Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

20 April, 2010

Limau Purut Dan Khasiat

Salam sejahtera.









Anda pernah lihat iklan yang menggunakan limau purut di tv?
Jika pernah pasti anda tahu kebaikannya. Mesti anda kenalkan buah limau purut ni.
Tengok pada gambar diatas ye , buahnya berkedut-kedut mengerutu skit.

Nama saintifik bagi limau purut ialah citrushystrix.
Limau ni lebih kurang macam limau yang lain tapi buahnya lebih menggerutu dengan rasa masam dan sedikit pahit.

Daunnya direndam dalam air dan digunakan untuk mencuci rambut. Menurut tradisi, buahnya dipotong kepada beberapa bahagian kecil, dikeringkan dan ditumbuk hingga menjadi serbuk, digunakan untuk melicinkan kulit. Daunnya juga digunakan dalam sejenis masakan Siam-Melayu yang popular dipanggil Ditanam di kampung-kampung kerana buahnya.

Bagi suri rumah, daun limau purut menjadi pilihan sebagai ramuan atau perisa makanan untuk memasak lauk tomyam, asam pedas , kerabu , laksa dan lain-lain lagi.
Buahnya selalu dijadikan bahan penting dalam upacarq mandi bunga dan mandi wap yang menjanjikan kesegarannya.Buah limau purut mengikut kepercayaan ia mempunyai aura yang tersendiri untuk menyegarkan badan kita, badan berasa ringan apabila kita mandi dengan buah limau purut. masih ramai lagi yang mengamalkan mandian limau purut ni.

bukan susah pun ,ni caranya nak petik buah limau purut, ni cara orang tua-tua la, kita ikut saja la kan, ( mula2 kita bismillah pastu kasi salam ( mengikut orang tua-tua setiap pokok ada penjaganya )dan selawat 3 kali sebelum memetik buahnya sambil berniat dalam hati kita akan buat mandi- amalan ni kebiasannya orang tua-tua pesan bila kita nak petik buah- buahan atau daun untuk dijadikan ubat ubatan dan masakan ). pastu cam biasa potong-potong ambil buah limau tu gosoklah pada seluruh badan kita .

Sekarang ada pula teknologi baru untuk menghasilkan minyak wangi dan haruman aroma daripada pati limau purut. Selain tu, limau purut juga afa kegunaan lain untuk penjagaan kesihatan dan rawatan sakit kulit.

Limau purut juga boleh dijadikan syampu sebagai pati tambahan.
Untuk mendapatkan kesegaran selepas penat suntuk bekerja, dua genggam daun limau purut direbus terlebih dahulu. Rebusan itu kemudiannya dijadikan air mandian yang dapat memberi kepuasan dan menjadikan badan anda kembali segar san bertenaga.

Untuk membersihkan kulit kepala yang berkerak dan berkelemumur, buah limau tersebut dipotong atau dibelah dua sebelum disental pada kulit kepala yang mungkin menyebabkannya terasa pedih.

Selepas disental, biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Kaedah yang sama juga digunakan untuk mengatasi masalah kulit kering yang bersisik.

Sentalkan buah limau purut yang telah dibelah dua pada bahagian kulit yang bersisik dan biarkan ia seketika sebelum dibilas.

Dan ini yang sedapnya boleh juga dibuat acar limau purut.
memang sedap makan pun terasa wangi mulut ngan limau purut ni .
www.tips-fb.com

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati