Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)

27 July, 2011

Lakonan serius tinggal kesan kemampuan Juliana Sophie Johari Evans atau Jue Evans

jom kita kisah mek comei ni...

NAMA PENUH: Juliana Sophie Johari Evans
KETURUNAN: Inggeris (bapa), Melayu (ibu)
TARIKH LAHIR: 5 Julai 1989
ASAL: Petaling Jaya, Selangor
KERJAYA: Pelakon dan model
AKADEMIK: Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Sunway University College, Bandar Sunway, Petaling Jaya
STATUS: Bujang
KELUARGA: Anak bongsu dari tiga beradik
IKLAN: Tracia Eternal, Fair & Lovely, Nokia 2600 dan Clean & Clear

PENGACARAAN: Remaja (TV3), E-Zone (Astro Ria), Majalah Moral (TVIQ) dan Bintang Kecil Raya (TV9)

DRAMA: Kami The Series, Ghost dan Kasut Tumit Tinggi , Kasih Ke Syurga, Puteri Pulau Tuba, 3 dan Puteri Bunian

FILM: Kami The Movie, Hooperz dan Hantu Bonceng

BANYAK pihak seakan meragui kemampuan Juliana Sophie Johari Evans atau Jue Evans, 22, melakonkan watak mencabar. Balik-balik karakter yang dibawakan hanya gadis cantik dan watak yang ringan.

Bagaimanapun, persepsi itu mula berubah selepas menyaksikan lakonannya menerusi drama Kasih Ke Syurga terbitan Opera Klasik yang disiar menerusi slot Cerekarama sempena Hari Bapa, Jun lalu.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...



memang cantikkan anak-anak Pan Asia

Bekas pengacara program Remaja TV3 ketika berusia belasan tahun, E-Zone (Astro Ria), Majalah Moral (TVIQ) dan Bintang Kecil Raya (TV9) ini mahu terus diberikan peluang melakonkan pelbagai watak bagi membuktikan kemampuan lakonannya.

“Syukur saya lega kerana tawaran berlakon boleh dikatakan tak putus-putus diterima. Penerbit pun sudah mula buka mata dan tawarkan watak berbeza sekali gus mencabar saya bekerja keras dalam lakonan.

“Saya baru selesai penggambaran drama Puteri Pulau Tuba arahan Bade Azmi untuk siaran RTM. Saya juga berlakon peranan gadis bertudung yang menjadi isteri ketiga dalam telemovie 3 untuk Astro Oasis serta drama Puteri Bunian.

“Semua tawaran ini saya anggap menjadi bukti bahawa produksi sudah melihat kemampuan saya meskipun tidak banyak publisiti mengenai karier saya dipaparkan media,” katanya yang mahu terus meneroka dimensi baru dalam lakonannya.

Dari sisi cantik sebagai Cendana dalam Sayang Cendana kepada Kasih Ke Syurga yang menjadi mangsa dera buah hati, Jue sudah membuktikan dia boleh bergelar pelakon masa depan jika dibentuk sebaik mungkin.

Gadis berusia 22 tahun yang berazam ke Amerika Syarikat untuk menyambung pengajian ijazah sarjana muda pada tahun depan, mengidamkan membawa watak lasak pula.

“Pada luarannya orang nampak saya lembut, tetapi saya sebenarnya lasak dan bersedia menerima tawaran berlakon watak sebegini.

“Saya harap peluang harus diberikan kerana dari situ baru kita tahu kemampuan seseorang. Muka-muka baru perlu dicungkil bagi merancakkan pentas lakonan tanah air,” katanya.

Berbicara soal popularitinya di mata peminat, Jue yang pernah digosip bercinta dengan beberapa selebriti menganggap ianya berada pada tahap sederhana.

Hendak dikatakan tiada langsung pun tidak juga kerana adakalanya wajahnya menghiasi media cetak dan media elektronik dengan pelbagai isi cerita.

“Dengan apa yang dilakukan, rasanya peminat memang kenal saya.

“Cuma saya tak boleh terlalu fokus pada lakonan kerana perlu fokus pada pengajian dalam jurusan komunikasi massa di Sunway University College.
berita selanjutnya
www.tips-fb.com

2 comments:

MaMa AiNi said... [Reply]

ya mama tgk cerekarama tersebut, cantik juliana evan ni...lakonan dia pun ok !!..

Wanita Timur ( Syifa Rosli ) said... [Reply]

ooo saya je tak sempat tengok lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati