berat dan prihatin terhadap dirinya.

Keprihatinan seorang lelaki akan membuatkan wanita rasa dihargai. Ambil berat tentang kesihatan, emosi, ujian kehidupan, perkara kegemaran malah cerita-cerita lucunya. Dia tidak perlukan nasihat bak kaunselor tetapi memadailah anda meluangkan sedikit masa untuk mendengar luahan hatinya.

Wanita ideal tidak mendambakan hadiah berharga tetapi memadailah apabila hari-hari penting dalam hidupnya diingati. Ingatan anda cukup membuktikan anda mengambil berat dan prihatin.

Komunikasi unggul
Wanita ingin sentiasa didampingi. Bukan berdampingan dari aspek fizikal semata-mata tetapi dampingi wanita secara emosi.

Sentiasalah bertanya khabar dan jangan biarkan dirinya tertunggu-tunggu khabar daripada anda. Penantian tanpa sebarang maklum balas daripada lelaki boleh membuatkan wanita beranggapan dirinya tidak diperlukan.

Komunikasi unggul yang perlu dipraktikkan adalah dengan mewujudkan komunikasi tanpa batas iaitu sering berhubung walau sekadar satu mesej ringkas yang bertanyakan khabar. Sentiasa berterus terang, jika keadaan tidak izinkan untuk berbicara panjang, cukup sekadar maklumkan anda akan hubunginya sedikit masa lagi kerana ketika itu anda perlu lakukan sesuatu yang lebih penting.

Wanita suka dimanja tetapi bukan terlalu dimanjakan. Wanita suka diberikan kepercayaan dan kebebasan tetapi berpada-pada. Kepercayaan dan kebebasan tanpa batas boleh membuatkan wanita merasakan dirinya tidak diperlukan.

Terima dia seadanya

Wanita sanggup melakukan apa saja atas nama cinta. Paling penting, terima dia seadanya. Jika ada kekurangan dirinya yang boleh diubah, lafazkan dengan penuh hikmah, bukan mencerca tetapi sebagai mendidik ke arah yang lebih baik.

Wanita sanggup berusaha sedaya upaya jika anda boleh menerima dirinya seadanya dan lakukan sedikit perubahan demi kebaikan bersama. Wanita tidak suka dibandingkan dengan wanita lain.

Lantas, dalam usaha mendidik, jangan bandingkan dia dengan orang lain walau dengan ibu atau saudaranya sendiri

berita dari kosmo
www.tips-fb.com

04 June, 2010

Khasiat Air Soya

hari ni tengok kacng soya lak ye. sebab kacang Soya mempunyai banyak khasiatnya.

Kacang soya juga dikenali sebagai Glycine max merupakan salah satu daripada 7 “super foods” di dunia. Penduduk di benua Timur terutamanya masyarakat Cina mula menggunakan kacang soya drink-soysebagai makanan kesihatan sejak 5000 tahun yang lalu yang mana tauhu dan susu kacang soya merupakan barangan soya popular di kalangan masyarakat Cina.
Kacang soya merupakan “Makanan Berfungsi” yang paling banyak dikaji di antara tahun 80-an dan 90-an. drink-soy6Banyak penemuan saintifik yang positif membuktikan bahawa kacang soya dan protein soya boleh mempertingkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatangkan kesan yang sampingan yang memudaratkan. Di antara kebaikan yang disumbangkan oleh kacang soya dan protein soya adalah seperti berikut:-drink-soy1
1 . Makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah daripada daging, susu atau telur.
2 . Mengandungi 50% protein bagi setiap 100 gram kacang soya, merupa 2 kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu ada 3 kali lebih daripada telur.
drink-soy23 . Kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium,manganese, magnesium, iron dan fosforus.
4. Kaya dengan vitamin A, B, C , D serta lesitin.
5 . Boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.
drink-soy3
6 . Protien soya boleh mengurangakn risiko penyakit kanser dan jantung.
7 . Mudah dicerna mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekal tenaga.
8. Sangat baik sebagai bahan bagi hidangan vegetarian.
9. Mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.
10. Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan paras kolesterol dalam badan oleh peptid soya 7s dan 11s di mana tindakannya seperti ubat “statins” tetapi tanpa kesan sampingan ubat.
drink-soy4
11. Isoflavin soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim, memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi masalah simptom mati-haid.
12. Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi kulit.
13. Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Selain itu, proses penuaan dapat diperlahankan.
14. Tambahan:
drink-soy5Gula kompleks dan “oligosaccaride” dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah kita daripada barah kolon.
www.tips-fb.com

03 June, 2010

Salah satu benda ajaib di dunia...Batu Tergantung di INTURA


benda ajaib di dunia...Batu Tergantung di INTURA

dapat dari pakcik google je...
belum pernah sampai lagi ke tempat ni... hehhehehe.
sapa tau crita dia tu... mai crita2 skit no....
www.tips-fb.com

02 June, 2010

Khasiat Air Kelapa Muda Hijau

PERNAH menikmati air kelapa muda? Bukan hanya menyegarkan dan menyedapkan kerongkong, air dari buah kelapa ini juga punya khasiat lain. Ini dia di antaranya:
1. Sebagai penetral racun.

2. Berfungsi sebagai diuretik atau memperlancar kencing.

3. Bila dicampur air limau sitrun dan diminum akan mengurangi dehidrasi.

4. Menghilangkan rasa panas akibat terbakar. Campurkan dengan bubuk kunyit dan air kapur sirih, lalu oleskan ke kulit yang terbakar atau terkena minyak panas, maka rasa panas akan hilang dan tidak meninggalkan bekas melepuh.

5. Menyembuhkan demam berdarah. Campurkan air kelapa muda dengan air perasan limau nipis, sedikit garam dan madu, dan minum sehari tiga kali.

6. Bila dicampur susu dan diminum akan mencegah penggumpalan susu dalam perut, sekaligus mencegah sembelit, rasa mual, dan sakit pencernaan.

Kalaupun diminum biasa, air kelapa bagus untuk menyegarkan tubuh karena mengandung mineral yang diperlukan sebagai pengganti ion tubuh. Kelebihan lainnya, harganya sangat murah dan tidak mengenal musim boleh dimimun bila2 saja.

Di Indonesia dia org ramai mengunakan nya,Disini akan dijelaskan manfaat atau khasiat dari air kelapa muda hijau :

Yang pertama yaitu Ramuan untuk Pengobatan

Air kelapa muda selain enak sedap diminum dalam kondisi segar juga Khasiat Air kelapa Muda adalah sebagai obat berbagai jenis penyakit. Seperti dibawah ini :

Gatal dan eksim
Sediakan satu genggam beras. Rendam dalam air kelapa muda yang masih berada dalam tempurung selama 5-7 jam hingga beras terasa asam. Setelah itu giling hingga menjadi bubur halus (tepung). Kemudian oleskan bahan tersebut pada bagian tubuh yang terkena gatal, eksim, luka, atau telapak kaki pecah. Lakukan setiap hari selama 3-4 hari.

Luka bakar
Sediakan sejumput bubuk kunyit dan air kapur sirih. Campur dengan air kelapa. Oleskan pada bagian yang terkena luka bakar, misalnya pada telapak tangan atau telapak kaki. Rasa panas pun akan cepat hilang.

Demam berdarah
Minum air kelapa mudah hijau yang dicampur dengan air perahan limau nipis secara teratur.

Cacingan pada anak
Berikan air kelapa muda yang diberi sedikit sari ( air ) limau sitrun kepada anak yang mengalami gangguan cacingan. Perlu diperhatikan harus diminumkan secara teratur.

Disentri
Penderita disentri biasanya akan merasa penat di kaki, demam tinggi, tinja berlendir dan bercampur darah, sering buang air, urine ( air kencing )berwarna gelap. Untuk menjernihkan urine, minumlah air kelapa hijau. Bila urine sudah normal, hentikan minum air kelapa tersebut. Namun, apabila ingin minum air kelapa hijau lagi tidak apa - apa, asalkan jangan berlebihan.

Yang kedua Air Kelapa untuk Kecantikan, seperti :

Menghilangkan jerawat
Siapkan satu gelas air kelapa campur dengan 25 gram pasta kunyit, biarkan semalam. Keesokan harinya, tambahkan ke dalam ramuan tersebut tiga sendok teh bubuk cendana merah. Aduk sampai merata. Simpan selama tiga hari. Setelah itu, saring ramuan dengan menggunakan kain kasa atau saringan yang rapat. Simpan air itu dalam botol. Oleskan ramuan tersebut pada wajah yang berjerawat, dua kali sehari sampai jerawat hilang lenyap.

Mencegah kerutan di wajah
Untuk menghindari kerutan di wajah yang datang cepat, basuhlah wajah dengan air kelapa, sesering Anda suka.

Mencegah uban
Air kelapa hijau dicampur dengan satu sendok teh garam. Gunakan untuk mencuci rambut guna mencegah tumbuhnya uban.

Meningkatkan gairah seksual
Campur air kelapa dengan sedikit madu, lalu minum. Ramuan ini mampu merangsang pusat-pusat seksual tubuh. Namun juga perlu diperhatikan juga bagaimana cara anda melakukan hubungan dengan pasangan anda. Karena air kelapa ini hanya merangsang gairah seks anda.

Membuat suara merdu
Minum air kelapa muda yang telah diembunkan selama satu malam. Setelah itu diminum secara teratur. Dijamin suara anda merdu layaknya hembusan angin sepoi - sepoi di pinggir pantai.

Semoga share saya ini dapat bermanfaat bagi para pembaca semua ye. Selamat mencuba. Dan ingat tingkat keberhasilannya tergantung kondisi tubuh anda seperti apa. Terima kasih..
www.tips-fb.com

01 June, 2010

Kalimat Tammah

Kalimat Tammah

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih dan Penyayang. Aku berlindung kepada ALLAH Yang Maha Pemurah dan berpegang teguh pada kalimat-kalimatNya yang sempurna yang tidak dapat dipengaruhi oleh sesiapapun juga, baik yang taat mahupun orang fasik, dari kejahatan yang turun dari langit dan kejahatan yang naik ke langit, kejahatan yang ada di muka bumi, kejahatan fitnah-fitnah dan peristiwa yang membawa akibat buruk yang terjadi siang dan malam, kecuali peristiwa yang membawa kebaikan, wahai Tuhan kami Yang Maha Rahman.

Penjelasan:

Ketika Rasulullah s.a.w sedang dalam perjalanan ke israa’, sebelum sampai ke tempat yang ditujui tercium olehnya bau yang harum, bau Masitah penyisir anak firaun. Disitu Nabi s.a.w melihat ifrit yang mengikuti dari belakang dengan obor api pembakar kebenaran hendak membinasakan Rasulullah s.a.w. malaikat Jibril mengajarkan kalimat sakti (Kalimat Tammah) untuk menolak dan mengahancurkan ifrit tersebut. Kalimat itu dibaca oleh Rasulullah s.a.w maka ifrit tersungkur jatuh di atas tanahterbakar menjadi abu oleh api obornya sendiri.

Maka dengan ini kalimat tersebut di atas dapat dipergunakan untuk mengusir ifrit dan syaitan yang hendak melemahkan keimanan kita dan untuk menghindarkan diri dari kejahatan manusia yang mengikuti nafsu syaitannya dan dari segala kejahatan apa saja yang ada di dunia ini.

Keterangan:

1. Kalimat yang sempurna: Kitab Al-Quran yang berisi kalimat-kalimat sakti, tatacara pergaulan,ibadat,anjuran peringatan,keimanan,sejarah berhikmah dan sebagainya.
2. Kejahatan yang turun dari langit: Bala, wabak , udara buruk, taufan, petir, rihulahmar, kuman-kuman, penyakit yang berterbangan di udara dan sebagainya.
3. Kejahatan yang naik ke langit: Cacatan amal buruk yang dibawa naik oleh malaikat-malaikat ke langit, roh orang-orang jahat, iblis yang mencuri berita di langit dan sebagainya.
4. Kejahatan yang terjadi di muka bumi: Gangguan syaitan, jin dan manusia, binatang buas, kezaliman, hasut, fitnah, buruk sangka, niat jahat, peperangan dan sebagainya.
5. Kejahatan yang keluar dari bumi: Gempa bumi, gunung berapi, gas beracun, binatang-binatang yang keluar dari bumi, berbisa dan sebagainya.

hafallah untuk amalan, kerana kita tidak tahu niat hati orang , keatas diri kita,agar ayat ni menjadi pelindung yang baik... yakin dan amalan tu yg penting...

rjukan dari buku doa dan wirid :
1.Buku Doa : Abdul Aziz Ismail
2. Halaman Zaman
www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati