Photobucket

Clik When U See an Ads Banner

Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah,Lai Salaha Minnduu Nilla Hii Kaasyifah.

Klik Baner 4 money Fund

Daisypath Anniversary tickers

MuliaNya Sahabat Ku

Gersang Bumi Tanpa Hujan , Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman , Gersang Jiwa Tanpa Amal .
Photobucket
Dengan Penuh Kesyukuran Ke Hadrat Illahi , Setepak Sireh Kami Hulurkan Untuk Mengundang Semua Kemari , Beras Kunyit Kami Taburi , Air Mawar Di Renjis Wangi , Berkembang Kasih Menabur Budi , Undangan Kami Setulus Hati,, Harap Sudi Datang Merai,, Semoga Allah Memberkati Wassalam Terima Kasih

."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)
Photobucket

05 April, 2011

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010)

Terlambat skit berita ni.... tapi masih panaskan
Shaheizy tepati ramalan
Pelakon berbakat besar Shaheizy Sam menepati ramalam apabila dinobatkan Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) yang berlangsung, malam tadi.

Kejayaan Shaheizy itu melayakkannya membawa pulang kereta Nissan Teana 2.0L bernilai RM137,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd dan set barangan kemas Rafflesia edisi terhad tajaan Rafflesia/Mandalay.

Hadiah disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd, Datuk Anthony Bujang sambil diiringi Pengarang Kumpulan Berita Harian/Berita Minggu, Datuk Mior Kamarul Shahid.Kemenangan pelakon Adnan Sempit itu sememangnya dijangkakan berdasarkan pembabitannya dalam banyak filem tahun lalu selain kejayaan filem Ngangkung yang mencatat kutipan RM8.4 juta sekaligus muncul filem terlaris dalam sejarah penayangan filem tempatan.

Tidak hanya menggungguli anugerah tertinggi ABPBH 2010, Shaheizy turut mendominasi satu lagi kategori iaitu, Pelakon Filem Lelaki Popular. Bagaimanapun, Shaheizy tumpas di tangan bintang Nur Kasih, Remy Ishak bagi kategori Pelakon Lelaki TV Popular.

Majlis anugerah yang disiarkan secara oleh TV3 itu, Shaheizy dicabar hebat oleh Zizan Raja Lawak yang tidak pulang dengan tangan kosong apabila dinobatkan Pelakon Komedi Lelaki Popular.

Kemenangan Shaheizy dilihat lebih mudah apabila Datuk Siti Nurhaliza mengumumkan pengundurannya daripada menyertai ABPBH kali ini bagi memberi peluang pada pendatang baru.

Ketiadaan Siti yang pernah memenangi Bintang Paling Popular sebanyak tujuh kali, termasuk Penyanyi Wanita Popular 13 kali memberi laluan kepada Yunalis Zarai (Yuna) membawa pulang trofi berkenaan.

Bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular pula, Faizal Tahir mengenepikan calon hebat Aizat, Anuar, Black dan juara Akademi Fantasia 8 (AF8) Shahir. Keputusan ini agak mengejutkan kerana Shahir dan Aizat disebut mendominasi kategori itu.

Biarpun tewas, Shahir tetap berpuas hati apabila menjadi pilihan pengundi terdiri daripada pembaca akhbar Berita Harian untuk Artis Baru Lelaki Popular yang membariskan pesaing iaitu Daus juga Maulana bintang AF8, termasuk dua pelakon kacak Sharnaaz Ahmad dan Shahz Jazsle.

Artis Baru Wanita Popular menjadi milik Ana Raffali manakala dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular, penerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 23, Lisa Surihani menepati ramalan sebagai pemenang.

Bagaimanapun bagi kategori Pelakon TV Wanita Popular, Lisa tewas ditangan Fasha Sandha yang kembali merebut takhtanya.

ABPBH 2010 bertemakan moden klasik menyaksikan wajah pemenang yang sama, antaranya Aznil Haji Nawawi yang berjaya mengekalkan takhtanya sebagai Pengacara Lelaki Popular lapan tahun berturut-turut.

Fara Fauzana yang baru saja meninggalkan Melodi, terus unggul sebagai Pengacara TV Wanita Popular sebanyak lima kali dan Penyampai Radio Popular empat kali berturut-turut. Rakan seperjuanganya yang mengendalikan segmen Hot FM AM Krew, Faizal Ismail turut meraikan kemenangan Penyampai Radio Lelaki Popular empat kali berturut-turut, mengenepikan pencabar terdekat Salih Yaakob, Halim Othman, Kieran dan Aznil.

Sementara itu, Artis Komedi Wanita Popular Noorkhiriah sekali lagi diumumkan sebagai pemenang sekali gus mengulangi kejayaan tahun lalu.

Pertukaran berlaku bagi kategori Artis Duo/Berkumpulan Popular apabila 6ixth Sense mengenepikan pemenang tahun lalu, Bunkface.
www.tips-fb.com

2 comments:

palie said... [Reply]

masa nk umum artis paling popular tu memang kelakar habis la kan

Wanita Timur said... [Reply]

memang kelakar, pengacaranya yang best

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Photobucket

Kawan-kawan Blogger Paling Aktif Dan Terkini

Post Paling Diminati