Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)

18 July, 2011

Selena Gomes begitu meminati bintang filem Transformers Shia Le Beouf,


SELENA...Ketika menyertai program Fox & Friends di Manhattan minggu lalu.
BELIAU mungkin mempunyai berjuta-juta peminat, tetapi Justin Bieber mungkin merasa cemburu kerana satu-satunya gadis yang dia mahu mencintainya sepenuh hati, teman wanitanya Selena Gomez, meminati bintang yang lain.
MALU-MALU...Selena gembira bertemu dengan jejaka yang diminatinya Shia Le Beouf.
SAYANG...Justin memeluk erat Salena ketika gadis itu menjadi hos Anugerah Video MuchMusic awal bulan ini.

Selena yang berusia 18 tahun begitu meminati bintang filem Transformers Shia Le Beouf, malah beliau dengan berani mengakuinya selepas muat naik video pertemuan yang tidak disangka-sangkanya dengan jejaka yang berusia 25 tahun itu di Youtube.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...

Kawan-kawan Selena telah menipu bintang Disney itu untuk masuk ke bilik persalinan Le Beouf atas alasan bertemu dengan peminat-peminatnya. Walaupun Selena juga seorang bintang terkenal, beliau amat terkejut melihat Le
Bouf dan hanya mampu memohon maaf kerana menyusahkan si jejaka lalu terus berlari keluar dari bilik persalinan itu.

Namun, Le Beouf, bintang aksi itu terus mengejar Selena dan memeluknya dan kemudian mereka bergambar bersama-sama.

“Terima kasih kerana awak baik dengan saya,” kata Le Beouf kepada Selena. “Awak memang seorang yang baik.”

“Saya mengagumi awak,” balas Selena lalu dia kembali ke biliknya persalinannya dan memarahi kawan-kawannya.

“Kamu semua memang teruk! Kamu gunakan nama peminat-peminat saya,” katanya,
“Dia memang comel... Oh Tuhan, dia memang kacak, saya sangat malu.”

“Sekarang mesti dia ingat saya gila!” tambahnya lagi.

Selena muat naik videonya semalam dengan tajuk Bertemu Shia dan menambah kapsyen “hari yang sangat menarik.”

Entah apa agaknya yang difikirkan oleh Bieber ketika dia dengan sabar, menemankan teman wanitanya mempromosikan filem dan album terbarunya itu.

Jejaka berusia 17 tahun ini yang selalu menjadi bahan berita hanya menemankan Selena di satu sesi pertemuan di Fox and Friends di Manhattan, pagi sebelum itu.

Bintang pop itu kelihatan keletihan akibat jadualnya yang padat dan hanya berhenti untuk minum kopi sebagai pemberi tenaga.

Sambil memegang cawan kopi Au Bon, dia meneguk minumannya dengan rakus.

Kerana mahu semua tumpuan media dan peminat diberikan kepada Selena, Bieber hanya mengenakan jean kelabu dan kemeja hitam.

Tapi dengan topi besbol merahnya itu, sudah cukup untuk menarik perhatian semua yang penyanyi terkenal itu turut ada bersama.

Selena pula kelihatan anggun dengan gaun satin paras lutut berwarna ungu yang dipadankan dengan kasut tumit tinggi berwarna perak.

Hubungan pasangan ini semakin rapat dan kuat kerana mereka sikap saling menyokong karier antara satu sama lain.

Setelah berita tentang Bieber menyerang peminatnya di Macy Herald Square di New York minggu lepas reda, Bieber bangkit semula dan memastikan dia menghadiri tayangan perdana filem yang dibintangi oleh Selena.

Bieber hadir untuk memberi sokongan kepada teman wanitanya di tayangan perdana filem Monte Carlo - filem romantik komedi yang turut dibintangi oleh Leighton Meester dan Katie Cassidy.

Beberapa hari sebelum itu, Bieber dilihat memeluk Selena dengan erat ketika gadis itu menjadi hos untuk majlis Anugerah Video MuchMusic.

Selena pula baru saja mengalami pengalaman perit selama beberapa minggu awal bulan ini, apabila dia jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital selama 24 jam kerana kekurangan zat makanan.

Majlis anugerah tersebut merupakan kemunculannya buat pertama kali setelah dia dimasukkan ke hospital.

Bieber naik ke pentas untuk menerima anugerah yang dikongsi bersama bintang hip hop Drake, setelah dinobatkan sebagai pemenang video antarabangsa terbaik Kanada.

Salena pula kelihatan gembira meraikan kejayaannya bersama bintang-bintang wanita filem romantik komedi tersebut beberapa minggu yang lalu.
www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati