Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

12 June, 2011

Justin Bieber juga minat Pippa Middleton adik ipar Putera William

DIA antara ramai yang memuji Pippa Middleton di laman Twitter berikutan populariti yang diraih adik ipar Putera William itu pada majlis perkahwinan diraja April lalu.

“Tahniah William dan Kate...dan adik Kate. Dia hebat,” tulis penyanyi Justin Bieber.
TERKENAL...Bieber mempunyai sembilan juta pengikut di Twitter.
Kini penyanyi remaja kesayangan ramai itu bergabung dengan Pippa apabila menanda tangani perjanjian untuk menjual barangannya melalui syarikat keluarga Middleton, Party Pieces.
MENAWAN...Bieber turut meminati Pippa.
Dengan ungkapan ‘Kami mempunyai barangan Bieber’ pembeli ditawarkan barangan milik bintang remaja dari Kanada berusia 17 tahun itu.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
Peminat setia boleh mendapatkan barangan untuk acara parti - Justin Bieber pada harga 20.89 pound (RM104.45) yang mengandungi pinggan, cawan, kain napkin, belon dan bidai hari jadi.

Sekiranya tidak mencukupi, terdapat aneka pilihan barangan parti lebih murah yang memaparkan wajah Bieber termasuk rantai lencana VIP pada harga 1.99 pound (RM9.95) sepeket yang mengandungi empat barangan, riben pada harga 2.25 pound (RM11.25) atau hiasan untuk majlis hari jadi dijual dengan harga 13.99 pound (RM69.95).

“Remaja perempuan di seluruh dunia tergila-gilakan Bieber. Malah, mereka amat menyayangi Bieber hingga bintang pop itu menjadi tema parti hari jadi,” petik akhbar Daily Mail dalam artikel Party Times.

Pippa bekerja sambilan di syarikat ibu bapanya, Party Pieces, di samping menjawat jawatan baru di firma tenaga hijau milik bekas kekasihnya George Percy.

Perniagaan semakin baik di laman web Party Pieces sejak perkahwinan diraja berlangsung, terutama pesanan yang diterima daripada pelanggan di seberang Atlantik, tempat demam perkahwinan diraja masih hangat dibicarakan.

Sementara itu, aktres Selena Gomez, 18, menjadi mangsa dalam kempen kebencian dan cemburu peminat Bieber.
SANTAI...Bieber dan Selena bercuti di Hawaii.
INTIM...Hubungan rapat Bieber dan Selena mencetuskan kemarahan peminat perempuan penyanyi remaja asal Kanada itu.

“Pergi jauh darinya,” tulis seorang peminat yang berang di Twitter.

“Saya akan bunuh kamu pada waktu malam di bawah katil kamu yang berbau.”

Satu lagi mesej berbu�nyi: “Selena Gomez sudah menghampiri kematian yang menyeksakan secara perlahan-lahan.”

Selena menjadi punca kutukan peminat Bieber yang lebih dikenali sebagai Belibers selepas dia dan penyanyi remaja itu mendedahkan hubungan mereka.

Pasangan itu yang merahsiakan kisah cinta mereka selama beberapa bulan dirakam jurugambar bercumbuan ketika bercuti ke Maui, Hawaii baru-baru ini.

Selena yang berlakon dalam siri TV Disney, The Wizards of Waverley Place dilihat bercumbuan dengan bintang pop berkenaan dengan kakinya memeluk pinggang Bieber.

Gambar itu mencetuskan kemarahan peminat Bieber yang meluahkan perasaan geram mereka di Twitter dan Facebook.

Seorang peminat menulis dalam laman Facebook: “Saya benci Selena kerana dia berpacaran dengan teman lelaki saya.” Tulisan itu menarik minat hampir 2,000 orang yang turut menghantar komen menghina Selena.

Seorang peminat memberi amaran: “Sekiranya Selena melukakan hati Bieber, saya akan pecahkan mukanya dan membunuhnya tanpa belas kasihan.”

Ada juga yang menulis: “Dia hanya berpacaran dengan Bieber untuk menjadi terkenal.”

Dilaporkan, laman peminat Bieber di Twitter dan Facebook membantu penyanyi itu untuk muncul sebagai penghibur ketiga paling terkenal di dunia.

Penyanyi kelahiran Kanada itu mempunyai sembilan juta pengikut di Twitter dan video lagu hitnya ‘Baby’ di YouTube ditonton lebih 500 juta kali.
www.tips-fb.com

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati