Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)

13 June, 2011

Nor Shafiza Iskandar Azizan atau Feeya Laris mengacara program dengan suara manjanya

PROFIL

NAMA: Nor Shafiza Iskandar Azizan
NAMA KOMERSIAL: Feeya
TARIKH LAHIR: 5 Februari 1989
USIA: 22 tahun
ASAL: Pasir Gudang, Johor
STATUS: Bujang
KARIER: Penyampai radio, penyanyi, pelakon dan pengacara
KELUARGA: Anak kedua daripada tiga beradik
PENDIDIKAN: Diploma Pengurusan Seni, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor
PENGALAMAN SENI: Program Anak Wayang (Astro)
PROGRAM TV: Glamor Raya dan Itu Dia (Astro)
DRAMA: Kasih Alia dan Jamilah I Love You
LEBIH setahun menimba pengalaman sebagai penyampai radio, banyak memberi pendedahan pada Nor Shafiza Iskandar Azizan atau Feeya memahami tugas mengendalikan segmen bersama pendengar.

Dia yang pernah menyertai program realiti Anak Wayang dua tahun lalu mengakui pengalaman ditimba bersama stesen radio popular, Era FM mengajarnya lebih peka melayan pendengar agar setia bersama stesen itu.
Menjadi anggota bongsu dalam keluarga stesen milik AMP Radio Networks itu, Feeya mengakui dia tidak mempunyai masalah menyesuaikan diri dengan penyampai senior.

Malah, dia terbuka menerima tunjuk ajar daripada penyampai berpengalaman seperti Aznil Nawawi dan Reza Mohd sambil berkongsi pandangan dalam usaha menaikkan rating stesen itu terus berada di hati pendengar.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
“Sehingga kini, saya bersyukur dengan respons positif diberikan pendengar terhadap saya mahupun stesen ini secara keseluruhan. Berdasarkan kajian yang dilakukan baru-baru ini menandakan jumlah pendengar sebenarnya meningkat dari siaran jam 10 pagi.

“Dulu saya pernah bersiaran jam 10 pagi tetapi kini beralih mengendalikan segmen Muzik Hits Bertubi-Tubi dari jam 1 hingga 4 petang, setiap Isnin hingga Jumaat manakala segmen Hello Era, setiap Ahad, 2 hingga 6 petang.

“Saya fikir kejayaan menjadi stesen kegemaran ramai adalah usaha gigih semua penyampai dengan meletakkan Era FM sebagai juara di hati pendengar.

“Saya gembira apabila pendengar suka dengan celoteh saya dan ini juga atas kepercayaan bos yang mahu saya terus berkhidmat di stesen ini,” katanya.

Tidak mahu mendabik dada de�ngan pencapaian diraih, Feeya menyatakan penyampai perlu bijak mengawal situasi dan sentiasa berusaha mencari idea baru tarik perhatian pendengar.

“Ada yang kata, suara saya manja membuatkan pende�ngar suka tetapi sama ada
di konti atau di luar, suara saya sama saja. Mungkin saya anak kedua daripada dua beradik lelaki membuatkan saya bersikap begitu.

“Saya percaya suara komersial memainkan peranan penting dalam menjalankan tugas penyampai radio. Atas kelebihan suara juga, saya bertuah bila mendapat tawaran mengacara,” katanya.

Dalam kesibukan di konti, Feeya menyatakan dia tidak keberatan melakukan tugas luar apabila diberi kepercayaan mengacara sesuatu program atau majlis tertentu.

Katanya, dia memang suka bercakap dan menghiburkan khalayak dengan celotehnya. Selepas cemerlang bersama Tuah Zoqarnain (Tyzo) mengendalikan acara Konsert Mini Candat Sotong Harian Metro di Pulau Warisan, Kuala Terengganu pada 1 Mei lalu, Feeya terus laris mengacara program Hari Sejuta Belia selama tiga hari di Putrajaya, baru-baru ini.

“Saya tidak terlalu kisah sangat de�ngan tawaran yang datang. Selain mengacara, saya juga sebenarnya masih terima tawaran menyanyi.

“Saya pernah menyanyi menerusi satu program Astro, Glamor Raya tahun lalu dan berjaya meraih naib johan. Mungkin dari situ, orang nampak bakat saya dan beri peluang pada saya agar terus menyanyi.

“Sebelum menjadi pe�nyampai radio, saya juga pernah menyertai pelbagai pertandingan nyanyian. Sampai sekarang, ada juga tawaran menyanyi pada majlis orang kahwin dan saya tidak kisah untuk terima.

“Minat menyanyi memang ada dalam diri tetapi saya perlu kerja keras jika mahu serius dalam bidang ini,” katanya yang akan mengacara program Battle Of The Band pada �17 Jun nanti.

Terus mengembang bakat seni dalam diri, Feeya tidak lupa dengan impiannya ketika sertai Anak Wayang, mahu menjadi pelakon berjaya.

Kata gadis berusia 22 tahun ini, dia masih mencintai bidang lakonan dan berusaha mencari peluang untuk mencuba nasib membintangi drama atau filem.

“Terbaru, saya gembira mendapat dua tawaran berlakon drama, Kasih Alia dan Jamilah I Love You. Kiranya dua drama ini mengubat rindu saya kembali berlakon.

“Bekerjasama dengan Sheila Rusly dan Azman Yahya (Jinggo) sebagai pengarah drama Kasih Alia memang cukup mencabar dan menyeronokkan.

“Drama untuk TV3 dijangka tayangan Ramadan nanti menyaksikan saya membawa watak antagonis sebagai Intan. Saya perlu hayati karakter gadis syok sendiri dan gedik.

“Memberi cabaran, saya terbabit dalam satu adegan diragut mengakibatkan saya ditumbuk hingga kepala berdarah. Ia adalah pengalaman pertama saya bawa watak sebegitu walaupun sebenarnya saya tidaklah cedera pada masa itu tetapi dibantu solekan untuk efek darah,” katanya.

Tambah gadis murah senyuman ini, dia perlu serius ketika di lokasi penggambaran. Malah, dia ambil positif terhadap teguran yang diberikan pengarah mahupun pelakon lain dalam memperbaiki mutu lakonan sendiri agar lebih baik.

“Saya hormati Kak Sheila apabila dia tunjuk cara berlakon dengan penghayatan. Walaupun dia nampak garang, sebenarnya baik terhadap saya.

“Dalam drama Jamilah I Love You pula, watak saya tidak terlalu sukar kerana saya menjadi diri sendiri sebagai penyampai radio. Drama genre komedi ini akan ditayangkan di Astro Ria turut menampilkan pelakon Qazem Nor dan Miera Liyana.

“Tiada beza antara saya dengan watak dalam drama ini. Keduanya suka bercakap dan ia tidak memberi masalah pada saya berlakon.

“Matlamat saya selepas ini mahu teruskan empat bidang seni yang saya buat ketika ini. Soal cinta tolak ketepi dulu kerana apa yang penting, saya mahu stabilkan karier dan kumpul duit demi masa depan sendiri dan keluarga,” katanya.
www.tips-fb.com

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati