Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

31 July, 2011

Mekup merubah bentuk wajah

Percaya tak ... jom tengok budak ni ubah muka dia...

Apa yang akan anda pikirkan jika melihat wanita “cantik” seperti ini? Apakah anda akan tertarik dengannya?

Jangan Mudah Tertarik Oleh Kecantikan!
Comel Cutenya kan
Cantik? Lucu? Cute?
Jangan mudah tertarik oleh kecantikan! Karena kecantikan itu seperti sebuah topeng, yang dapat digunakan untuk menutupi keadaan sebenarnya.
Foto-foto di atas adalah foto seorang wanita yang telah mengubah wajahnya dengan make-up.

Inilah foto-foto asli wanita ini tanpa make-up:Di bawah



Itulah foto aslinya tanpa make-up apapun, tanpa Photoshop-an, dan tanpa Flash.
Tengok cara-caranya dibawah ni ye                

Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

30 July, 2011

Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz meninggal dunia

Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, yang telah ditolak untuk menukar namanya kepada Aleesya Farhana oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 18 Julai lepas telah meninggal dunia pukul 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi sebuah hospital pukul 3 pagi kerana masalah jantung dan tekanan darah rendah. Al-Fatihah.
www.tips-fb.com

Traktor Aneh Berbentuk Kepiting

Jalan-jalan , dan search punya search, maka terjumpa lak dengan gambar pelik ni dekat Beritamaya.wordpress.com .

Pernahkah anda melihat traktor berbentuk seperti kepiting? Jika belum, cuba perhatikan gambar di bawah ini.
tengok je la jamu mata kan
www.tips-fb.com

29 July, 2011

Perubahan kekal Raja Farah percaya bertudung tidak jejas peluang berlakon

Alhamdulillah.... Raja Farah Dah Bertudung

Nama: Raja Farah Aziz
Usia: 23 tahun
Asal: Shah Alam, Selangor
Tarikh Lahir: 5 Julai 1988
Adik Beradik: Anak ketiga dari empat bersaudara.
Kerjaya: Pelakon, model iklan dan pengacara
Drama: Misi XX-Ray, Pesona Bintang Tujuh, Manjalara, Durani, Intan Asmara, Ellie, Gadis Dari Bintang, Mertua VS Menantu, Segala-galanya Ku Terima, Kau dan Aku, Na O Mei TV3
Filem: Eee...Hantu!!!!!, Haq, Aku Masih Dara, Lagenda Budak Setan, Maut, Apa Kata Hati, Anak Halal, Salon

Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

28 July, 2011

Aleesha Farhana (Mohd Ashraf Hafiz)

kita dah baca kisah diakan.... kesian jugakan... tapi yang salah tetap salah... kita ada hukum yang telah ditetapkan.. kuasa Allah semuanya tu..... dah Qada dan Qadar untuk sesaorang yang telah ditetapkan ... satu ujian dari Allah untuk menguji umatnya ... apa kita boleh buat..yang kita boleh lakukan hanya Sabarlah ... kerana ia separuh dari iman.. kuatkan hati dan jiwa..sematkan iman didada.. pulang lah kepangkal jalan..ingat ada yang lebih berkuasa diatas segalanya kejadian... semoga ada hikmahnya...

KUALA TERENGGANU: “Seluruh masyarakat dunia boleh menghentam, mengkritik Aleesha Farhana  (Mohd Ashraf Hafiz) keji atau berdosa, tetapi saya sudah bertekad membantunya kerana kita bertanggungjawab melakukannya.

“Dia hanya mahukan sebuah kehidupan yang selesa, tapi bayangkan jika kita tidak bantu dia (Aleesha) dan akibat kesukaran menjalani kehidupan dengan jantina berbeza, dia berakhir di lorong-lorong.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

27 July, 2011

Lakonan serius tinggal kesan kemampuan Juliana Sophie Johari Evans atau Jue Evans

jom kita kisah mek comei ni...

NAMA PENUH: Juliana Sophie Johari Evans
KETURUNAN: Inggeris (bapa), Melayu (ibu)
TARIKH LAHIR: 5 Julai 1989
ASAL: Petaling Jaya, Selangor
KERJAYA: Pelakon dan model
AKADEMIK: Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Sunway University College, Bandar Sunway, Petaling Jaya
STATUS: Bujang
KELUARGA: Anak bongsu dari tiga beradik
IKLAN: Tracia Eternal, Fair & Lovely, Nokia 2600 dan Clean & Clear

PENGACARAAN: Remaja (TV3), E-Zone (Astro Ria), Majalah Moral (TVIQ) dan Bintang Kecil Raya (TV9)

DRAMA: Kami The Series, Ghost dan Kasut Tumit Tinggi , Kasih Ke Syurga, Puteri Pulau Tuba, 3 dan Puteri Bunian

FILM: Kami The Movie, Hooperz dan Hantu Bonceng

BANYAK pihak seakan meragui kemampuan Juliana Sophie Johari Evans atau Jue Evans, 22, melakonkan watak mencabar. Balik-balik karakter yang dibawakan hanya gadis cantik dan watak yang ringan.

Bagaimanapun, persepsi itu mula berubah selepas menyaksikan lakonannya menerusi drama Kasih Ke Syurga terbitan Opera Klasik yang disiar menerusi slot Cerekarama sempena Hari Bapa, Jun lalu.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

26 July, 2011

Persandingan RM12 juta Mimie Norman

Mak oii mahalnya.. kita tunggu!!!!!, mesti ,meriah gila... Alhamdulillah... akhirnya kahwin juga harap takde lagi kontroversi pasal dia orang.. sian juga asyik kena macam2 kan...
SEPADAN...perkahwinan Norman dan Memey bakal menjadi ‘Wedding Of The Year’.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon, 35, berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jumlah tajaan keseluruhan majlis resepsinya bernilai lebih RM12 juta. Selain Rafflesia, majlis resepsi Norman dan tunangnya Memey membabitkan beberapa penaja iaitu Profesor Datuk Jimmy Choo yang menaja dua kasut, Snips, Lord’s Tailor dan Hotel Crowne Plaza Mutiara. Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, 23, mengakui cukup bertuah kerana berpeluang menggayakan kasut sentuhan pereka terkenal dunia seperti Jimmy Choo yang pernah mencipta kasut untuk mendiang Puteri Diana, keluarga diraja serta selebriti Hollywood. “Ia bagaikan mimpi menjadi nyata kerana saya dapat memakai rekaan Jimmy Choo pada majlis resepsi nanti. Saya difahamkan satu-satunya artis dari Malaysia yang dapat sentuhan beliau pada hari bersejarah.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

25 July, 2011

Buaya Tembaga Baham Lembu

 buaya tembaga ganas ni... braninya orang ni kan ...

SARATOK: Operasi besar-besaran pihak berkuasa memburu buaya di Sungai Sebelak di sini, sejak dua hari lalu mengembalikan ingatan seorang penduduk, Rashid Abu, 45, kejadian dia berdepan maut apabila terpaksa bertarung kira-kira setengah jam dengan haiwan itu, dua tahun lalu.

TUMPAS...Faizul (kanan) dan Mohammad Ean bersama bangkai buaya berusia dua tahun.

Menurut penduduk Kampung Emplam itu, pertarungannya dengan reptilia sepanjang kira-kira empat meter di tebing Sungai Sebelak berlaku ketika dia cuba menyelamatkan lembu peliharaan daripada dibaham seekor buaya.
“Meskipun peristiwa itu sudah dua tahun berlalu, ia tetap segar di ingatan saya,” katanya yang ditemui Harian Metro, semalam.
Rashid berkata, ketika kejadian itu dia langsung tidak menyangka sedang ‘berebut’ dengan reptilia ganas yang menjadi ketakutan penduduk di sepanjang sungai berkenaan.
Berita Selanjutnya
www.tips-fb.com

24 July, 2011

Saat yang mencemaskan terjadi apabila seekor harimau bintang dewasa menerkam dan menggigit seorang renjer

ASSAM (India): Saat yang mencemaskan terjadi apabila seekor harimau bintang dewasa menerkam dan menggigit seorang renjer Jabatan Hutan di sebuah kampung terpencil di India, semalam.
DETIK CEMAS...harimau bintang menerkam dan menggigit renjer hutan di Kampung Prakash Nagar, semalam.
SERANG...seorang renjer mengacukan senapang ke arah harimau bintang manakala yang lain cuba menyelamatkan diri.

Harimau berkenaan sebelum itu masuk ke dalam kampung dari sebuah taman negara berdekatan dan mencederakan enam orang.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

23 July, 2011

Nasha Aziz tak dimakan usia ( awet Muda )

SETIAP kali muncul dalam mana-mana acara permaidani merah atau majlis membabitkan selebriti tempatan, pasti kelibat model dan pelakon terkenal Nasha Aziz yang mencuri tumpuan ramai.

Bukan saja menjadi artis kegemaran lensa jurugambar, malah kelibat Nasha juga menarik perhatian tetamu yang tidak lepas daripada menatap wajahnya yang memang tidak dimakan usia itu.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

22 July, 2011

kanak-kanak berusia tiga tahun kepada neneknya selepas diseret sejauh hampir 100 meter oleh van dinaikinya

Astagfirullah hal azimm...sedihnya tengok anak ni... di sebabkan kelalain pemandu Van tu.. isi kepala terputus teseret tali beg.. ngeri nyaa tengok gambar anak ni...



IPOH: “Tolong wan, adik sakit..., tolong adik...,” jerit kanak-kanak berusia tiga tahun kepada neneknya selepas diseret sejauh hampir 100 meter oleh van dinaikinya menyebabkan kulit kepalanya terkoyak sehingga menampakkan tempurung kepala, pagi kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi di Bandar Baru Putra, Bercham di sini, turut mengakibatkan Muhammad Haziq Aqasha Muhamad Sazali, cedera di perut dan tangan kirinya. Mangsa diseret di depan neneknya, Timah Sukaimi, 70, yang sedang menunggu di pintu untuk menyambut kepulangan cucunya taska.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

21 July, 2011

Kecederaan Johan Raja Lawak ( Muhammad Yazid Lim atau lebih dikenali sebagai Johan )

Adoii mak kesianya.. habis muka dia... kenapa ye apa masalahnya sampai camtu sekali ... ada sapa2 tau ke cerita nya..

Pelawak bergaduh dengan pengarah drama di restoran





JOHAN yang cedera di muka dan kepala mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban.

SEREMBAN: Pelawak terkenal, Muhammad Yazid Lim atau lebih dikenali sebagai Johan Raja Lawak cedera pada muka akibat dibaling dengan gelas kaca selepas bergaduh dengan seorang pengarah drama di sebuah restoran di Taman Sri Pulai 2, Sikamat di sini, kelmarin.

Difahamkan suasana menjadi kecoh apabila pengarah berkenaan tiba-tiba bertindak membaling gelas kaca ke arah Johan hingga menyebabkannya cedera pada muka manakala Ozlyn Wati yang cuba meleraikan pergaduhan turut cedera pada muka.

jom komen pasai dia ni skit no
www.tips-fb.com

20 July, 2011

Beberapa Perkara Ajaib Tersembunyi di Dalam Minda Anda

Adakah pembaca bersetuju sekiranya saya katakan bahawa wujud banyak perkara ajaib yang tersembunyi di dalam minda kita? Fokus! Minda, bukan tubuh badan dan pancaindera.
Minda terbahagi kepada minda sedar dan minda separa sedar. Namun sejauh manakah kita mengguna dan mengaplikasi minda kita seharian? Mari kita kupas dan pelajari apa rahsia minda yang tersembunyi di dalam diri kita sebenarnya. Mungkin terdapat perkara ajaib yang belum dan akan ketahui nanti.

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

19 July, 2011

Berkat doa di hadapan Kaabah Mawi Ngan Ekin Bakal Jadi Ibu Abah

Alhamdulillah, semoga pasangan ini akan terus berbahagia lagi dengan kelahiran anak itu nanti.doa saya semoga anak ini menjadi anak yang baik dan berbakti kepada kedua ibu bapanya nanti, insyaallah.

BAHAGIA...Mawi dan Ekin mengharapkan kehadiran cahaya mata selepas dua kali keguguran.

Berkat doa di hadapan Kaabah, akhirnya isteri kepada penyanyi popular Asmawi Ani atau Mawi, yang juga seorang pelakon, Norasyikin Abdul Rahman atau Ekin disahkan mengandung enam minggu.

Ditemui sewaktu menjayakan program rakaman Konsert Raya 1Malaysia, Muzik FM di restoran Seri Melayu Jalan Conley, di sini, semalam, Mawi berkata, dia bersyukur apabila doktor mengesahkan Ekin mengandung selepas mengalami keguguran dua kali sebelum ini.
“Walaupun gembira tetapi saya dan Ekin tetap berjaga-jaga kerana tidak mahu perkara sama berlaku. Kalau boleh saya tidak mahu menghebohkan perkara ini sehinggalah kandungan benar-benar kuat. “Sebaik diberitahu doktor mengenai kandungan Ekin, siang malam saya berdoa agar kandungan kali ini selamat,” katanya.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

18 July, 2011

Selena Gomes begitu meminati bintang filem Transformers Shia Le Beouf,


SELENA...Ketika menyertai program Fox & Friends di Manhattan minggu lalu.
BELIAU mungkin mempunyai berjuta-juta peminat, tetapi Justin Bieber mungkin merasa cemburu kerana satu-satunya gadis yang dia mahu mencintainya sepenuh hati, teman wanitanya Selena Gomez, meminati bintang yang lain.
MALU-MALU...Selena gembira bertemu dengan jejaka yang diminatinya Shia Le Beouf.
SAYANG...Justin memeluk erat Salena ketika gadis itu menjadi hos Anugerah Video MuchMusic awal bulan ini.

Selena yang berusia 18 tahun begitu meminati bintang filem Transformers Shia Le Beouf, malah beliau dengan berani mengakuinya selepas muat naik video pertemuan yang tidak disangka-sangkanya dengan jejaka yang berusia 25 tahun itu di Youtube.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

17 July, 2011

Intan Ladyana Sukar lahir ekspresi wajah

FILEM seram Jangan Pandang Belakang mula melonjakkan nama Intan Ladyana di layar perak pada 2007. Walaupun penampilannya memegang watak utama berganding dengan Pierre Andre untuk filem arahan Ahmad Idham itu dikritik, itu semua tidak mematahkan semangat�nya untuk terus melangkah lebih jauh.
WATAK UTAMA...intan dan Adey sebagai pasangan kekasih dalam Flat 3A.

Adnan Sempit yang menggandingkan dirinya dengan Shaheizy Sam mendapat sambutan dan Intan terus mengasah bakatnya melalui filem romantik komedi terbitan Metrowealth Pictures (MIG) seperti I’m Not Single, V3: Samseng Jalanan dan Kembar Siang. Kini, gadis tinggi lampai dan berkulit cerah ini kembali dengan filem seram Flat 3A arahan Azhari Zain.
MENCABAR..Intan banyak bermain dengan emosi untuk menjiwai watak Fiqah.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

16 July, 2011

Nurul pontianak paling seksi?

Nurul jadi pontianak seksi.... dah lama tak dengar cerita nurul... jom lah kita jengah2 sat...
NAMA SEBENAR: Noorul Huda Abdul Wahab
ASAL: Tasek Gelugor, Seberang Prai, Pulau Pinang
TARIKH LAHIR: 27 Julai 1977
UMUR: 33 tahun
STATUS: Ibu tunggal
ANAK: Ayu Nazirah, 13
KERJAYA: Penyanyi, pelakon dan duta produk
ALBUM SOLO: Nurul (1995), Ikhlasnya Cinta Ku (1996), Kini Dan Selamanya (1998), Cita Dan Cinta (2000) dan Tika Cinta (2009)
DRAMA: Siri 26 episod, Kau dan Aku, Rahsia Hati, E-Toyol.com
FILEM: Sate, Kapaww, Tolong Awek Aku Pontianak
DUTA PRODUK: Glow & Glamour, kanta lekap ColourVue
PENCAPAIAN: Artis Baru Terbaik AIM 1997, Lagu Paling Popular Pujaan 10 Nescafe 1995 (Kerana Terluka) dan Lagu Terbaik AIM 2004 (Selagi Ada Cinta)
BANYAK sebab kenapa penyanyi seksi ini tidak ingin lagi menjaja kisah cintanya. Kata Nurul Wahab semua ini gara-gara dia terlalu jujur bercerita mengenai hal peribadi sehingga ada segelintir pihak mula salah tafsir kenyataannya.

Kini, anak kelahiran Tasek Gelugor, Pulau Pinang ini berkata, dia mula serik untuk berkongsi cerita sebegitu lagi kepada pihak media.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

15 July, 2011

Masyaallah Laut Yang Terbelah 2

Fenomena laut terbelah dua adalah satu perkara yang jarang berlaku. Namun kisah di bawah ini tetap tidak dapat menandingi kisah Nabi Musa yang membelah laut ketika dikejar oleh tentera Firaun. Kejadian laut terbelah ini berlaku di Pulau Jindo, wilayah Jeollanam-do di kawasan barat daya Korea Selatan. Pulau ini adalah yang ketiga terbesar di negara itu dan terletak berhampiran pulau Jejudo dan Geojodo.



Bayangkan dalam tempoh sejam, anda dapat menyaksikan kekuasaan Ilahi apabila lautan yang sebelum ini dipenuhi air dan secara tiba-tiba terbelah dan membentuk laluan sementara sepanjang 2.8 kilometer dan selebar 40 hingga 60 meter.
www.tips-fb.com

14 July, 2011

Lagi (Gambar) Sungai Dalam Laut ( Imbasan )

Kuasa Allah swt tetap berlaku. Apatah lagi apabila ia telah disebut dalam Al-Quran. Subhanallah! Terbaru, sekumpulan saintis Britain menemui sebatang sungai dalam laut yang keenam terbesar di dunia di Laut Hitam di Mediterranean.

Jika sungai itu terdapat di daratan, para saintis yang baru jumpa sungai tersebut menjangkakan ia akan menjadi yang keenam terbesar di dunia berdasarkan jumlah air yang mengalir.
Menurut pasukan penyelidik dari Universiti Leeds, Britain, sungai itu membawa air masin dan enapan. Pasukan penyelidik itu menggunakan sebuah kapal selam robot untuk mengimbas sungai tersebut dekat Turki.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

12 July, 2011

Subhanallah! Sungai Dalam Laut Mexico

meski pun berita telah setahun berlalu... tapi ia tetap menjadi benda yang ajaib.. dengan kuasa Allah Subhawataala.
mungkin ada makluk Lain yang Allah ciptakan ditempatkan disana. semua dengan kuasa Allah yang Agung.
“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi. ” (Q.S Al Furqan:53)
Jika anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah

Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

11 July, 2011

Acha Septriasa Belum sedia jalin cinta

PROFIL:

NAMA PENUH: Jelita Septriasa
TARIKH LAHIR: 1 September 1989
UMUR: 22 tahun
TEMPAT LAHIR: Jakarta, Indonesia
PENDIDIKAN: Ijazah Komunikasi dan Pengajian Media di Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya

FILEM: Apa Artinya Cinta? (2005), Heart (2006), Love is Cinta (2007), Love (2008), In the Name of Love (2008), Krazy Crazy Krezy (2009), Sst...Jadikan Aku Simpanan (2010), Menebus Impian (2010), Love Story (2011)

DRAMA SINETRON: Andai Ku Tahu (2007) dan Kepada Cinta Marah (2010)
ALBUM: Album runut bunyi filem Heart (2006), album runut bunyi filem Love is Cinta (2007) dan Keputusan Hati (2009)

Acha mengakui agak lama tidak bertemu teman media tempatan sejak meletakkan sepenuh fokus pada pengajiannya yang masih berbaki setahun di Universiti LimKokWing, Cyberjaya.

Bagaimanapun dalam pada tidak henti berceloteh, bintang muda kelahiran Jakarta, Indonesia ini sempat berbisik agar tidak dikaitkan lagi dengan episod cinta lamanya.


Bagi Acha, nostalgia cinta remajanya bersama bintang muda popular, Irwansyah yang sudah dua tahun terputus itu adalah sejarah yang tidak perlu diungkit kembali. Apatah lagi Irwansyah sudah bahagia bersama isterinya.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

10 July, 2011

Tomok , serta pasangannya Siti Rahayu Makna tersirat RM12, 697.11

Jom kita baca kisah kahwin tomok... meriahnya...

SEPADAN...Tomok dan Ayu bergambar depan pelamin yang dihias indah.

LAPAN tahun adalah tempoh cukup menduga bagi pasangan berkasih mempertahankan cinta dan selalu kita dengar berakhir dengan perpisahan sebagaimana judul lagu Pelamin Anganku Musnah dendangan penyanyi kelahiran Sarawak, Azie.
Namun, berbeza bagi Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 27, serta pasangannya Siti Rahayu Abbas (Ayu), 32, yang menjadikan kesetiaan, kejujuran serta sifat sabar sebagai teras dalam perhubungan yang akhirnya membawa mereka sehingga ke jenjang pelamin.
sama cantik sama padankan ,
Syukur dipanjatkan kedua-dua mempelai, usai majlis pernikahan mereka yang berlangsung malam Jumaat lalu bertempat di Dewan Serbaguna AU2 Taman Keramat, Kuala Lumpur yang dihiasi indah sentuhan Nas Great Idea.
Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

09 July, 2011

Kate bimbang nasib suami

LAWATAN DIRAJA...William dan Kate kini berada di Kanada untuk lawatan diraja.

LONDON: Isteri Putera William semalam menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan suaminya ketika bertugas sebagai juruterbang helikopter dalam misi menyelamat berisiko pewaris takhta Britain itu.
Dalam lawatan diraja pasangan pengantin baru itu ke Kanada, Kate Middleton - kini membawa gelaran Duchess of Cambridge - mencurahkan isi hatinya kepada seorang isteri anggota tentera.

Pengakuan itu disuarakan Kate sejurus selepas dia dan William meletakkan kalungan bunga di atas kubur tentera tidak dikenali di Memorial Perang Ottawa.
Kata Kate, dia sentiasa bimbang terhadap keselamatan William, tetapi menjadi tanggungjawabnya terus memberikan sokongan.

Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

07 July, 2011

JANJI ALLAH ITU PASTI ( Tazkirah Dari Hati Ke Hati )

السلام عليكم يا أختى فى الإسلام

Janji ALLAH SWT yang menciptakan manusia dari segumpal darah, lalu menjadi seketul daging bertunjangkan tulang belulang, terus ditiupkan roh akhirnya hidup sebagai manusia. Sempurna akalnya, fikirannya, sihat tubuhnya, cerdas mindanya lalu diamanahkan pula menjadi seorang Khalifah bumi.

Janji ALLAH SWT, akhirnya DIA mencabut roh-roh yang pernah dihembuskan pada permulaannya bersama benih-benih amalan hatta sebesar biji sawi sekalipun. Janji ALLAH SWT juga akan mempertemukan manusia seluruhnya di satu padang luas mata memandang entah tak terhitung dek fikiran dangkal. Saat itu segalanya pasti tertayang kembali.

Oh tuhanku..ALLAH…jadikanlah penghujung kami yang masih hidup dengan husnul khatimah..kau berikanlah nikmatmu yang agung buat muslimin muslimat yang sudah meninggalkan kami. Tidak layak untukku memikirkan sesuatu hal yang tak termampu kami fikirkannya. Kerana ALLAH itu selayak mengetahui perkara-perkara ghaib.

Semoga Syahid itu juga menjadi sebahagian dari kami YA ALLAH!
www.tips-fb.com

06 July, 2011

Daun Stevia kawal gula dalam darah , Daun Stevia, Pengganti Gula Tebu Yang 300 Kali Lebih Manis Dari Tebu

Jika sebelum ini tebu menjadi sumber utama gula, bagaimanapun penemuan baru pokok stevia yang mampu menggantikan fungsi pemanis semakin mendapat tempat di hati ramai orang.
kita tukar pulak kenapa Stevia ni... semoga lepas ni kurang skit orang malaysia ..jadi montel2 sebab banyak sangat makan makanan berasaskan gula... manis tetap manis tapi none calori..
Fakta Ringkas tentang pokok stevia ni:
Stevia atau nama saintifiknya Stevia Rebaudianna adalah tumbuhan herba dari keluarga Chrysanthemum yang mengandungi glikosida pada daunnya termasuk lebih 10 peratus steviosida.

>
Stevia mengandungi rasa manis 200 hingga 300 ganda lebih tinggi daripada gula tebu. Ini bermakna seseorang itu tidak perlu mengambil gula dalam kuantiti yang banyak untuk memaniskan secawan kopi atau membuat kek.

Stevia boleh dianggap sebagai gula alternatif dalam nutrisi pemakanan yang mengandungi hampir tiada kalori, bebas karbohidrat dan tidak bertoksik.

Berita Selanjutnya Klik Read More Tu Ye...
www.tips-fb.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati