Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

29 August, 2011

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin

Sempena Di Hari Baik Bulan Baik Ini saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ,Selamat Hari Raya Aildil Fitri, Maaf Zahir dan Batin , Kepada Semua Sahabat handai,Rakan Taulan, saudara mara, adek beradek dan semuanya Takkira Di Mana Anda Berada Mau Pun DIalam Maya Atau Di Luar Sana, bermaaf maaafanlah kita semua, semoga Allah memberkatinya.


www.tips-fb.com

24 August, 2011

Gempar Farid Kamil menerima ugutan daripada lelaki yang tidak dikenali

GEMPAR apabila pengarah dan pelakon popular Farid Kamil, 31, menerima ugutan daripada lelaki yang tidak dikenali hingga membuat laporan polis bagi memastikan keselamatannya terjamin.

Ugutan diterima punya kaitan dengan pelakon jelita semakin mencipta nama, Diana Danielle, 20. Menurut kenyataan diberikan Farid sebelum ini, dia menerima panggilan daripada seorang lelaki meminta agar pengarah filem Kongsi itu menjauhkan diri daripada Diana.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

23 August, 2011

Masyarakat dunia kagum sifat murni Asyraf

Sifat Murni Asyraf Contoh Akhlak terbaik Anak Bertuah.
semoga Allah Melindungi Asyraf dan agar dia dapat terus menyambung Pelajarannya.



KUALA LUMPUR: “Mungkin ada hikmah dengan apa yang menimpa Asyraf di London,” kata Rossli Harun, 49, bapa pelajar Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rossli, 20, yang dibelasah dan disamun sekumpulan perusuh di Barking, Timur London, 8 Ogos lalu.

Menurutnya, kini masyarakat dunia terutama di Eropah mengagumi sifat murni Asyraf sebagai rakyat Malaysia dan Muslim yang sanggup memaafkan sekumpulan perusuh yang membelasah sebelum menyamun anak sulungnya itu.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

21 August, 2011

Jus Kundur

Salam, Korang pernah rasa tak jus ni, jom cuba jus ni... tapi lebih kurang jus timun juga rasanya... tapi baunya kundur la kan.... cheq memang suka jus ni...
Bahan-Bahan:

1/4 atau 1/2 Buah Kundur (Sederhana Besarnya)

gula ikut cita rasa

500ml Air


Cara:

kupas kulitnya dan Potong kundur nipis-nipis, kemudian dikisar bersama gula dan air.

Selepas dikisar masukkan dalam jug bersama Kacau sehingga mesra boleh dimasuk ketul ias ciub.

Cadangan Hidangan:

Sekiranya puan-puan sukakan ianya sejuk Boleh dimasukkan ais ketul ataupun disimpan dalam peti sejuk. Sekiranya sudah dimasukkan ais ketul hendaklah puan-puan tambahkan sedikit air gula kedalam jus ini.
jangan lupa mencubanya ye...
www.tips-fb.com

20 August, 2011

EJA..Tinggal karier demi Ramadan


PROFIL

NAMA: Siti Shahrizah Saifuddin
PANGGILAN KOMERSIAL: Eja
TARIKH LAHIR: 18 Januari 1972
USIA: 39 tahun
ASAL: Selangor Darul Ehsan
KERJAYA: Pelakon
STATUS: Berkahwin
ANAK: Nur Eishal

DRAMA/TELEFILEM: Antaranya Demi Rahsia, Teduh Kabus, Salam Taj Mahal, Kiranya Ku Tahu, Takhta Hati, Rindu Semakin Jauh, Kalau Itu Takdirnya, Masih Ada Cinta, Wajah Kekasih, Mya Zara, Seputih Qaseh Ramadan, Sadiq & Co, Wadi Unung, Ahmad Durrah, Mantera Anjasmoro, Demi Tuhan Ku Izinkan, Pelita, Satu Permintaan, Cinta Dari Kaabah, Lailatul Qadar dan Masih Membara Cintaku.

FILEM: Sara, Anak Mami The Movie, Bilut, Misi 1511, Kayangan, Malaikat Maut, Sepi dan Janin.

DI kala segelintir artis masih sibuk di lokasi penggambaran pada Ramadan ini, lain pula kisahnya dengan pelakon jelita, Siti Shahrizah Saifuddin atau Eja, 39. Isteri dan ibu kepada seorang anak itu selesa memilih untuk cuti rehat dan bersama keluarga.

Bagi Eja, sudah memadai selama 11 bulan dalam setahun dia aktif berlakon. Justeru, tempoh sebulan berpuasa ini, adalah wajar untuknya melupakan seketika kesibukan karier dengan memanfaatkan Ramadan sebaik mungkin untuk bermuhasabah diri.

Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

19 August, 2011

Khasiat Buah Kundur Atau Labu Kundur

( orang kedah pangei Kunduq) Labu kundur atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya Benincasa hispida merupakan satu-satunya spesies kundur di dunia dan ianya di tanam di Negara-negara tropika terutama di Asia Tenggara. Di Malaysia buah kundur juga dikenali sebagai beligu.
sepokok saja , berbuah dekat 40 atau 50 biji. pastu pokok dia memanjat kat pokok2 besar, kalau tinggi pokok tu, tinggi lah dia panjat, pastu buah dia bergayut2 kat pokok tu.



KEISTIMEWAAN
Akar pokok kundur dapat menahan pelbagai penyakit yang berpunca dari dalam tanah. Buah ini sesuai dimakan untuk menghilangkan dahaga, perangsang buang air kecil dan menyejukkan badan. Kegunaan lain ialah sebagai mengubat beberapa jenis penyakit seperti gonorea dan sawan.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

18 August, 2011

Air Bandung Cincau

Sedap gak air ni.... tukar2 jus tiap hari, bagi tambah selera berbuka , hehehe berbuka sambil2 jaga kesihatan.
cincau ni cheq tak beli , kawan pejabat Risda kasi free je, tiap2 tahun bila nak masuk bulan puasa je ,dia orang akan buat cincau sendiri.

Bahan-Bahan:
Sirap
air yang dah masak
susu pekat
cincau
sedikit gula
Cara:
bancuh sirap dalam air yg dah di masak bersama gula.Kemudian masukkan susu pekat ke dalam bancuhan air sirap tadi.(kalau xnak manis sangat,jangan letak banyak2,cukup sekadar rasa).Kemudian masukkan cincau yg dah dipotong cincang kedalam air siap b

andung tadi.Kemudian jadilah air itu air sirap bandung cincau

Cadangan Hidangan:
hidangkanlah di dalam jug yg ada ais

Tambahan:
lagi banyak cincau lagi best tapi jangan banyak sangat,takut tersedak pulak minum nanti
www.tips-fb.com

17 August, 2011

Jus Tomato

minuman untuk berbuka saya hari ni dan semalam, sedap tapi ada sesetengah orang tak suka minuman ni.... tapi lebih baik korang cuba dulu...
memang best... boleh ja tambah perasa susu.. tapi saya jus tomato kosng ja..

Tomato sememangnya berkhasiat. Menurut kajian perubatan 'lycopene' dalam tomato boleh mencegah daripada penyakit cancer. Sebaik2nya dimakan mentah atau dijadikan fresh juice untuk mengekalkan kandungan nutriennya.
ni resepinya

Bahan-bahan ( 1 gelas )

2 biji tomato ranum – di belah empat
Air secukupnya
Gula ikut citarasa , kalau nak manis lebih tu tambah je gula
bagi yang suka jus tomato bersusu
2sb susu pekat manis
1sb susu sejat (evaporated milk)

Cara-cara

Tomato dibersihkan dan dibelah empat.
Masukkan tomato,Gula & air ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus.
Tapis jus.
Masukkan susu pekat manis & susu sejat ke dalam jus. Kacau hingga sebati.
Tuang ke dalam gelas dan hias dengan sehiris lemon kalau nak.
Boleh juga diperah sedikit jus lemon jika suka.
www.tips-fb.com

16 August, 2011

Jus timun

kemarin buat jus timun untuk berbuka.... menyejukkan badan dan berkhasiat.
Bahan-Bahan:
1 Biji Timun (Sederhana Besarnya)
5 sudu besar air gula
500ml Air
Perahan limau nipis
Cara:
Potong timun nipis-nipis, buang bahagian atas yang pahit dan kemudian dikisar bersama gula dan air.
Selepas dikisar masukkan dalam  jug bersama  perahan limau nipis. Kacau sehingga  mesra.

Cadangan Hidangan:
Sekiranya puan-puan sukakan ianya sejuk Boleh dimasukkan ais ketul ataupun disimpan dalam peti sejuk. Sekiranya sudah dimasukkan ais ketul hendaklah puan-puan tambahkan sedikit air gula kedalam jus timun ini.

Tambahan:
Jus timun ini baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi fiber yang lembut untuk diserap oleh badan dan melancarkan perjalanan darah.
www.tips-fb.com

Ada Petua Penawar Resdung Jom Kita Cuba Petua Ni

Petua Nya Mudah Sahaja, Dia Orang Kata Amat berkesan sekali petua ni.


caranya mudah sahaja, dengan meyedutkan air kedalam hidung seperti kita buat semasa berwuduk tu, pastu picit sebelah hidung dan hembus sekuat hati, pastu lakukan pada sebelah lagi pulak.lakukan berulang-ulang kali sehingga selesai,lepas tu cuci muka hingga bersih.
lakukannya tiap2 hari2 dan jika anda menuju kemana , kalau setiap destinasinya yang berhenti , baik dimana-mana pejabat, bersantai,beriadah atau pulang kerumah. Kesannya sunguh menakjubkan , cuba ya...

jom kongsi2 petua
www.tips-fb.com

14 August, 2011

Orang Emas Kena tangkap Ngan Polis

DITAHAN...’orang emas’ yang mengenakan bayaran RM2 setiap kali gambarnya dirakam ditahan penguat kuasa JKM di Jalan Bukit Bintang, kelmarin.

KUALA LUMPUR: “Saya tak tahu langsung pekerjaan yang saya buat ini sebenarnya salah. Kalau saya tahu, saya tak akan ambil risiko untuk melakukan kerja ini,” kata ‘orang emas’ yang ditahan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan dalam satu operasi di Bukit Bintang, di sini, jam 9 malam kelmarin.

Dia yang mahu dikenali sebagai Elvis, 42, berkata menjadi ‘orang emas’ atau ‘Gold Man’ adalah sumber rezekinya dan pendapatan diperoleh agak memuaskan serta mampu menampung isteri dan dua anak berusia dua bulan dan tiga tahun yang tinggal di Ipoh, Perak. “Saya diberi jaminan oleh rakan bahawa pekerjaan ini tidak salah dan pihak berkuasa tidak akan mengganggu serta dijanjikan pulangan pendapatan dengan sekelip mata.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

13 August, 2011

Faezah Elai Bakal Jadi Pengantin Baru

DARAH MANIS...Faizah akan bernikah pada 9 September ini dengan lelaki pujaan hatinya juga seorang pengarah Heykal Hanifah.

PROFIL:

NAMA PENUH: Noor Faezah Elai
TEMPAT LAHIR: Gelugor, Pulau Pinang
TARIKH LAHIR: 16 Ogos 1982
USIA: 29 tahun
STATUS: Bujang
ADIK BERADIK: Anak sulung daripada tiga beradik
PENDIDIKAN: Diploma Fesyen, Universiti Teknologi Mara (UiTM)
HOBI: Mendengar muzik
KERJAYA: Pelakon, pengacara dan model
FILEM: Otai, Adik Manja Returns, Cun, Awekku Pontianak, Senjakala, Mantera dan Tanda Putera.

DRAMA: Antaranya, Cinta & Keadilan, Enigma, Cempaka Berbunga, Sitkom Puteri, Sutera Maya, Hartamas, Anak Mamak Menantu Mami, Dendam Kesumat, Asmara 1 & 2.

IKLAN: Kotex, Canon, Milo, Radox, Vanish dan Celcom.

HOS RANCANGAN: Mango TV (8TV), TV Trivia (TV3), Inspirasi Comel (RTM), Gegar U (Astro), Hypermarket Saga (TV9) dan Seri (TV3).

PENCAPAIAN: Best TV Look Elite Model Search 2006 sempena KL Fashion Week dan 50 Goergeous People bagi majalah Female.
“DIA seorang lelaki sejati,” kata pelakon semakin mencipta nama, Faezah Elai, 29, mengenai lelaki yang bakal dinikahi yang juga pengarah drama dan duda anak tiga, Heykal Hanifah, 38.

Ternyata wajahnya kelihatan sangat berbunga apabila bercerita mengenai tarikh pernikahannya yang dijadualkan berlangsung pada 9 September ini di rumah kelahirannya di Gelugor, Pulau Pinang.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

11 August, 2011

Jus Kurma Bersusu

Jus ni mesti korang suka, sedap sangat2,Sesuai untuk berbuka puasa
Bahan-bahan ( 1 family )

1/2 kotak susu segar Magnolia
10 biji buah kurma - dibuang biji dan dibersihkan (nak letak lebih pun boleh)
1 cawan airSuam2 kuku
beberapa ketul ais -
sedikit gula -

Cara-cara

Rendam buah kurma dalam air suam kira2 15 minit.
Kisar buah tersebut bersama airnya tadi hingga betul-betul hancur. Masukkan pula ais dan kisar lagi. Jika nak letak gula, masukkan sekali.
Masukkan susu segar dan kisar sebati.
Sedia dinikmat.

korang mesti cuba ni... sedap , selamat berbuka ye
www.tips-fb.com

10 August, 2011

Jus Nenas & Asam Boi

Puasa-puasa ni kan, mesti nak minum tu , minuman kalau boleh lain skit dari biasakan, pastu jom kita cuba resepi ni...
Bahan - bahan:

2 kerat nenas - dipotong kecil
250ml air
gula secukupnya
4 biji asam boi
sedikit ketulan ais

Cara-cara:

1. Kisar nenas yang dipotong kecil bersama dengan gula, air dan 2 biji asam boi (buang biji).

2. Kisar sehingga halus.

3. Tapis jus dan tuangkan ke dalam gelas.

4. Masukkan 2 biji asam boi.

5. Letakkan ketulan ais.

6. Sedia dinikmati.

Sumber resipi : sunkist79.blogspot.com

sedapkan.... hehehe selamat berbuka ye semua.
www.tips-fb.com

09 August, 2011

Pokok Ajaib Berusia 400 Tahun Kekal Subur Sendirian di Tengah Gurun Berpasir Tanpa Air

 jalan2 blog kekawan jumpa berita pokok ni....cheq ambik buat tatapan kawan lain pula...
berita dari blog OrgMuo
Hidup sendirian di tengah-tengah gurun, berbatu-batu jauhnya dari sumber air dan tumbuhan yang lain, sebatang pokok yang digelar sebagai " Pohon Kehidupan" atau "The Tree of Life" ini terletak 2 kilometer dari Bukit Dukhan, masih bertahan hidup dengan baik sejak 400 tahun yang lalu walaupun berada di atas bukit berpasir setinggi 25 meter menghadap lautan pasit yang terbentang luas tanpa air.
Pokok ajaib ini telah menarik perhatian banyak orang sama ada pelancong , ahli sains dan pakar biologi dari seluruh dunia untuk melihatnya sendiri tentang keajaiban pokok kehidupan ini. Keajaiban alam 400 tahun telah membuatkan ahli biologi dan saintis bingung selama bertahun-tahun untuk mencari jawapan bagaimana pokok ini mampu hidup begitu lama, sedangkan sumber air amat jauh daripada pokok tersebut.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

08 August, 2011

Khasiat labu kuning

Cheq jumpa Kita Khasiat Labu .. jom Kita Kongsi keistimewaannya...

Labu Kuning Penawar Racun dan Cacing Pita yang Kaya Antioksidan

Labu kuning atau waluh merupakan bahan pangan yang kaya vitamin A dan C, mineral, serta karbohidrat. Daging buahnya pun mengandung antiokisidan sebagai penangkal pelbagai jenis kanker. Sayang, sejauh ini pemanfaatannya belum optimal.

Buah labu dapat digunakan untuk pelbagai jenis makanan dan cita rasanya enak. Daunnya berfungsi sebagai sayur dan bijinya bermanfaat untuk dijadikan kuaci. Air buahnya berguna sebagai penawar racun binatang berbisa, sementara bijinya menjadi obat cacing pita.

Untuk memenuhi kebutuhan pangan bagi penduduk Indonesia yang hidup dalam lingkungan yang majemuk, memiliki anekaragam kebudayaan dan sumber pangan spesifik, strategi pengembangan pangan perlu diarahkan pada potensi sumber daya wilayah.

Banyak bahan pangan lokal Indonesia yang mempunyai potensi gizi dan komponen bioaktif yang baik, namun belum termanfaatkan secara optimum. Salah satu penyebabnya adalah keterbatasan pengetahuan masyarakat akan manfaat komoditas pangan tersebut.

Penelitian tentang karakterisasi dan potensi pemanfaatan komoditas pangan minor masih sangat sedikit dibandingkan komoditas pangan utama, seperti padi dan kedelai. Labu kuning atau waluh (Cucurbita moschata), yang dalam bahasa Inggris dikenal sebagai pumpkin, termasuk dalam komoditas pangan yang pemanfaatannya masih sangat terbatas.

Tanaman labu tumbuh merambat dengan daun yang besar dan berbulu. Pucuk daun dan daun muda dapat digunakan sebagai bahan sayuran yang lezat, bisa dimakan sebagai sayuran bersantan, oseng-oseng, atau gado-gado. Selain daun, bagian dari tanaman ini yang memiliki nilai ekonomi dan zat gizi terpenting adalah buahnya.

Walaupun tanaman labu kuning dipercaya berasal dari Ambon (Indonesia), budi daya tanaman tersebut secara monokultur dan besar-besaran belum lazim dilakukan oleh masyarakat kita. Tingkat konsumsi labu kuning di Indonesia masih sangat rendah, kurang dari 5 kg per kapita per tahun.

Konsumsi labu kuning mencapai puncak pada bulan puasa. Sebab, komoditas ini sangat cocok untuk diolah menjadi kolak, yang umumnya menjadi menu utama pada bulan tersebut.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

07 August, 2011

Serawa Labu resepi pemanis mulut berbuka hari ni

hari ni , teringin sangat nak berbuka dengan serawa pisang , tapi p cari pisang nak beli,tapi pisang takda pulak, pastu nampak labu , beli lah labu , buat serawa labu hari ni...

Kat Kedah popular serawa labu ni. Memang sedap bila makan makan waktu petang kat pangkin bawah pokok cherry :) , pokok rambutan ,tepi bendang :).
jom kita buat..... 


Bahan-bahan ( untuk 4-5 orang makan )

sebelah buah labu kuning dipotong dadu besar
gula merah + gula putih (secukupnya ikut citarasa manis anda)
secubit garam,
1/2 cawan sagu.
2 mangkuk santan (kalau nak kuah lebih, tambahkan lagi)
secawan air
daun pandan
1/4 cawan sagu

Cara-cara

Masukkan labu dan air kedalam periuk dan masak sehingga labu hampir masak.
Toskan air dari labu yang separuh masak tadi. Masukkan santan,gula,garam, dan daun pandan. Kacau sentiasa hingga mendidih dan labu masak.
Masukkan sagu dan kacau lagi hingga sagu jernih. Serawa labu siap untuk di hidang. Sesuai dihidang panas dan jugak sejuk. Enjoy....
*NOTA: Boleh juga direbus labu terus dengan santan, tetapi kena la kacau selalu supaya tidak pecah minyak.
www.tips-fb.com

05 August, 2011

Penemuan Manusia Suku Kaum Pedalaman Di Hutan Amazon

Rio de Janeiro – Satu kaum yang hilang/terasing telah ditemui di hutan Amazon. Penemuan itu disahkan oleh Yayasan Nasional India (Funai) Brazil satu lembaga yang khas mengawasi masyarakat adat.
Suku yang hilang ini ditemukan melalui citra satelit pada awal 2011 dan kemudian disahkan oleh pemerhati di atas wilayah tersebut.

Kira-kira sekitar 200 anggota suku ini hidup dalam tiga bangunan terpisah beratapkan jerami dan makan makanan dari jagung, pisang dan tanaman lain yang berada di sekitar mereka.

Walaupun begitu, Funai menolak memberikan lokasi tempat tinggal suku tersebut demi keselamatan mereka dari tindakan eksploitasi pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab.

"Ancaman utama bagi suku terasing ini adalah perburuan, penebangan kayu, pertambangan, penternakan dan perdagangan dadah," kata Fabricio Amorim, kata kordinator Funai seperti dilapor xinhuanet.com, 27 Jun

Menurut Amorim, tugas mengenalpasti dan melindungi kelompok-kelompok terisolasi merupakan bahagian dari kebijasanaan masyarakat Brazil.

Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

04 August, 2011

somalia yang kemarau panjang , Sedih tengok orang disana

Berita terkini TV3 Lepas subuh tadi .. mengisahkan orang-orang somalia yang kebuluran kemarau panjang,  kemarau panjang  yang teruk disana..sedihnya tak terasa menitis air mata tengok berita ni..

saya pun search lah cari berita pasal kemarau tu... ramai juga blogers yang letak kisah orang somalia ni... mungkin kerana simpati...

ramai yang maut kerana kekurangan makanan... kat tempat kita ramai yang maut kerana terlebih makan... mewahnya makanan kat malaysia kan... Alhamduliilah tempat kita belum diuji sehebat tu kan..
Banyak Orang Yang Tewas Saat Selamatkan Diri Dari Kemarau di Somalia

KAPAL TERBANG PERTAMA PENGIRIM BANTUAN KELAPARAN AKIBAT KEMARAU DI SOMALIA TIBA
Pengiriman bantuan melalui udara itu semula dijadualkan hari Selasa tetapi ditunda karena masalah-masalah logistik di Kenya.
Foto: Reuters
Bantuan bahan pangan dari Program Pangan Dunia PBB (WFP) tiba di bandara Mogadishu, Rabu (27/7).

Badan Pangan Dunia WFP telah memulai pengiriman bantuan pangan darurat ke daerah Tanduk Afrika yang dilanda kemarau parah.Demikian laporan yang dikutip dari VOANEWS, Kamis (28/7)
Seorang pejabat WFP memastikan kepada VOA Siaran Somalia, Kapal terbang pertama yang membawa lebih dari 14 ton pangan telah mendarat hari Rabu di ibukota Mogadishu.

Kapal Terbang ini diyakini merupakan pesawat pertama yang mengirimkan bantuan pangan ke Somalia sejak PBB mengumumkan bencana kelaparan di dua wilayah selatan negara itu pekan lalu.

Pesawat-pesawat tambahan diperkirakan akan berangkat pekan ini ke Ethiopia bagian timur dan Kenya bagian utara, di dekat perbatasan Somalia.

Pengiriman bantuan lewat udara itu semula dijadwalkan hari Selasa tetapi ditunda oleh apa yang digambarkan WFP sebagai masalah-masalah logistik di Kenya.

Pejabat-pejabat PBB mengatakan lebih dari 11 juta orang di Tanduk Afrika membutuhkan bantuan darurat.

PBB mengadakan konferensi para donor di Nairobi – Kenya hari Rabu, dengan tujuan mengumpulkan dana hingga 1,6 milyar dollar untuk memerangi bencana kelaparan dalam 12 bulan mendatang.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

03 August, 2011

Khasiat Buah Kurma ( Buah Kesukaan gak ni )

Pada Bulan Ramadhan ini, kita disunatkan memakan kurma oleh Rasulullah SAW, ternyata kurma itu sangat berkhasiat… abgyang tiap2 hari beli kurma......biar pun bulan posa atau tak posa.. hehehe..

Nabi kata rumah yang takda kurma adalah rumah yang takda makanan... MasyaAalah.... tak bleh yang mahal yang murah pun takpa... beli laa yee...
Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib dan terawih. Apabila badan berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan mengikut nafsu.

Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakannya mengandungi karbohidrat tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab apabila selesai makan mata pun mengantuk.

Kurma mudah hadam dan cepat bertindak, dalam 2,3 minit gulanya dah berjalan didalam darah kita, dan cepat memberi tenaga kepada badan kita, senang pergi tandas kerana bila ia masuk kedalam perut kita, ia cepat masam .

Diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. dibawah pohon kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohon kurma lantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan kelahirkan Nabi Isa a.s.

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolestrol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perobatan homeopathy, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh, direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagi jenis penyakit.
Kurma Ajwa : Dari Hadist hingga ke Khasiat,( kurma Nabi)
Siapa pun yang pagi-pagi makan tujuh buah kurma ‘Ajwah, maka pada hari itu dia tidak mudah keracunan dan terserang penyakit.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Biar pun buah kurma ajwa ni mahal, tapi ramai orang cari, kalau tak silap di malaysia kita ni RM100 sekilo.
Jom baca lagi khasiatnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

02 August, 2011

Resepi Apam Tapai Nasi Eno untuk makan bulan puasa ni

 jom kita buat apam tapai untuk berbuka puasa nanti ye...

Ni resepinya:
ni untuk dijadikan ibu;
Sekeping ragi dihancurkan
8 cawan nasi sejuk
Gaul ratakan nasi n ragi dan peramkan dalam 2 malam.
Dah jadi tapai, pastu blender tapai ni jangan letak air.

6 cawan tepung beras
4 cawan air
2 cawan gula pasir
2 cawan ibu tapai yang dah di blend tadi
2 peket Eno warna biru.

Cara buat;

Dalam bekas campurkan tepung beras, air, gula dan ibu tapai. Kacau sebati.
Rehatkan selama 2-3 jam.
Lepas tu letak eno 2 peket. Kacaukan.

Panaskan kukusan dan bolehlah terus dikukus sampai masak. Dalam 10 minit sampai dia merekah. Jaga smpai air kukusan tu menitik kat atas kuih. Kalau boleh alas dengan tea towel kat penutup tu.

Gaul dengan kelapa yang dah dicampur dengan sedikit garam.

p/s
ibu tapai yang balance boleh simpan dalam ice box.
www.tips-fb.com

01 August, 2011

Mitos durian ,musim durian punya pasal

ramai orang suka mkn duriankan...........cheq memang peminat no 1 gak kat buah ni... sapa lagi peminat buah ni...mai komen2 skit..

jom kita baca skit pasai info dia no.. kdg2 cheq tak tingai ckp kedah ni... pi mai pi mai tang tu juga.. boleh faham la kan skit2 no ... blajar2 pi la... kalau tak faham leh tanya cheq balik .. hehehe
ni la petua2 yg cheq dapat bila dok cari2... bukan pasai pa... nak tengok petua2 orang lain sama la... kalau cheq tu minum air dalam kelopak dia ja.. untuk menurnkan panas.. berkesan sekali...

Durian mengandungi banyak kolesterol

Durian tiada kolesterol. Namun, durian antara segelintir buah-buahan yang memiliki kandungan lemak yang tinggi.

Setiap 100 gram durian (sekitar tiga ulas) mengandungi 150 kalori, 3 gram protein, 3.5 gram lemak, 28 gram karbohidrat dan kurang 1 gram serat.

Durian 'bermata' dan tidak akan menghempap anda

Biasanya, durian ranum gugur pada waktu malam. Anda perlu berhati-hati apabila mengutip durian kerana ia berbahaya.

Durian boleh naikkan syahwat

Orang Indonesia mempunyai pepatah 'durian jatuh, sarong naik'.

Namun, tiada bukti saintifik bahawa durian menaikkan nafsu.

Air pangsa bahagian dalam durian boleh hilangkan bau dan kehangatan durian.

Tiada bukti saintifik bahawa berbuat demikian boleh menghilangkan bau durian.

Ada juga orang yang melarutkan garam dalam air kulit durian untuk mengurangkan rasa panas - sesuatu faedah yang tidak terbukti.

Manggis boleh hilangkan rasa 'panas' durian.

Tiada bukti nyata tentang perkara ini.

Durian berlubang ranum dan isinya manis.

Lubang-lubang pada durian biasanya hasil tebukan tupai.

ada banyak lagi petua .. mcm2 cara ... tapi kena la rajin2 search .. hehe
www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati